DAY 3
Hari ini kami keluar agak awal kerana banyak tempat yang akan dilawati. Untuk trip hari ini kami telah menyewa sebuah Toyota Avanza bersama supir bernama Pak Aceng. Kenderaan ini kami sewa dari setiawantransport. Sebelum tu sempat bersarapan dulu di dewan makan bersebelahan lobi. Makanan yang disediakan agak ringkas, tapi cukuplah sekadar untuk mendapatkan sedikit tenaga. Menu untuk pagi itu ialah nasi ijo.
Destinasi kami pagi ini ialah kawasan Lembang. Antara tempat-tempat menarik di kawasan Lembang ialah Gunung Tangkuban Parahu di mana terdapat kawah gunung berapi yang masih aktif, Sari Ater Hotspring Park, ladang strawberi dan Floating Market Lembang.

Nasi ijo, seakan-akan nasi lemak.