Tuesday, July 7, 2015

Perth, Western Australia Pt 3 - Busselton Jetty

Lepas lepak sekejap kat café di Magaret River Chocolate  Factory kami teruskan perjalanan ke Busselton Jetty. Hujan dah mula turun renyai-renyai. Keseluruhannya pada hari itu cuaca memang kurang baik. Jarak dari tempat ini di Metricup ke Busselton cuma lebih kurang 30 km saja.

Ladang anggur dalam perjalanan keluar dari tempat ini.

Cuma ambil masa setengah jam untuk sampai di sini.

Nasib baik tak hujan walaupun mendung.



Busselton Jetty

Panjang Busselton Jetty ini keseluruhannya ialah 1.8 km dan terletak di kawasan yang terlindung di perairan Geographe Bay dan sudah diwartakan sebagai jeti kayu yang terpanjang sekali di kawasan selatan hemisfera. Kiranya satu tempat tarikan yang popular dan destinasi wajib kalau kita ke kawasan Cape di Australia Barat.

Pembinaannya bermula pada tahun 1865. Dah 150 tahun tu.  Pada mulanya cuma sepanjang 161 meter. Tapi akibat dari longgokan pasir yang dibawa ombak, jeti telah dipanjangkan di tahun-tahun berikutnya sehingga menjadi sepanjang 1.8 km. Jeti ini telah di berhentikan fungsinya sebagai pelabuhan pada tahun 1973 dan telah dibangunkan sebagai satu destinasi pelancungan.


Kedai cenderamata dan tempat jualan tiket.


Kereta api di hujung landasan sebelum mengambil penumpang.

Return ticket ialah AU$8 sahaja untuk dewasa. Bagi yang nak masuk dan berjalan di sepanjang jeti bayarannya ialah AU$3.

Agak sempit tempat duduknya, boleh berlaga lutut.

Tertinggal kereta api. Terpaksa tunggu next trip.

Nampak tak hujung jeti tu... agak jauh ke tengah.

Di hujung landasan.

Di sini juga terdapat kedai cenderamata. Selain itu ada sebuah ruang di bawah laut untuk melihat batu karang dan hidupan bawah laut yang lain. Bayaran untuk masuk ke underwater observatory ini ialah AU$32.


Kami bernasib baik kerana ada beberapa kali ternampak kelibat dolphin di sini. Tapi tak sempat nak snap sebab cepat sangat timbulnya dan lepas tu hilang.

Makan tengah hari yang ringkas, tapi nikmat sungguh.

Menyambung perjalanan ke Kojonup Caravan Park, tempat penginapan seterusnya.

Banyak pokok eucalyptus di sepanjang perjalanan.

Jalan yang lurus dan sunyi. Kalau boleh set auto cruise dan tidur sekejap memang best ni.

Dalam perjalanan dari bandar Busselton ke Kojonup kami menempuh banyak pekan kecil di sepanjang perjalanan. Semuanya cantik dan bersih. Di sini tempat tinggal penduduknya adalah bertumpu di pekan saja. Selepas keluar dari pekan memang susah nak jumpa rumah kecuali ladang-ladang yang luas sama ada ladang biri-biri atau lembu.



Foto di bawah adalah café dari beberapa pekan yang berlainan. Biasanya dijadikan tempat R & R bagi perjalanan jarak jauh. Di kawasan luar bandar ni memang banyak round about yang kecil. Jadi kena berhati-hati bila memandu.




Ladang biri-biri lebih banyak berbanding lembu. Pemandangan yang biasa di sepanjang perjalanan.





Kojonup Caravan Park. Foto waktu pagi keesokan harinya.

Sepatutnyanya destinasi akhir kami hari ini ialah Katanning. Tapi semua tempat penginapan di sana tak ada yang boleh menempatkan kami berempat. Jika ambil dua bilik kosnya agak tinggi. Jadi pilihan terbaik ialah di sini yang kedudukannya cuma lebih kurang 50 km dari Katanning.

Sampai di sini hari sudah mulai gelap. Mulanya rasa macam agak menakutkan tempat ini sebab sunyi dan terletak di pinggir pekan. Mungkin bukan hujung minggu agaknya. Banyak kabin yang kosong. Jadi kami telah diberikan kabin yang besar yang boleh memuatkan tujuh orang. Ada kemudahan dapur dan ruang makan sekali. Cuma bilik airnya terletak di luar.

Esokya kami akan ke Katanning. Dapatkah kami berjumpa orang-orang Melayu warga Australia di sana?

34 comments:

  1. Best best sgt ni.. Tumpang seronok.. Belum sampai Perth..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampailah tu satu hari nanti...bandarnya pun tenang dan tak sesesak Sydney atau Melbourne...

