Friday, June 14, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 5 - Mount Seorak

Hampir jam tiga petang baru dapat check in bilik. Lepas buat apa yang patut gitu gini, kami keluar semula pada jam hampir 4.00 petang untuk ke Mount Seorak. Senang je hendak ke sana sebab tempat menunggu bas tidak jauh dari simpang masuk ke hostel. Kami ambil bas 7-1 dengan tambang 1100 won seorang. Tak perlu risau mana nak berhenti kerana bas tu berakhir kat kawasan parkir Mount Seorak.

On the way

Hotel-hotel berhampiran Mount Seorak

Hanya beberapa orang penumpang tempatan dan kami berempat yang tiba di sini.

Tiket masuk 3500 won seorang.


Maskot tempat ini.

Berkabus dan tak nampak langsung puncak Mount Seorak.

Setelah berbincang sesama sendiri, kami ambil keputusan tidak jadi untuk naik cable car untuk ke puncak. Rasanya tak berbaloi kalau naik pun dengan cuaca yang sebegitu. Lagipun macam dah tak ada orang sangat yang menunggu untuk naik. Pastu ternampak notis, kalau cuaca bertambah buruk, cable car tidak akan naik ke atas untuk mengambil penumpang dan terpaksa turun sendiri mengikut trek yang ada. Lagilah cuak dibuatnya.

Cable car Mount Seorak 9K won seorang.

Jadi aktiviti kami petang itu cuma meronda-ronda kawasan bawah saja. Memang agak bosan, lebih-lebih lagi orang pun dah tak ramai walaupun hari itu adalah hari Ahad. Mungkin musim panas adalah waktu yang kurang menarik untuk melawat ke sini.







Cafe ini terletak agak jauh ke dalam.

Sungai ni nampak dipenuhi batu tapi sebenarnya ada air mengalir di celah-celahnya.



Goodbye... Ada masa dan rezeki boleh jumpa lagi di musim yang lain.

Monday, June 10, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 4 - Abai Village, Sokcho

Pagi ini masih lagi hujan yang tak berhenti sejak semalam. Hari ini kami checkout dari KCB untuk satu hari dan akan balik semula keesokan harinya. Sebahagian beg ditinggalkan di bilik yang sama kerana tiada sesiapa yang menyewa untuk tempoh tersebut. Destinasi kami ialah untuk ke Sokcho dan ke Mount Seorak kononnya. Pada mulanya rasa macam tak best je nak ke sana, sebab dah akhir musim bunga dan keadaan cuaca yang tidak berapa menentu. Tapi kena pergi juga sebab dah booking tempat penginapan di sana sebelum pergi.


Untuk ke Sokcho kami akan menaiki bas ekspres dari stesyen bas Dongseoul yang terletak berhampiran stesyen subway Gangbyeon di line 2. Jarak perjalanan ialah 201 km dan mengambil masa selama hampir 2 jam setengah.

Dongseoul bus station di hadapan exit 3 stesyen subway Gangbyeon.

Tempat menjual tiket bas terletak di bahagian bawah bangunan ini dan tempat menunggu bas pula di bahagian luarnya. Mula-mula sampai di kauter tiket agak blur juga sebab tak nampak kaunter khusus untuk ke Sokcho. Setelah bertanya dengan ahjussi yang menjaga jadual perjalanan bas kat situ, barulah tahu, rupanya kita boleh beli tiket di mana-mana kaunter.

Dapat tiket untuk perjalanan jam 7.45 pagi dengan tambang 17,300 won seorang.

Bukan tempat tengok wayang tapi kawasan R&R di pertengahan perjalanan.

 Lokasi The House Hostel, Sokcho

Tempat penginapan kami di Sokcho ialah di The House Hostel. Kami tertarik untuk menginap di sini kerana liputan yang menarik oleh bro Orga yang ke sini dua bulan sebelumnya. Thanks bro, memang terbaiklah hostel ni. Tak macam hostel langsung. Peta laluan dapat dari website hostel. Kami ikut laluan di simpang pertama, jadi memang sangat dekat dengan stesyen bas Sokcho.

