Monday, October 12, 2026

SAPA Menyapa

Kami menumpang trip DIY anak saudara ke Sapa, Vietnam. Kalau nak pergi sendiri memang tak akan sampailah jawabnya. Jam tiga pagi dah keluar dari rumah sebab penerbangan pertama AA ke Hanoi ialah pada jam enam pagi. Tempoh masa diambil lebih kurang tiga jam dua puluh  minit dan masa di Hanoi adalah lewat satu jam dari waktu kita. Bas dari Hanoi ke Sapa berlepas pada jam 12.30 tengah hari. 

Pengalaman pertama kali menaiki sleeper bus.

Sao Viet sleeper bus kami booking dari Klook. Dari airport ada shuttle van yang akan mengambil kami untuk dibawa ke perhentian bas Sao Viet di bandar Hanoi. 

Hubungi pejabat Sao Viet untuk mendapatkan perkhidmatan shuttle van ini.

Tempat menunggu yang selesa. Bolehlah kalau nak makan bekalan yang dibawa sementara menunggu bas datang.

Sleeper bus yang kami naiki. 

Ada dua puluh tempat berbaring bagi setiap bas. Masa booking kita boleh pilih sama ada nak bahagian atas atau bawah. Tiket untuk bahagian bawah lebih sedikit berbanding di atas. Ada tirai untuk setiap satunya jadi dapatlah berbaring dengan selesa.

Leganya dapat berbaring tapi katilnya separas lantai jadi agak payah juga nak masuk. Dibekalkan dengan dua botol air mineral. TV juga ada tapi memang tak sentuh langsung. Cadangnya nak mengganti waktu tidur tapi agak susah nak melelapkan mata sebab tergolek ke kiri dan kanan jika bas melalui selekoh. Tapi ada juga yang tidur nyenyak sampai berdengkur. Perjalanan mengambil masa enam jam. Nasib ada disediakan tandas di bahagian belakang.

Sampai di hotel jam 6.30 petang dan waktu dah mula gelap. Ingat nak terus lepak tapi terasa lapar sebab hanya makan waktu dalam penerbangan saja. Tengah hari cuma makan roti yang dibawa.

Restoran in betul-betul terletak di hadapan hotel penginapan.

Makanan yang ringkas untuk malam itu.

Pemandangan sebahagian bandar Sapa dari balkoni hotel.

Suhu waktu pagi lebih kurang macam di Cameron Highlands.

Tour leader kami bersama isteri dii hadapan hotel penginapan. 

Sapa House Hotel (officially listed as Sapa House Hotel Halal Certified) is a 3 star property in Sa Pa, Vietnam. Popular with Muslim travelers for providing halal-friendly services. 
Key Information
  • Address: 03A Thác Bạc, Sa Pa, Lào Cai, Vietnam
  • Halal Features: Offers halal breakfast options, on-site halal food choices (including dishes like halal phở and spring rolls), and a dedicated prayer room.
  • Location: Situated near central landmarks such as the Sapa Sun Plaza and local halal restaurants.
  • Amenities: Free Wi-Fi, 24-hour front desk, tour and ticket booking services, bar, and airport/train station shuttle options. 

Kami hanya ada dua hari penuh di Sapa, jadi cuma ada beberapa tempat yang dapat kami pergi iaitu Fansipan, Moana Sapa dan Cat Cat Village.

Tuesday, June 2, 2026

Kampong Agong, Seberang Perai Utara

Sempena cuti Hari Pekerja kami sekeluarga sempat bercuti di Pulau Pinang. Semua ikut sebab masing-masing tak perlu mohon cuti. Banyak tempat di Pulau Pinang kami dah pergi jadi kali ini kami nak ke Kampong Agong yang terletak di Penaga, Seberang Perai Utara. Taman tema agro yang terbesar katanya.

Sudah dibuka lebih empat tahun lalu tapi kami baru sampai tahun ini.

Harga tiket sangat berpatutan.

Lama sangat blog ini dah tak ada posting. Sayang pulak nak ditinggalkan macam tu saja. Memang dah malas sangat sekarang ni. Nak buat caption pun dah tak lalu. Tengok sajalah foto-foto yang ada. Mungkin ada yang belum ke sana bolehlah singgah bila ke Pulau Pinangg.






















Penginapan kami di Pulau Pinang.

Sunset dari tingkat 33 Tanjung Point Residence.

Menghadap pantai tapi tak berapa menarik.

Kolam renang di tingkat tujuh.

Pagi tu bersiap-siap untuk balik. Puashati menginap di kondo tiga bilik ini dengan tiga bilik air. Ruangnya agak luas, nampak baru dan sangat bersih. Ada kemudahan tempat letak kereta untuk tetamu dan juga ada kaunter kaunter check in nya sendiri.

Friday, September 12, 2025

Thistle Port Dickson Resort

Berkesempatan menginap di sini untuk tempoh 3 hari 2 malam sempena cuti hari kebangsaan. Ambil 3 bilik untuk keseluruhan ahli keluarga tapi satu keluarga tak dapat datang kerana anaknya dimasukkan ke hospital. Tapi kami lenjan juga bilik tu sebab dah bayar.

Tak ada apa-apa acara khas atau yang menarik di sini. Hanya kibaran bendera di sekitar perkarangan hotel. Ada pertunjukan bunga api sekejap. Itupun pada jam dua belas malam yang kebanyakan orang dah tidur.

Thistle - Terletak di KM 12 Jalan Teluk Kemang.

Lobinya yang agak besar.

Pintu masuk ke restoran. Bentuk bumbung yang sinonim dengan Nismilan.

Bilik penginapan di sebelah kiri.

Kami dapat yang di sebelah kanan.


Keseluruhan bangunannya.

Kolam renang yang besar.

Disekat-sekat mengikut kedalaman yang berlainan.


Kolam renang kanak-kanak.



Ada juga ATV tapi macam dah tersadai.

Nak main catur gergasi ni pun boleh.

Jalan menuju ke pantai.


Macam inilah keadaan pantainya.

Tak mahu mandi laut katanya.

Ada juga jetski untuk disewa.


Orang dah nak balik baru dia sibuk nak mandi.

Menjelang senja. Cuaca tak begitu cerah petang tu.

Check out awal sikit kerana nak menyinggah di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson. Lagipun risaukan sikecik sorang tu yang dimasukkkan ke hospital. Agak ramai orang pada hari tu. Tempat letak kenderaan agak terhad. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk hanya perlu merekodkan nama dalam buku tetamu di pondok sekuriti.



Antara ikan-ikan yang ada di sini. Ada banyak lagi spesis lain yang majoritinya adalah ikan air masin.

Penyu diletakkan di bahagian luar bangunan.