Sunday, May 1, 2011

Jalan Broga

Saya memang tak pernah sampai ke kawasan ini. Datang ke sini secara kebetulan kerana menghadiri undangan perkahwinan saudara kepada isteri di rumah barunya di Taman Tasik Semenyih di Jalan Broga. Majlis diadakan pada waktu malam. Kami sekeluarga mengambil kesempatan datang lebih awal ke sini untuk meronda-ronda kawasan Jalan Broga hingga ke pekan. Pekannya kecil sahaja  dan  terletak di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Penanda sempadan negeri juga terletak di tengah-tengah pekan.

Apa yang ada di Jalan Broga..



Kawasan naik ke Bukit Broga yang terkenal itu. Saya bercadang hendak mendaki bukit ini bersama-sama keluarga satu hati nanti.

The University of Nottingham Malaysia Campus. Universiti yang berpangkalan di United Kingdom ini membuka cawangannya di Malaysia pada tahun 1999. Keterangan lanjut di sini.

Pintu utama UNMC

27 comments:

  1. pernah dgr tapi tak pernah sampai lagi...

    ReplyDelete
  2. Kak Hani: Kalau kak Hani masih bertenaga cuba daki bukit Broga tu, khabarnya mudah sampai ke puncak.. saya pun belum mencuba lagi.. hehe

    ReplyDelete
  3. puas eh jalan2,. i follow dan tinggalkan jejak utk dijejaki

    ReplyDelete
  4. bagus juga dapat naik bukit tu, sihat badan =)

    ReplyDelete
  5. mcmnilah: TQ sudi singgah, jejakmu akan disusul..

    ReplyDelete
  6. Azhan: Bagi yg dah agak berumur mcm saya ni, bukit sajalah yang mampu didaki, tu pun tak tau lagi bila nak pergi..

    ReplyDelete
  7. Abg miecyber: Jalan-jalan sekali sekala untuk rehatkan minda, tak kiralah dekat atau jauh..

    ReplyDelete
  8. me dah panjat bukit broga ittewww.. ehehe

    ReplyDelete
  9. Nanti bolehlah citer bila awak dah panjat Bukit Broga tu.

    ReplyDelete
  10. en_me: Belum lagi, baru bercadang je, sbb dtg ke sana secara kebetulan..

    ReplyDelete
  11. YB:InsyaAllah, tapi tak pasti lagi bila nak pergi..

    ReplyDelete
  12. en_me: *Oops.. maksudnya en_me dah panjat bukit tu..

    ReplyDelete
  13. Salam Mie..,

    aku pun dah lama tak ke Broga tu, sejak dah ada PLUS kini pula dah ada LEKAS....

    ada juga dengar atas Bukit Broga tu cantik pemandangannya...

    ReplyDelete
  14. azmnor: Nanti kita panjat sesama bila ada masa.. sekarang ni tak boleh sbb musim hujan..

    ReplyDelete
  15. baru jer budak2 sekolah saya mendaki bukit broga minggu lepas...masa tula juga 1st time saya dengar nama itu...hu hu...

    ReplyDelete
  16. Cikgu Sham tak ikut sama ke? Saya sendiri pun belum mencubanya..

    ReplyDelete
  17. Wahhh... nanti mesti naik.. Saya pun nak naik sekali lagi.. Hari tu rasa mcm tak puas pulak hehehe.. :)

    ReplyDelete
  18. Tak tau la Onggon bila agaknya, saya ni bukan fit sangat.. tunggu anak-anak free sbb nak pergi sesama..

    ReplyDelete
  19. saya yg dekat pun tak sampai lg heheheheee

    ReplyDelete
  20. sahrom: Ada masanya sampailah tu nanti.. Biasanya yg sampai ke situ pun, memang bukan orang yang tinggal berhampiran...

    ReplyDelete
  21. dwaty: Saya belum naik lagi bukit tu, baru singgah je, tapi mmg cadang nak naik satu hari nanti..

    ReplyDelete
  22. Al: Semangat je yang ada, kemampuan fizikal belum tentu lagi...

    ReplyDelete
  23. Mie,
    Saya memang selalu ke Bukit Broga, sama ada mendaki pada awal2 pagi atau pun selepas solat Asar. Dulu pemandangan memang cantik, tetapi sekarang still okay, tapi sudah kurang sedikit! Cubalah sekali mendaki Bukit Broga tu! Taklah susah sangat mendaki Bukit Broga jika dah biasa bersenam!Memang seronok jika mendaki bersama keluarga dan kawan-kawan!

    ReplyDelete
  24. Myza, saya memang becadang nak mendaki bukit Broga tu bersama keluarga suatu hari nanti. Bukit tu pun dah semakin glamer...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...