 The House Hostel

Kami sampai di hostel agak awal iaitu sebelum jam 11.00 pagi. Waktu untuk check in ialah pada jam tiga petang. Agak panjang lagi masanya. Masa tu memang rasanya nak terus ke Mount Seorak tapi masih lagi hujan. Jadi dengan peta yang ada, kami terus bergerak ke Abai Village yang terletak hampir 1 km dari hostel. Kat hostel ini ada banyak disediakan payung jadi kami bawa seorang satu.

 Bandar Sokcho yang bersih dan cantik.

 Gaetbae boat untuk ke Abai Village

Untuk pergi ke Abai Village kita perlu naik boat tanpa injin yang bentuknya seakan feri. Sepatutnya boat ini boleh dioperasikan sendiri oleh penumpang tapi ada seorang ahjussi yang bertugas menariknya. Bayaran sehala ialah 200 won (lebihkurang 60 sen).

Sedikit Info mengenai Gaetbae Boat:
This boat is operated not by any powers but by the hands of passengers aboard by using the tight rope tied on each side of the river. So its departure depends on how many people come aboard with no fixed departure time. While it takes as long as 30  minutes by way of a road, Gaetbae boat can carry the passengers  in just about five minutes from Cheongho-dong to Jungang-dong.

  Gaetbae boat ini digerakkan dengan cara menarik tali yang ditambat pada kedua-dua tebing.

 Penumpang berdiri di bahagian kiri dan kanan.

Info mengenai Abai Village:
This village is formed by the refugees of Korean war who had left their hometown in North Korea and followed the troop of South Korea to the south on January 1951.  After decades, people came from other regions to settle there but still 60% of the villagers are from Hamgyeong-do in North Korea. Its administrative name has been changed to Cheongho-dong , but it also called Abai Village, which means a grandfather. Well known as the filming location of the extremely popular drama Autumn in My Heart.

 Antara lokasi penggambaran drama Autumn in My Heart. Ada pelakon tambahan di situ.


Kawasan Abai Village ini popular dengan makanan lautnya. Banyak terdapat gerai dan restoran makanan laut di sini. Antara makanan gerai yang popular di sini ialah Ojingo-sundae (stuffed squid) dan tempura.

Tukang masak Ojingo-sundae dan tempura udang.

 Tempura udang Abai Village, seekor 1000 won (RM3)
   
 Antara deretan restoran makanan laut di sini.

 Ada juga pantai di sini tapi tak begitu bersih dan cantik.

 Lagi lokasi penggambaran drama Autumn in My Heart.

 Sebahagian bandar Sokhco dilihat dari Abai Village.

Dari Abai Village kami bergerak pula ke Jungang Market yang terletak tidak jauh dari sini.  Pasar ini adalah pasar basah yang terbesar di Sokcho.

 Bahagian luar dan dalam pasar.

Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di sini.

 Sotong hidup pun ada

 Stroberi dan ceri segar yang sodap.

Selesai meronda kami balik semula ke hostel. Sementara belum boleh check in kami makan dulu bekalan yang di bawa dari Seoul serta buah-buahan di atas yang mengecurkan air liur.

Hujan sudah mulai reda dan selepas check in, agenda seterusnya pada petang itu  ialah ke Mount Seorak...

Wednesday, June 5, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 3 - Itaewon dan N Seoul Tower

Kami keluar semula selepas berehat dan tunaikan kewajipan. Walaupun di luar masih lagi hujan, terpaksa keluar juga kerana tak mahu ada jadual yang sudah di rancang tergendala. Destinasinya ialah Itaewon di mana terletaknya Seoul Central Mosque. Untuk ke sini perlu mengambil line subway No 6 dan keluar di pintu 3. Itaewon juga merupakan destinasi popular kepada pelancong kerana disini terdapat banyak restoran antarabangsa. Di sepanjang jalan menuju ke Masjid juga terdapat banyak kedai yang diusahakan oleh masyarakat Islam luar negara.

Kedudukan Seoul Central Mosque di Itaewon.

Pasar raya barangan halal.

Kedai kain

Kedai buku dan agensi pelancongan.

Restoran makanan Indonesia.

