Friday, January 10, 2020

Gold Coast, Queensland Pt 4 - Brisbane

Pagi ini kami nak bergerak ke Brisbane. Trip touch n go saja sebab petangnya nak mencari sedikit souvenirs sebelum balik pada esok paginya. Agak awal kami keluar untuk mengejar masa. Untuk ke Brisbane dari Gold Coast agak mudah sekarang ni kerana perhentian terakhir tram GC adalah di Helensvale. Dari situ terus boleh ambil kereta api separuh ekspres untuk ke Brisbane. Kereta api ini hanya berhenti di stesyen utama saja. Perjalanan mengambil masa lebih satu jam. Kami berhenti di stesyen South Brisbane.

 Brisbane Southbank Parkland.

 Berjalan lebih kurang 200 m untuk ke Parkland.

 Ada Ferris wheel yang sederhana tingginya.










Ada dua cara bagi pejalan kaki untuk ke bahagian utara Brisbane. Yang pertama melalui jambatan dan yang kedua dengan menaiki feri. Kami pilih untuk ikut jambatan saja kerana hujung jambatan berakhir terus di Queen Street iaitu pedestrian utama di bandar Brisbane.

 Brisbane River.

 Victoria Bridge panjangnya 323 meter dan dibuka pada tahun 1969.

 Good katanya sebab udara nyaman walaupun cuaca cerah.



 Bahagian selatan agak kurang bangunan tinggi.

 Antara bangunan lama yang terdapat di Brisbane.

 Kedai cenderamata di Queen Street,

 Bersabar sementara OR mencari perfume di Chemist Wharehouse.

Hasil tangkapan.

 Menarik konsep kedainya.

 Bungkusan coklatnya pun ringkas je.

 Beli sedikit coklat di sini sebelum ke stesyen Central untuk balik ke Gold Coast.

Ada dua kereta api yang berkongsi laluan untuk ke Helensvale di Gold Coast. Kereta api yang berhenti-henti setiap stesyen akan berakhir di Beenleigh iaitu tiga stesyen sebelum sampai di Helensvale. 

6 comments:

  1. Replies
    1. Benda murah bolehlah borng NR... buat souvenirs sekali...

      Delete
  2. Brisbane GC ni dalam prancangan tapi nk cuti dari Oceania sekejap la. hihi kasi rindu betul2 baru pegi lagi. sedihnyaaa dengan kebakaran disana meruntun jiwaa tengok dala kitee suka negara dia.. cepat2 la diorang recover.

    masa dari GC tu naik tren kan PLM brenti di Helensvale.. nxt connecting train tu naik dr Helensvale jugak ? station yg sama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak2 negeri di Aussie... saya lebih suka ke WA...mungkin lebih dekat.

      Haah CT stesyen tram dan keretapi di Helensvale terletak sebelah menyebelah je...

      Delete
  3. Dah berapa kali ke sini? Apa yang membuatkan Mie suka tempat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertama ke sini... tenang dan nyaman... sesuai kalau bawa budak kecik... pengangkutan pun sangat efisien... mudah untuk bergerak ke sesuatu tempat.

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...