Thursday, September 1, 2011

Pulang Beraya di Kampung

Selamat pulang semula ke rumah setelah berhari raya di kampung. Perjalanan pulang ke kampung yang sepatutnya cuma tiga jam, menjadi hampir lima jam kerana kenderaan agak banyak.


Keadaan yang aman damai dan tenang pada pagi hari raya pertama menghampiri plaza tol Jalan Duta dari arah NKVE. Kalaulah hari-hari macam ni, alangkah bagusnya. Saya mengikuti jalan ini dari arah Subang untuk ke rumah mertua di Selayang.


Pada  jam dua belas hari raya pertama saya sekeluarga mula bergerak ke kampung. Kenderaan bergerak perlahan dari Kajang hingga ke Seremban, berapa kilometer tu, ada 40 km rasanya. Keadaan ini agak luarbiasa kerana tahun-tahun yang sebelumnya keadaannya tidak sebegini.


Sampai di Bandar Batu Pahat jalan pun sesak juga. Aduh...  letih betul dibuatnya. Jalan Bakau Condong memang terkenal dengan kesesakannya kerana ia merupakan jalan pintas untuk ke bahagian utara atau selatan Batu Pahat. Selain banyak lampu isyarat, jalan ini juga menghubungkan ke beberapa buah pusat membeli-belah.

Bagaimana keadaan di tempat anda?

8 comments:

  1. nasib abik tahun ni raya rumah mertua. tapi kalau raya pun tak akan keluar ke bandar, buat sakit kepala jek. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mie..,

    Semalam aku balik dari Rembau pun "Jam" luar biasa , aku singgah masjid AN-Nur pekan rembau solat Magrib dan Isyak sekali kat sana... tu pun hampir satu jam setengah baru sampai Bandar Seremban Selatan....hilang 2 bar minyak ....aduhhhhh

    ReplyDelete
  3. pyejal: Saya sebenarnya terpaksa melalui bandar untuk ke rumah adik beradik. Kalau sesaja memang tak sanggup rasanya...

    ReplyDelete
  4. W'salam Man,

    Aku pulak terpaksa ngopi dan dulu untuk menghilangkan ngantuk. Tapi tu la, bila dah mengantuk, ngopi pun tak guna sbb bila sambung perjalanan tetap mengantuk juga...

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya bro, berhati2 semasa memandu :)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya juga buat iMBobo...

    ReplyDelete
  7. SALAM SYAWAL,
    ESOK LUSA AGAKNYA LAGI TERUK !

    ReplyDelete
  8. Tuan Luahfikiran : Sudah pasti lebih teruk dan waktu puncaknya tentulah pada hari Ahad. Disamping masing-masing pulang ke Lembah Klang ianya serentak pula dengan pendaftaran kemasukan ke IPT...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...