Masjid Seoul ini terletak di atas bukit dan jaraknya kira-kira setengah kilometer dari stesyen subway Itaewon dan jalannya sentiasa mendaki. Kenalah jalan secara relaks dan perlahan baru tak terasa penatnya.

 Di hadapan pintu gerbang

Seoul Central Mosque.

Semasa kami sampai di sini, orang agak ramai kerana ada majlis ijtima' untuk kariah masjid dari seluruh Korea. Majoritinya adalah dari keturunan Pakistan, India dan Arab. Ada juga masyarakat Malaysia dan Indonesia selain dari orang Islam Korea sendiri. Di sini jugalah bodyguard saya terjumpa dengan kawan sekolahnya yang sedang melanjutkan pelajaran di Korea. Dia baru berada di sini selama dua bulan.

Dalam perjalanan turun, hujan semakin lebat. Jadi kami ambil keputusan untuk singgah di Murree Korean Muslim Restaurant. Bolehlah makan malam sekali. Lagipun sudah menghampiri jam enam petang.

Restoran Murree, Korea Muslim Food.

Kosong je restoran ni masa kami sampai.

Banyak pilihan makanannya tapi tak tahu apa yang hendak dipesan. Jadi jalan terbaik ialah pilih saja makanan yang agak popular dan pernah didengar. Antaranya ialah bibimbap, bulgogi dan kimci egg roll. 

Macam mana nak makan bibimbap tu. Mula-mula kami makan macam makan nasi lemak, ambil lauk sikit-sikit campur nasi. Lepas tu pelayan cakap kena gaul dulu semuanya baru dimakan.  Hehe... teruknya.

Bibimbap, 8000 won semangkuk.

Bulgogi dan lauk sampingan yang standard (tak perlu pesan) kimci, taugeh dan seaweed.

Kimci egg roll

Sedap ke makanan di sini? Bolehlah hampir licin juga jadinya. Total cost hampir 80K won.

Selesai mengisi perut kami singgah di pasar raya barangan halal untuk membeli apa-apa yang patut di buat stok makanan seperti biskut, kacang, mee segera, butter, roti dan lain-lain. Nampak sangat takut kebulur, padahal banyak makanan yang boleh dimakan kat Seoul ni, asal tahu memilih.

Dari Itaewon kami menuju ke Myeongdong. Tujuannya ialah untuk ke N Seoul Tower. Walaupun hujan makin lebat dan hari mulai gelap, kami kena ikut itinerari yang telah disusun untuk ke sana. Keluar dari stesyen subway Myeongdong melalui pintu 2 dan bas mini untuk ke stesyen cable car berwarna kuning sudah sedia menunggu. Warna bas seakan warna bas sekolah dan ada logo cable car. Tak sempat ambil gambar sebab hujan dan terus masuk ke dalam bas. Perkhidmatannya adalah percuma.

Walaupun hujan, orang tetap ramai pada malam tu, mungkin disebabkan malam minggu. Akhirnya di sini payung terpaksa dibeli. Tak boleh tahan sebab hujan semakin lebat dan masing-masing kesejukan.

Berselisih dengan cable car yang turun. Round trip ticket 8000 won.

Fountain yang cantik. Kalau siang hari mungkin tak nampak secantik ini.

Gazebo, berteduh dari hujan.

 The N Seoul Tower

Bunga-bunga cinta

Pokok mangga besi. Orang yang kemaruk je buat kerja macam ni.

Lift untuk turun dari kawasan cable car.

Kami berada di atas sana lebih kurang sejam lebih saja. Pemandangan pun tak berapa jelas disebabkan hujan. Sampai di bawah cuba mencari bas yang bawa kami naik ke atas tadi. Rupanya perkhidmatan bas tamat lebih awal. Jadi kami tanya kepada ahjumma di tempat kami beli payung tadi. Dia kata gunakan lift yang terletak di sebelah kiri stesyen cable car. Kali pertama naik lift seperti ini yang operasinya seakan-akan tram dan boleh memuatkan sehingga 20 orang. Lift ini turun sampai ke jalan utama menuju ke stesyen Myeongdong. Tak adalah jauh sangat untuk sampai ke stesyen. Tapi yang penting kami tak sesat barat. Hehe...