Dari Arashiyama kami bergerak ke stesyen Nijojomae untuk ke Nijo Castle. Castle ini ditutup mulai 26/12 hingga 4/1 setiap tahun mengikut risalah yang kami dapat. Juga ditutup pada hari Selasa dalam bulan Januari, Julai, Ogos dan Disember. Jadi kira bernasib baik jugalah dapat masuk ke sini. Dibuka mulai jam 8.45 pagi hingga 5.00 petang dan kemasukan terakhir pada jam 4.00 petang.
Lokasinya betul-betul di hadapan pintu keluar subway.