Tuesday, July 14, 2020

Pantai Bagan Lalang

Ini lokasi pertama berjalan-jalan bersama keluarga dalam tempoh PKPP. Semasa PKP dan PKPB adalah satu tempoh untuk mengumpul lemak-lemak saja. Tempatnya pun tak jauh cuma dalam lingkungan 60 km saja dari rumah bergantung laluan mana yang kita ikuti.
 
Cuaca sangat cerah pada hari itu.

Menginap di sini saja.

Kami menginap semalam di sini. Semua chalet habis ditempah. Orang boleh dikatakan sangat ramai pada hari itu. Semuanya kemaruk nak bercuti selepas berbulan terperap di rumah. Banyak juga yang tidur di khemah-khemah di tepi pantai. 

Ada satu bilik dan ruang rehat. Kami ambil dua unit. Inilah satu-satunya chalet yang menghadap dan paling hampir dengan pantai. 

Avani Sepang Gold Coast Resort. Poket tak cukup tebal untuk menginap di situ. Tempoh tiga bulan PKP semuanya merudum.

Melepak tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam.

Terlindung pokok pulak.

Malamnya kami keluar untuk mencari tempat makan makanan laut. Keluar selepas maghrib. Ada beberapa buah restoran yang agak bagus di hujung jalan berhampiran tempat penginapan tapi semuanya padat dengan orang dan terpaksa beratur panjang. Tempat parking pun dah tak ada. Tak tahulah pukul berapa diaorang keluar. Mungkin juga diaorang datang dari jauh dan boleh bersolat jamak saja. Jadi kami keluar dari kawasan pantai. Alhamdulillah ada juga restoran makanan laut di situ dan senang dapat tempat letak kereta. 


Di situ terpaksa menunggu beberapa ketika untuk dapat meja kosong. Selepas dapat meja pun terpaksa menunggu hampir satu jam untuk mendapat makanan yang dipesan. Nasib baik masakannya sedap. Harganya pun berpatutan.

 Di kawasan ini banyak orang berkhemah kerana dekat dengan bilik air.

Esoknya kami bersarapan pagi berhampiran kawasan ini. Cuma ada beberapa kedai saja yang sudah dibuka. Lepas makan singgah ke pantai sekejap untuk melayan sikecik. Seterusnya balik ke bilik dan melepak sementara menunggu masa untuk check out. 

Dialah yang paling seronok sekali.

Masa balik kami ikut jalan Banting. Agak jauh sikit berbanding ikut jalan KLIA. Tujuannya nak makan tengah hari di Restoran Saigon Taste Banting. Hidangan utamanya di sini ialah sup daging. Boleh pilih sama ada nak di campur kuetiau, bihun atau mee kuning. Tapi yang paling ngam sekali ialah dengan kuetiau. 

Sempoi je restorannya.

Perghh sedap yakamat. Terasa macam  kat Vietnam dah. Inilah gara-gara trip Vietnam yang terpaksa dibatalkan pada bulan Mac lepas.

10 comments:

  1. cantik sunset...teringat pho kt HCMC..cuma tak banyak ulam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cuaca hari itu agak cerah padahal sehari sebelumnya hujan lebat. Banyak air bertakung. Sup tu sama sedapnya macam kat sana..

      Delete
  2. Mmg nampak sedap kuetiaw sup daging tu. Ada kesempatan boleh cari tempat ni.
    Hashtag Allah bagi sedap tu terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, direkomen untuk mencuba kalau terlajak ke Banting..

      Delete
  3. Bagan Lalang mmg bertahun tak pergi dah hehe.. bolehla pegi lagi nanti da dekat dengan rumah. sejak pindah sini boleh mula JJCM area sini pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindah terus ke sini ke CT.. wah senanglah nak travel nanti.. airport pun dah dekat..

      Delete
  4. Bila lah nak bercuti tahun ni...bestnya dapat bercuti tepi pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi tempat yang dekat² dulu en Deen.. janji dapat jalan-jalan..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...