Alhamdulillah selamat pulang dari percutian di Busan dan Jeju.
Sedikit persediaan yang saya buat sebelum ke sana:
Permit Memandu Antarabangsa
Dari pembacaan blog sahabat blogger yang dah sampai ke Jeju, adalah lebih baik menyewa kereta dan pandu sendiri di sana kerana perbelanjaannya yang lebih murah berbanding menyewa kereta bersama pemandu.
Antara keperluan utamanya ialah memiliki permit memandu antarabangsa. Untuk itu kenalah isi borang JPJL1 yang boleh di cetak di sini atau dapatkan di kaunter JPJ.
Bayarannya ialah sebanyak RM150 untuk tempoh sah laku selama setahun.
Dokumen yang diperlukan:
- Lesen memandu asal yang masih sah tempohnya untuk satu tahun.
- Kad pengenalan asal dan salinan
- Pasport asal dan salinan
- Dua keping gambar warna ukuran pasport
Prosesnya agak cepat dan boleh siap pada masa itu juga. Masa tu saya ke Jabatan Pengangkutan Jalan, Padang Jawa, Shah Alam.

Tadaa... siap dah...