Kat Redang ni jangan risau soal makan. Memang disediakan dalam pakej. Makan empat kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Di Redang Lagoon ini tak ada café atau tempat makan di luar waktu makan. Tapi kalau rajin meronda sepanjang pantai kita boleh jumpa kopitiam dan mini market yang menjual makanan. Jadi kalau ke sana tak payahlah bawa barang makanan sangat.
Hari ini ada dua trip snorkeling iaitu di kawasan Taman Laut dan di laut terbuka. Sebenarnya bukan laut terbuka sangat pun, cuma airnya agak dalam supaya kita tak terpijak batu karang. Tempat snorkeling laut terbuka yang kami terlepas semalam berlainan dengan trip hari ini.
Peralatan snorkeling boleh di sewa dari chalet ini. Life jaket RM10 dan goggle juga RM10. Bagi goggle yang ada power cajnya RM30 setiap satu. Boleh gunakan sepanjang kita berada di sana.
Tempat berkumpul untuk snorkeling trip di hadapan chalet. Bawa sekali tiket Taman Laut yang di beli di jeti Shahbandar semalam.