Monday, October 24, 2016

Sabah Trip 8 - Pulau Manukan | Masjid Negeri

Hari ini pagi terakhir di Kota Kinabalu. Siap-siap untuk check out awal sikit sebab kami nak ke Pulau Manukan. Nasib baik ada kereta sewa jadi barang-barang semua boleh sumbat dalam kereta. Dari hotel terus bergerak ke Jesselton Point. Payah betul nak mencari tempat letak kereta di kawasan berdekatan jeti sebab hari itu adalah hari bekerja. Akhirnya kami parking di dalam kompleks beli-belah Suria Sabah yang tak jauh letaknya dari jeti. 

Agak ramai pelancong asing pada hari itu terutama dari negara China dan Korea.

Thursday, October 13, 2016

Sabah Trip 7 - Signal Hill dan Perdana Park

Selesai makan tengah hari di kawasan Gaya Street Sunday Market belum pun jam dua petang lagi. Jadi alang-alang dah dekat sangat dengan Signal Hill kami naiklah dulu ke sana. Atas bukit ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya. Terlebih dulu kita akan jumpa Menara Jam Atkinson sebelum sampai di kawasan yang lebih tinggi.

Menara Jam Atkinson.

Friday, October 7, 2016

Sabah Trip 6 - Gaya Street Sunday Market

Selepas Kinabalu Park cuaca agak baik. Kami singgah sekejap di Pekan Nabalu untuk mencari sedikit souvenirs. Harga barang di sini lebih murah dan pilihannya juga sangat banyak. Bas persiaran mini yang membawa pelancung asing juga kebanyakannya berhenti di sini.

Jambatan Tamparuli.

Wednesday, September 28, 2016

Sabah Trip 5 - War Memorial Park

Hari ini pagi terakhir di Mile 36 Lodge. Sebelum sampai waktu sarapan kita orang ronda-ronda sekitar chalet. Dari sini boleh juga nampak Gunung Kinabalu tapi kena naik satu pelantar yang terletak di kawasan paling belakang sekali.

Cuaca agak mendung pagi ini.

Wednesday, September 21, 2016

Sabah Trip 4 - Tagal Ikan Sungai Moroli dan Sabah Tea Farm

Keluar dari kawasan Poring Hotspring kami menuju ke Kampung Luanti Baru untuk ke 'tagal' Sungai Moroli yang terletak kira-kira 18 km dari sini. Sangat teruja untuk ke sini kerana ingin merasai spa ikan yang tinggal di habitat asalnya. Ikannya pun besar-besar. Bayaran masuk cuma RM5 untuk dewasa.