Monday, September 14, 2020

B5 Johor Street Market

Akhir bulan Ogos lalu sempena Hari Kemerdekaan kami sekeluarga sempat ke Johor Bahru menemani anak yang ada event di sana. Kami bermalam di sebuah hotel di Skudai berhampiran Paradigm Mall. Masa nak keluar makan malam kami sempat bertanya kepada penjaga kaunter hotel di mana tempat makan-makan yang best di JB. Dia cadangkan kami ke B5 Johor Street Market yang merupakan satu tempat bersantai, makan dan minum yang terbaru di JB. Kilang Bateri yang dulunya popular telah ditutup sepenuhnya.

Foto Google


Mula dibuka semenjak awal tahun lagi tapi perniagaan baru nak rancak dah terpaksa ditutup dalam tempoh PKP yang agak panjang. Tempat ini telah dibuka semula dalam tempoh PKPP dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Beroperasi dari jam 11.30 pagi hingga 12.00 malam.


Lokasinya betul-betul bertentangan dengan Plaza Angsana di pusat bandar Tampoi. Mempunyai keluasan 2.35 hektar dan di bahagikan lima kategori iaitu bazar runcit, trak makanan, gerai makanan, box park dan hub seni serta budaya.

Foto Google

Tempat ini dibina sempena kempen Visit Johor 2020 dan merupakan pusat setempat bagi pelancongan dan keunikan seni serta warisan negeri Johor. Diinspirasikan dari Queen Victoria Street Market di Melbourne. Aktiviti yang di adakan di sini akan ditukar mengikut sesuatu perayaan.










Kalau ke Johor jangan lupa singgah di sini. Lebih selesa jika datang ada waktu malam kerana tempat ini merupakan tempat yang agak terbuka.

4 comments:

  1. Replies
    1. Sebelah malam memang agak ramai sebab tak panas banding siang.

      Delete
  2. Dari utara nak ke johor..jauhnya.
    Semoga ada rezeki nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah panjang nanti boleh je sampai.. nak ke obersi pun belum boleh lagi..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...