      Delete
  2. Replies
    1. Naik kereta api pun sebab tak larat nak jalan sampai hujung tu...

      Delete
  3. hamboi seram gak tuh caravan park tu...kalo saya dah lari dah tu en mie!hehehehe!

    cantiknyaaa busselton jetty tu tapi seram tengok awan tu...anytime je tuh...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah keliling caravan park tu takde hutan...cuma ladang bebiri je... Busselton jetty tu memang cantik tapi kita orang tak masuk observatory tu... mahal bangat...

      Delete
  4. mengantuk...tgk pic dulu esok sambung baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM banyak sangat blogwalking ni, maklumlah layan peminat.... mana tak ngantuk...hehe

      Delete
    2. ahaksss...perli nampak...cubit kang hihihih..bukan lah PLM..baru balik dari terawikh

      Delete
  5. cantik gambar2 PLM ni, kalau cuaca tak sendu sangat mesti lagi cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamera cap ayam je Jea...kalau kamera canggih cuaca camna pun gambar tetap cantik...

      Delete
  6. menarik..keretapi di tepi laut..suka tengok countryside di Australia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik kawasan luar bandarnya, tapi bila memandu waktu malam agak menakutkan...sebab memang takde jumpa sebiji rumah pun...cuma ladang yang luas...

      Delete
  7. drive di sana mmg best sbb x byk kereta...wahh..PLM sampai ke Katanning..kiranya singgah tido sekejap je lah di Kojonup Caravan Park ni..esoknya check out?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JM... memandu kat sana memang selesa. Destinasi sebenar hari itu sepatutnya di Katanning tapi harga hotelnya tak boleh tahan...hehe

      Delete
  8. banyak banget biri-biri Pak Mie. sipaa yg jaga ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tidak berjaga tapi berpagar. Lagipun di sana tiada binatang pemangsa...

      Delete
  9. Cantik juga kawasannya. Pokok anggur tu tak merimbun eh? kawasan dekat area ni nampak luas, seluas mata terbentang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pokok anggur tu pokok muda.. jadi tak merimbun sangat. Australia ni negara yang besar tapi kurang penduduk... tu yang boleh buat ladang luas-luas...pokok2 pun kurang...

      Delete
    2. Saya sudah tepek link blog fadli di senarai blog saya...

      Delete
  10. Kedai souvenir tu menarik sebab di atas air. Kambing biri-biri pun comel. Jarang jumpa yang warna kelabu.

    Caravan tu pun menarik. Caravan tu sejuk tak? Apa kemudahan yang ada?

    Tentu Mie jumpa orang Melayu di sana. Kawan saya pun ada di sana.

    Eucalyptus tu baunya bau kayu putih. Koala suka memakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua kedai souvenir...yang satu lagi di hujung jeti. Biri-biri tu ada juga yang bercorak seperti carpet saiznya lebih besar.

      Dlm caravan di sediakan pemanas jadi memang selesa. Ada kemudahan dapur dan meja makan cuma bilik airnya di luar.

      Jumpa orang Melayu... tunggu posting seterusnya...hehe

      Oh maknanya minyak kayu putih dibuat dari pokok ini. Tapi tak nampak pulak koala bergayut kat situ...

      Delete
  11. hehehe tengok gambar2 PLM kali ni sebab mendung kot.. macam zombiland pun iya sebab sunyi.. uish seram gak kan.. caravan tu macam box kan ? yg semua bleh buat dalam satu2 tempat.. ke bukan ? hehhe..

    huurm kalo kt tempat orang.. bebiri n lembu mmg nampak unik. CT pun akan snap gmbr sakan2 kot mcm best saja..

    PLM x book hotel siap2 eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam caravan tu semuanya ada kecuali bilik airnya kat luar tapi selesa tempatnya..

      Cuba juga cari penginapan di Katanning tapi semuanya mahal...jadi pilihannya Caravan Park yang tak jauh sangat dari Katanning...

      Delete
  12. Kalau berjalan kaki bermakna 3.6 km, tak larat le pasal banyak tempat nak pi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang panjang sesangat jeti tu... tak larat nak berjalan... naik je kereta api...

      Delete
  13. Kalau hotel mahal terpaksa le kami berkhemah di tepi jalan nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dicuba ni... tapi tak boleh disembarangan tempat...

      Delete
  14. Canggih betoi jetty 'kayu' sampai dekat 2km panjang! Dasat teknologi dorang guna. Untung saudara dah sampai sana 😊😊

    ReplyDelete
  15. Salam.. Kalau kanak2 brapa harga tiket keretapi ye?

    ReplyDelete
  16. penginapan di caravan park, kojonup tu booking kt mn? brp rate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takde dalam online booking jadi saya email untuk buat tempahan bilik...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...