Wednesday, January 22, 2020

Dalat Datanla Pt 1 - Pemandu dan Restoran Halal

Dalat merupakan destinasi terbaru Airasia di Vietnam yang memulakan operasinya pada 20 Disember 2019. Sempena pelancarannya kami berjaya mendapat harga RM300 lebih untuk penerbangan pergi balik. Agak berbaloi. Beli tiket untuk enam orang tapi hanya bertiga saja yang dapat ke sana. Airasia merupakan syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang terbang ke sini.

Lapangan terbangnya agak lengang. Dari airport kami ambil teksi yang bermeter, jadi tak payah nak nego bagai. Tambangnya VND350K. Penginapan kami terletak di District 1 iaitu berhampiran kawasan pasar malam.

 Dalat Datanla. Jadi apa tunggu lagi silalah datang ke Dalat.

Sampai di hotel sedang elok pada jam dua petang dan terus boleh check in. Hari pertama ini kami cuma bersiar-siar di kawasan berdekatan saja. Untuk dua hari berikutnya kami menggunakan perkhidmatan pemandu dan tour guide. Tour guide kami bernama encik Rashid yang boleh dihubungi melalui nombor hp +84909634105. Fasih berbahasa Melayu sebab pernah tinggal di Malaysia. Pemandunya adalah orang Vietnam. Perkhidmatannya dari jam lapan pagi hingga lima petang sahaja. Memang kami minta supaya habis lawatan dan sampai di hotel sebelum jam lima. Waktu maghrib di sini adalah pada jam 5.45 petang pada bulan Januari.

Untuk makan sekarang dah tak perlu risau. Ada sekurang-kurangnya enam buah restoran yang menyediakan makanan halal di Dalat. Tiga antaranya sempat kami singgah iaiti Hajah Hawa Restaurant, Dalat Coffee dan Kampung Pandan Restaurant.

Hajah Hawa Restaurant, terletak 600 m dari hotel penginapan kami. Restorannya agak baru. Ruang makannya ada juga di tingkat atas. Selain itu ada juga ruang jualan untuk kain pasang dan telekung. Kami mengulang ke sini beberapa kali.

Dalat Coffee juga merupakan restoran yang baru. Mengikut kata tour guide kami, restoran ini milik Hj Osman yang ada restorannya di HCM City. Restoran ini diambilalih olehnya dan belum sempat lagi menukar papantanda perniagaannya. Terletak lebih kurang 500 m saja dari hotel penginapan kami.

Kami juga sempat ke Kampung Pandan Restaurant. Lokasinya agak jauh dari hotel. Tour guide bawa kami ke sini untuk makan tengah hari. 

Fatimah Restaurant terletak di kawasan yang sama dengan Kampung Pandan Restaurant.

D'Halal Restaurant & Cafe milik orang Indonesia.

Halal Food Karim. Terletak paling jauh dari hotel kami.

Semasa balik dari Hajah Hawa Restaurant kami terjumpa satu jalan pintas yang merupakan satu lorong di celah-celah bangunan. Jaraknya ke hotel adalah lebih dekat. Agak bersih dan selamat jika berjalan pada waktu malam kerana adanya aktiviti perniagaan di lorong itu.




Hotel penginapan kami yang terletak tidak jauh dari tapak pasar malam.

13 comments:

  1. Murahbjugak tiket ke Dalat..boleh masuk wishlist ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Offer masa laluan baru dibuka memang agak murah... sekarang tak dapek dah...

      Delete
  2. Wahhhh macam2 dah ada di Dalat.. Dulu kami pergi 1997 sangat lah berbeza.. Tqs kongsi trip ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama sangat tu... sekarang macam2 ada dah...

      Delete
  3. Macam seronok je jalan-jalan ke sini. Yang penting mudah dapat makanan halal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dicuba Kakcik... dekat je... flight dalam 2 jam... makan pun senang...

      Delete
  4. wow banyak kedai makanan halal.. insyallah x lapar hehe..
    teringat text literature sek dulu.. How Dalat Got Its Nmae hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dah sekarang... cuma makanan halal agak mahal kat sana. Dalat bermaksud stream.. bahasa orang asli Vietnam dari suku Lach... Kat Sarawak pun ada Dalat...

      Delete
  5. meriah lukisan mural di dinding.. lawa2 pulak tu

    ReplyDelete
  6. Haaaa thanks letak nombor guide! Boleh dah plan nak ke Dalat.

    ReplyDelete
  7. Sangat berbaloi harga tiketnya. Boleh pergi selalu.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...