Dari Masjid Niu Jie kami teruskan perjalanan untuk ke Silk Street pula. Sebenarnya Silk Street ni adalah sebuah pusat beli belah yang bersambung dengan stesyen Yoganli di laluan satu. Ikut exit A untuk ke sini. Silk street ini boleh dianggap sebagai pusat beli-belah yang agak standard dan yang datang ke sini kebanyakannya adalah orang asing. Walaupun namanya Silk Street, tapi ada banyak kedai lain yang menjual pelbagai jenis barangan.
Laluan untuk ke Silk Street dari stesyen Yoganli.




