DAY 2
Selesai bersarapan kami balik ke hotel dan terus check out. Sementara menunggu van sampai kami lepak dulu di lobi. Kat lobi hotel ini ada disediakan beberapa buah komputer berinternet. Setiap pelanggan boleh mengakses selama 30 minit sahaja. Sempat saya dan beberapa rakan memohon cuti tambahan secara online kerana kami menjangkakan akan keletihan bila balik dari bercuti nanti. Alhamdulillah cepat saja diluluskan. Tepat jam 9.00 pagi van sampai di depan hotel. Van ini boleh memuatkan seramai 15 penumpang. Tapi hari itu cuma kami bertujuh dan seorang penumpang lain yang juga dari Malaysia. Van jenis Toyota Commuter yang kami naiki ini mungkin jarang terdapat di tempat kita dan boleh dikatakan agak selesa untuk perjalanan jarak jauh.
Rancangan hari ini ialah ke Krabi. Van yang dah di booking akan mengambil kami di hotel pada jam sembilan pagi. Jadi sebelum itu kami perlu mengisi perut kenyang-kenyang kerana perjalanan yang akan kami tempuhi mengambil masa yang agak lama. Sebaris dengan hotel kami ada beberapa restoran muslim. Kami memilih untuk bersarapan di Restoran Maliam.

Perjalanan adalah dijangkakan mengambil masa lima jam termasuk singgah di kawasan R & R di Trang. Kami diberikan masa 20 minit di sini. Majoriti peniaga di kawasan ini ialah orang Islam dan kebanyakannya boleh berbahasa Melayu. Selain gerai-gerai dan restoran, terdapat juga sebuah pasar raya yang banyak menjual produk makanan yang dihasilkan oleh pengusaha Muslim setempat.
Gerai-gerai di bahagian luar pasar raya.
Tempat bersolat juga disediakan.
Kami sampai di kawasan Ao Nang, Krabi pada jam hampir dua petang. Pada mulanya agak sukar bagi pemandu untuk mencari lokasi hotel yang kami tempah. Rupanya dekat saja dengan pantai. Hotel yang kami ambil ialah Hotel Guitar Residence yang dekat dengan banyak kemudahan.
Setelah selesai semua urusan, kami terus mencari pakej yang boleh diambil untuk petang itu kerana kami berada di sini hanya semalam saja. Untuk keselesaan sepatutnya kita berada di sini sekurang-kurangnya dua malam. Apa nak buat dah tersilap perancangan.
Jarang ada pakej yang disediakan untuk sebelah petang kerana pada waktu itu kebanyakan bot baru pulang ke jeti. Nasib baiklah ada yang sanggup buat kerja overtime. Masa tu dah hampir jam tiga petang. Untuk pakej sebelah petang ini yang ada hanyalah menggunakan long boat. Kami dikenakan caj THB2500 untuk perjalanan pergi balik. Dari hotel kami naik tuk tuk yang disediakan untuk sampai di jeti long boat yang terletak di hujung pantai Nopparatthara.
Inilah rupa long boat yang kami naiki.
Destinasi yang kami tuju ialah Tup Island yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai. Angin agak kuat pada petang itu dan ombak juga agak tinggi. Agak menyeramkan walaupun kami semua pakai life jacket. Lebih-lebih lagi keadaan botnya yang agak uzur. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat.
Waktu kami sampai dah tak ramai orang di sini. Pantainya cantik berbanding pantai di Ao Nang. Di sini terdapat pantai di mana dua ombak dari berlainan arah bertemu. Kami hanya singgah di pulau ini untuk mandi dan tak ambil pakej untuk snorkling sekali kerana kesuntukan masa. Kami berada di sini lebih kurang sejam lebih dan perlu pulang lebih awal untuk mengelakkan kegelapan.
Chicken Island yang boleh dilihat dalam perjalanan ke Tup Island.
Waktu kami sampai di jeti, hari sudah pun mulai gelap. Tuk-tuk yang sepatutnya mengambil kami pula tak muncul-muncul. Terpaksalah kami naik kederaan lain untuk pulang. Tapi kami tak bayar pun kerana semua dah masuk dalam pakej dan suruh dia orang tuntut kat agen.
Malam tu kami keluar untuk mencari sedikit barangan untuk dibawa pulang sambil mencari tempat makan yang sesuai. Leka kami meronda-ronda sehingga jam sudah hampir jam sepuluh malam. Sedangkan kedai makan yang kami nak pergi ditutup jam sepuluh malam. Jadi terpaksalah bungkus saja dan makan di hotel. Kat sini ada banyak restoran yang kononnya halal tapi agak meragukan jika kita melihat persekitarannya.
Restoran Chaba Thai Kitchen ini terletak di seberang jalan di penghujung pantai Ao Nang.
Nak makan kat sini pun boleh, tapi tak mengenyangkan.
Antara deretan kedai cenderamata yang terletak di sepanjang pantai Ao Nang.