Sunday, December 27, 2015

Autumn in Beijing Pt 7 - Masjid Niu Jie

Dari Summer Palace kami terus menuju ke Masjid Niu Jie. Kebetulan hari ini adalah hari Jumaat. Kalau sempat sampai boleh join sekali solat Jumaat di sini. Tapi nampaknya memang tak ada rezeki. Sebaik kami sampai di sini solat Jumaat baru saja selesai.

Papan tanda Masjid Niu Jie di pintu masuk utama.

Untuk ke Masjid Niu Jie ini kami ambil line 7 dan berhenti di stesyen subway Guang'anmennei (Guang'anmen Inner). Di pintu keluar, bila nampak restoran KFC ini sila ambil laluan ke kiri.

Jalan terus akan jumpa apartment ini.

Lokasi Masjid Niu Jie.

Teruskan perjalanan hingga sampailah ke simpang jalan Niu Jie ini. Dari simpang ini kita dah mula nampak banyak kedai dan restoran muslim.

Banyak kedai makanan berkonsep order di kaunter dari kaki lima.

Sampai di kawasan Masjid Niu Jie.

Laluan utama masuk ke masjid pada suatu ketika dahulu. Sudah ditutup. Masuk ikut laluan baru.

Senibina klasik China yang unik.

Info: Masjid Niu Jie ini terletak di daerah Xicheng dan merupakan masjid terbesar dan tertua di Beijing. Bangunan asal masjid ini diperbuat daripada kayu. Mengalami banyak perubahan dan baikpulih di sepanjang pemerintahan beberapa dinasti China. Mempunyai kawasan seluas 10,000 meter persegi. Senibinanya merupakan campuran senibina China keturunan Han dan Islam. Boleh menampung hingga 1000 jemaah pada satu-satu masa.

Baru selesai solat Jumaat. Pelbagai bangsa ada di sini.

Perkarangan masjid.

Menara masjid di tengah-tengah kawasan.



Bagunan solat untuk lelaki.

Bangunan tempat berwuduk untuk lelaki.


Papan tanda arah. Tempat solat dan wuduk wanita di bangunan berasingan.

Pintu masuk ruang solat untuk lelaki.


Bahagian dalamannya. Warna merah mendominasi seluruh ruang.

Ada sesi lawatan.

Tulisan khat dan corak bermotifkan tumbuhan memenuhi di segenap ruang.


Kawasan mimbar.

Bersama warga tempatan yang mengenalkan dirinya sebagai pakcik Yusuf berusia 93 tahun.

Selesai kewajipan kami nak mencari tempat makan pula. Berbeza dengan kawasan masjid lain pada hari Jumaat, di sini tidak banyak peniaga jalanan yang menjual makanan. Mungkin disebabkan di sini sudah tersedia banyak tempat makanan halal yang boleh didapati. Kami singgah di sebuah pasar raya yang di atasnya ada satu kawasan medan selera yang besar.

Medan selera ada di atas pasar raya ini. Orang Malaysia yang tinggal di hotel yang sama dengan kami tak jumpa tempat ini. Rugi betul katanya.

Banyak pilihan makanan di sini.

Kawasan yang luas tapi tak ramai orang. Mungkin dah lepas waktu makan tengah hari.

Lauk masih banyak. Pilih sajalah.

 Nasi campur dengan lauk yang kami pilih. Harganya 44 yuan.

25 comments:

  1. Replies
    1. Makan tiga orang NR... tapi ambil dua hidang sebab lauknya banyak...

      Delete
  2. Pak Cik Yusuf yang Mie temui di Masjid Niu Jie itu juga ada dalam blog saya. Cuba lihat entri saya bertajuk "Raya di Beijing Bersama Ribuan Umat Islam". Ada cerita menarik dari Pakcik ini.

    Untuk tidak terlepas solat Jumaat di masjid ini perlu berada di sini sebelum 1.30 petang.

    Niu Jie adalah tempat orang Islam, saya selalu ke Niu Jie untuk mendapatkan makanan halal dan membawa saudara-mara ke masjidnya. Banyak kenangan manis saya di Niu Jie. Antaranya berhari raya bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira Pakcik Yusuf ni glamer juga lah ye...

      Memang saya sampai di masjid agak terlewat sikit... tapi dapat sampai pun kira alhamdulillah...

      Rasanya kalau ke Beijing lagi kena cari penginapan berhampiran kawasan masjid ni...

      Delete
  3. Keciknya dunia.. tak sangka Pakcik Yusuf muncul dalam citer Mie dan Naramas Aman.

    Makan dalam tray? Jarang jumpa foodcourt pakai tray ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. What a small world :D

      Pakcik Yusuf adalah orang Islam China yang sanggup berkorban kerana mempertahankan Islam.

      Delete
  4. Georgous mosque so traditional looking.

    ReplyDelete
  5. cantiknya masjid tu...budaya yang berbeza ..ugama yang sama...menarik cerita pakcik Yusuf ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid di China memang binaannya hampir sama... lebih kepada senibina China dan gabungan khat tulisan Arab... cantik dan nampak klasik kan Nekcik...

      Delete
  6. unik sungguh senibina masjid ni...masjid Beijing kt Kelantan ambik design masjid ni kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mungkin juga... untuk bahagian tertentu... Yang pasti banyak warna merah...

      Delete
  7. cantik masjid ni, tinggi nilai kesenian.

    jelas penerangan en.mie, siap gambar. Sng kot saya ada rezeki nak ke sana..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Ujie... bolehlah ke sana nanti. Kira tempat wajib singgah bila ke Beijing...

      Delete
  8. Ada satay kambing tak kat sini? hehe..
    masa keme pergi dulu tak jumpa ler pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rasanya maksu, tapi tak jumpa pulak. Saya cuma makan di restoran di sebelah hotel penginapan. Tapi kurang ngam sebab besar dan dicucuk dengan besi...

      Delete
  9. Unik kan architecture masjid nih. Hari tuh pergi tapi sebab ikut tour agent tak dapat spend time lama kat sini & explore kawasan sekitar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik Sarah. Pergi ikut pakej memang macam tu... semua time kena bajet...rugi kan...

      Delete
  10. Enmie! Best sgt kdai mkn sblh 161 nih...hari2 pun mkn besar...masjid ni insyaAllah lusa kami nkpi...hehe

    ReplyDelete
  11. Enmie! Best sgt kdai mkn sblh 161 nih...hari2 pun mkn besar...masjid ni insyaAllah lusa kami nkpi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah dah sampai Beijing... Camna hotel tu... rasanya cuma kat lobinya kurang selesa kot... tapi biliknya OK kan.

      Pergh...makan besar hari2... sate kambing jangan dilupa...

      Pergilah ke Masjid Niu Jie tu pada hari Jumaat... lebih happening...

      Delete
  12. aaaaaaaaaaaaargh makanan ahaha.. pergh !! ada siap footcourt cenggini..
    bestnya.. islam di negara orang. best kan PLM ? ceria2 masjid kat sana.. colourful..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan Niu Jie ni ramai orang Islam tu yang sampai ada food court tu. Lagipun ramai pelancong Islam jadikan kawasan Masjid ini sebagai tempat wajib untuk dilawati...

      Delete
  13. teruja nak ke sini hebat2nya mie...subahanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu hari nanti Insya Allah cikgu pun boleh sampai di sini...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...