Saturday, September 17, 2011

Ziki's Burger Cambodia

Saya terbaca satu artikel  di KOSMO! mengenai sebuah syarikat Malaysia dengan usahasama syarikat dari Kemboja yang menubuhkan satu rangkaian perniagaan burger jalanan di sana. Jenama yang digunakan untuk rangkaian kedainya ialah Ziki's Burger



Logo bagi rangkaian kedai burger jalanan Ziki's Burger

Buat masa ini rangkaian kedainya masih banyak bertumpu di Phnom Penh dengan cadangan untuk meluaskan perniagaannya ke Siem Reap dan lain-lain bandar di masa akan datang. Sasarannya ialah 300 buah kiosk menjelang tahun 2015. Buat masa sekarang hanya ada 20 buah sahaja. Perniagaan ini bermula pada bulan Mei 2011.

Kiosk tersebut berstatus halal, yang memudahkan pelancong muslim untuk mencari makanan halal selain ianya sesuai untuk semua orang. Bahan utamanya iaitu burger daging dan ayam Ramly, adalah di import sepenuhnya dari Malaysia. 

Apa yang lebih penting konsep perniagaan ini adalah untuk membantu belia-belia Islam di sana untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan melatih mereka untuk menjadi usahawan.

22 comments:

  1. alhamdulillah...baguslah kalau ada benda ni. takla susah nak cari makanan halal kat sana. lagi bagus klu dia bukak kat siem reap sbb kat sana susah nak cari mknan halal yg affordable dlm town. klu ada kena pegi kat belah2 kampung. itupun time malam tutup.

    ReplyDelete
  2. Betul tu fatt, saya rasa kalau dg burger hari-hari pun saya boleh hidup, no hal punya. Memang perancangan masa hadapan akan ada kiosk tu di Siem Reap. Bolehlah fatt gi lagi ke sana nanti, banyak misi yg belum selesai tu... :D

    ReplyDelete
  3. haaa bagus... sng la nak cari makanan halal mase travel nanti.. ;)

    ReplyDelete
  4. maknanye next time gi phnom phen sonang ler...

    ReplyDelete
  5. Kemang, memang bagus projek tu. Jgn lupa masukkan dalam destinasi lawatan seterusnya...

    ReplyDelete
  6. Lily, mungkin sonang nak jumpa kiosk tu bila dah banyak cawangannya. Cuma diharap dapat bertahan untuk suatu tempoh yang panjang...

    ReplyDelete
  7. yesss... bagus macam ni - janji halal - sy pun boleh hidup dgn makan burger tiap2 hari- sebab pernah terpaksa makan roti setiap hari! kat cambodia walaupun ada makanan melayu champa - tp tak kena selera kita - makan burger lagi bagus - kat seam reap kalau ada lagi bagus-senang!

    ReplyDelete
  8. Memang bagus tu Pn Sonata, mungkin destinasi ini akan masuk dalam senarai percutian saya nanti...

    ReplyDelete
  9. usaha yg sgt baik..serampang dua mata.
    muslim kat sana mmg perlu bantuan sebegini.

    ReplyDelete
  10. Betul tu Ujie. Tak teringin ke nak makan angin kesana...

    ReplyDelete
  11. Salam mie,

    Satu langkah bijak utk menangani masalah kemiskinan di sana dan beri peluang kepada muslim di kambodia mendapat pekerjaan dan pendapatan..... " mencari yg halal itu adalah dituntut"....Allahualam

    ReplyDelete
  12. Bolehlah kita set ke sana pulak nanti... :D

    ReplyDelete
  13. wah baru tau Ramly burger tembusi pasaran luar...terbaik..

    ReplyDelete
  14. PM, kalau di S'pore sudah lama ada. Di Cambodia hanya menggunakan produk Ramly, tapi bila dibuat burger jadi lain pulak...

    ReplyDelete
  15. Salam Bro..selamat hari raya...memang bagus la kalu macam tu...selalunya kalu keluar negara takut nak beli makanan yg tepi2 jalan tu...hehehe

    ReplyDelete
  16. Salam Eidul Fitri juga.

    Betul tu Fadzli, lebih-lebih lagi jika ke negara bukan Islam soal makanan memang jadi masalah utama...

    ReplyDelete
  17. Insyallah .... bolehlah cari burger ni bila ke Cambodia tahun depan !

    ReplyDelete
  18. Wah Myza dapat sambar tiket promosi AA tu ke? Saya teringin juga nak ke sana suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  19. ajak belia2 dorang datang keje kat mesia mcm vietnam gakk.. boleee

    ReplyDelete
  20. Tak tau la kenapa gomen tak mau ambil orang Cambodia utk jadi pekerja di sini...

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah dapat tiket Murah AA utk tahun Mei 2012 utk ke Phnom Penh.

    ReplyDelete
  22. Saya belum terlintas lagi nak ke sana. Tapi tak taulah mana tahu ada kawan2 tetiba nak pergi, boleh juga join...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...