Sunday, June 5, 2011

Bukit Broga Here We Come

Teruja membaca blog sahabat-sahabat blogger ( Al, Myza Pesona, dwaty) akhirnya saya sekeluarga mengambil keputusan untuk mendaki Bukit Broga. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah. Pergi berlima sekeluarga, tapi cik wife tak mahu ikut naik. Dia melepak kat Tesco Semenyih sementara kami semua meneruskan misi. Seorang rakan se kolej anak kedua, yang berasal dari Sabah turut serta.




Lokasi pekan Semenyih. Jalan masuk ke Bukit Broga terletak selepas pekan Semenyih di sebelah kiri dari arah Kajang. Lihat stesyen minyak Petronas sebagai tanda. Kalau tak jumpa pandai-pandailah tanya.


Cuaca agak baik pada hari tersebut. Sampai di kawasan meletak kenderaan pada jam 3.15 petang, tetapi kawasan parkir ditutup untuk kerja penyelenggaraan mengikut notis yang ditampal. Tapi tak nampak apa-apa kerja pun. Pendakian dimulakan pada jam 3.30 petang. Saya rasakan pada hari tersebut sayalah orang yang paling veteran mendakinya. Laluan naik tidaklah terlalu mencabar tapi stamina amat penting. Saya kira hampir sepuluh kali saya berhenti rehat seketika untuk mengambil nafas.

Memulakan pendakian

Agak curam juga

Tertinggal di belakang sebab pancit

Rehat lagi sebelum mendaki di bahagian yang paling curam di sepanjang pendakian ini
Macam tak penat je
Bukit di belakang ialah puncak pertama

Cantik pemandangan di atas bukit ini

Di atas puncak kedua

Nak terbang ke?

Lega sampai di puncak

Sorang tak dapat melompat sebab kakinya baru baik daripada cedera main futsal

Tinggi juga bukit ni sebenarnya

Kami dah turun, tapi ada ramai lagi yang baru nak naik

Pekan Broga dilihat dari atas Bukit Broga

Satu keluarga menghampiri kawasan paling curam, tapi akhirnya sibapa dengan anak kecilnya terpaksa tinggal di bawah

Semakin petang semakin ramai yang membuat pendakian, mungkin untuk melihat panorama matahari terbenam dan mengambil fotonya. Tapi sempat ke dia orang nak solat maghrib, sebab perjalanan turun mungkin perlahan kerana laluan di bawah pokok agak gelap. Terserah pada masing-masing untuk membuat keputusan. Pada saya matahari terbenam atau terbit di mana-mana sekali pun sama saja.

Seperti kata rakan-rakan blogger, bukit ini memang sesuai untuk didaki oleh seisi keluarga sebagai satu aktiviti riadah. Cubalah sekali, pasti tidak menyesal.

20 comments:

  1. Tahniah! Akhirnya sampai juga ke puncak Bukit Broga! Memanglah agak memenatkan bagi yang 1st time mendaki! Saya pun mula2 dulu macam tu jugak! Tapi... bila selalu mendaki, alhamdulillah ok! Lepas ni bolehlah mendaki lagi ye!

    ReplyDelete
  2. been there done that.. sonoknyer kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  3. Myza: Memang rasa bahagia sekali bila sampai ke puncak, walaupun cuma bukit. Insyaallah akan mencuba di tempat lain pulak..

    ReplyDelete
  4. en_me: Memang best, rasa nak naik sekali lagi..

    ReplyDelete
  5. Insyallah, Gunung Bunga Buah kat Genting Highlands. Hubby saya baru balik semalam. Trail ke puncak ambik masa 4 jam dan agak mencabar kekuatan mental & fizikal. Ataupun Gunung Datuk kat Rembau, yang ni ambik masa 2 jam jea untuk sampai ke puncak !

    ReplyDelete
  6. Myza: Orang yang fit dan dah biasa mendaki pun ambil masa sebegitu lama, saya siang-siang lagi surrender..:) Apa pun teruskan hobi anda yg menyihatkan itu dan jgn lupa entrynya nanti.. hehe

    ReplyDelete
  7. salam bro..soryyy bru bace komen kt shoutbox... alaaa rugi nye x leh join,,bru je cek ni,,huhuhu,,, kalo nak gi mane2, ajak la sy....

    ReplyDelete
  8. Takpe, Kemang boleh buat group sendiri untuk ke sana. Tak jauh pun dlm sejam perjalanan. Kalau naik selepas jam lima pd hujung minggu memang happening, sbb ramai org kat sana..

    ReplyDelete
  9. abam mie : ramai dah kawan² ai yam dah panjat bukit ni menikmati panorama indah di atas sana, tapi ai masih belom berpeluang..tunggu masa dan ketika nanti, ai pasti akan jejak jugak ke sana!!! ('',)

    ReplyDelete
  10. BRO_MONDAY: Pergi jangan tak pergi, memang puashati jika dapat sampai ke puncak... walaupun hanya bukit.

    ReplyDelete
  11. naik bukit ni masa nak sunrise best bro.. :D

    ReplyDelete
  12. Azhan: Satu hari nanti sampailah tu..

    ReplyDelete
  13. Seksi Bani: Memangla best, tapi kena gerak awal sangat... takpe mungkin lain kali boleh dicuba.

    ReplyDelete
  14. Bestnya jadi orang muda...Tahniahhhhh
    Aku dah tua tak larat dah panjat Bukit Broga. Muda2 dulu selalu juga daki G Ledang. Masa muda tu puas2lah jalan-jalan nak oi...

    ReplyDelete
  15. Mat Som: Cikgu boleh lagi nak mendaki tu, sbb sy tengok slim je.. hehe

    ReplyDelete
  16. dah lama dah x lakukan aktiviti mengeluar mcm nih...

    ReplyDelete
  17. Papa Mifz: Ada masa bolehlah ke sana dengan kwn2, nak tungggu Mifz besar lambat lagi...

    ReplyDelete
  18. sangat indah....lama dah tak jejak kat bukit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah ekspedisi ke sini bersama keluarga. Puas bila berada di puncak walaupun cuma bukit....

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...