Friday, July 25, 2014
Sunday, July 20, 2014
Sydney and Melbourne Part 11 - Phillips Island 1 - Tooradin Village dan Maru Koala and Animal Park.
Trip terakhir sebelum balik keesokan harinya ialah pakej ke Phillips Island. Trip ini juga memakan masa sehari suntuk jadi memang tak boleh nak selitkan apa-apa aktiviti lain. Rugi betul rasanya sebab banyak lagi tempat yang tak dapat nak pergi. Kalau dapat tambah sehari dua lagi mungkin boleh juga ke Belgrave untuk menaiki kereta api antik Puffing Billy, melepak di St Kilda Beach dan menikmati panorama Melbourne di Skydeck Eureka Tower.
Peta perjalanan bagi pakej ke Phillip Island.
Tuesday, July 8, 2014
Sydney and Melbourne Part 10 - Great Ocean Road 2 - Iluka Restaurant, Rainforest, Twelve Apostle dan Loch Ard Gorge.
Malas betul rasanya nak menyambung entry Aussie ni...
Ok, selepas sesi bermesra dengan burung-burung, perjalanan pun diteruskan. Menurut Mr Neil, bas akan berhenti di Apollo Bay untuk singgah di sebuah restoran di mana kami akan makan tengah hari di situ. Makanan di sini adalah percuma kerana sudah termasuk dalam pakej. Banyak juga pilihan makanannya. Pilihlah sama ada nak makan fish and chip, burger atau salad. Minuman panas dan jus juga disediakan.
Iluka restaurant, Great Ocean Road, Apollo Bay.
Friday, June 27, 2014
Sydney and Melbourne Part 9 - Great Ocean Road 1 - GOR Memorial Arch, Lorne Beach dan bermesra dengan burung.
Hari kedua di Melbourne. Hari ini adalah dikhaskan sepenuhnya untuk join trip Great Ocean Road Tour. Perjalanan pergi balik keseluruhannya ialah 500 kilometer. Pakej untuk trip ini kami booking online melalui Melbourne Australian Tours (MAT). Harganya ialah AU$85 seorang termasuk disediakan minuman pagi semasa berehat di tepi pantai dan juga makan tengah hari. Agak mahal harganya tapi tak apa asalkan jangan congceng congceng sudahlah. Pembayarannya ialah secara tunai tetapi dengan jaminan kad kredit. Jika kita tidak muncul pada hari yang dijanjikan tanpa memberikan apa-apa notis barulah potongan dari kad kredit akan dilakukan.
Jam lapan pagi kita orang sudah diarahkan menunggu di depan hotel. Ada lapan orang yang menunggu di situ termasuk warga Indonesia dan India. Pemandu merangkap tour guide pada hari itu ialah Mr Neil yang berumur enam puluhan. Masih bertenaga dan cekap pemanduannya walaupun sudah agak berusia. Sambil memandu, dia akan menerangkan tempat-tempat yang dilalui di sepanjang perjalanan.
Laluan Great Ocean Road Tour
Tuesday, June 24, 2014
Sydney and Melbourne Part 8 - Victoria Market, Swanston Street dan makan-makan.
Dari Federation Square kami bergerak ke hadapan Flinders station untuk menaiki city circle tram yang bernombor 35. Perkhidmatannya adalah percuma. Tapi tramnya agak buruk berbanding tram lain yang berbayar. Laluannya ialah dari kedua-dua arah. Jadi pilih saja laluan terdekat untuk ke sesuatu destinasi kerana ianya bergerak secara pusingan. Untuk ke Victoria market bolehlah turun di persimpangan La Trobe street dan William Street.
Peta laluan City Circle tram no 35.
Subscribe to:
Posts (Atom)