Tuesday, June 2, 2015

Rekreasi di Bukit Puchong

Ini adalah aktiviti ringan kami pada hujung minggu lepas iaitu mendaki Bukit Puchong. Bukit ini terletak di dalam kawasan hutan simpan Ayer Hitam, kira-kira lima kilometer dari rumah. Walaupun bukitnya tak tinggi mana, tapi berjam jugalah nak menghabiskan laluan sepusingan kat sini. Stamina memang hampeh...

Laluannya adalah turun naik kerana terdapat beberapa bukit di sini.. Sebenarnya hutan ini adalah kawasan larangan tapi ada kelonggaran asalkan tidak melakukan aktiviti yang merosakkan alam semulajadi di sini.

Lokasi Bukit Puchong, Hutan Simpan Ayer Hitam. X - Jalan Wawasan 5/1, Taman Wawasan, tempat parkir dan permulaan untuk mendaki.

Info : Hutan simpan ini diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui fakulti perhutanannya. Hutan ini menjadi kediaman kepada 430 spesis tumbuhan berbunga, 33 spesis paku pakis, 127 spesis kayu balak dan 99 spesis tumbuhan herba.

 Keluar dari rumah agak lewat.

 Memulakan pendakian tapi orang lain dah mula balik.

 Rumah-rumah di kaki bukit.

 Puchong yang pesat membangun.


Denda atau penjara... pergh... dahsyat.

Kami berlima pada hari itu.


Tapi dia orang laju je pergerakannya. Nasib baik ada sorang lagi bodyguard yang sabar menunggu.


Antara aktiviti yang dilarang.

Bodyguard pada hari kejadian.


Laluan agak mudah.

Kadang-kadang ada yang agak teruk hancur macam yang ini.

Sampai di kawasan paling tinggi.


Ke sini risiko kena tanggung sendiri. Ancaman dari dahan patah dan pokok reput memang boleh terjadi.

Laluan di sini pernah digunakan untuk pertandingan rasanya...

Anak sungai di dalam kawasan hutan ini.

Mungkin anak sungai ini yang mengalir ke air terjun. Laluan ke air terjun sudah ditutup.

Memang ada terjumpa satu simpang yang sudah di halang laluannya. Kuat hati mengatakan itu laluan ke air terjun. Tapi kami tak masuk kerana takut dituduh menceroboh. Khabarnya ada renjer hutan yang menjaga kawasan sekitar air terjun. Pernah juga ada orang yang dibawa ke balai polis kerana memasuki kawasan larangan di sini.

Air terjun kecil atau Blue Lagoon yang ada dalam kawasan hutan simpan ini. Kebersihan airnya bertaraf kelas satu iaitu sangat bersih. (Foto uncle Google)

Berehat sekejap semasa menghampiri kaki bukit.

 Sampai semula di sini lebih kurang dua jam kemudian.

62 comments:

  1. Pernah masuk cari Blue Lagoon, tapi salah jalan tak jumpa. Haha

    ReplyDelete
  2. Dulu pergi lawatan ikut PJMUM dpt masuk dlm tu tak der tempat yg disekat...tp lama dah 2010 kot...memang cantik dlm tu...kami masuk dlm naik jeep...mmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana aci naik jeep... panjatlah baru sempoi... walaupun terpaksa banyak berhenti untuk ambil nafas...

      Delete
  3. Encik dok Puchong juga ke? Alahai dekat bebenor kita ne rupanya hehehe...

    Bkt. Puchong ne byk sgt kes org sesat..baru2 ne pun ada...larangan demi larangan, yang dilarang tu ler org suka sgt nak buat hehehe..saya sendiri pun cukuplah sekali aje ke blue lagoon tu...tu pun nyaris2 sesat juga sebab tiba2 waktu balik trek jadi 'panjang' ssgt...tapi syukur takde apa2 yang berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau ZIlla nampak tegur2 lah ya...

      Kat atas bukit tu sentiasa ada orang turun naik... rasanya taklah risau sangat... Tapi frust sebab tak dapat ke Blue Lagoon tu... Khabarnya ada satu lagi air terjun dalam tu... bertingkat2 lagi...

      Delete
  4. macam kenal laluan keluar dari rumah PLM...kita tinggal di kawasan yang sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tau mrs.smile duk kat PH... Dah dua kali dating dengan DJ kan...hehe

      Delete
    2. Boleh la nnti ngedate...hehehe gigih laaa pnjat bukit crik blue lagoon...sy xgigih mnaaaaa...hahaha

      Delete
    3. Boleh la nnti ngedate...hehehe gigih laaa pnjat bukit crik blue lagoon...sy xgigih mnaaaaa...hahaha

      Delete
    4. Ngedate kena kat obersi baru best...ahak...

      Kenalah sesekali buangkan kolesterol yang dah mula membiak... tu yg gigih memanjat tu...

      Delete
  5. Bang Mie..ehh PLM...cite Suraya..ehh Surabaya dah tamat eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hait... wes entek... selesai... owarimashita...

      Delete
  6. yeay...alhamdulillah waktu JM ke sana dulu masih boleh cecah kaki ke blue lagoon tu..siap mandi2 lagi...makan roti sardin..beberapa bulan lepas tu dpt tahu dah jadi kawasan larangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huntunglah JM... katanya sapa mandi kat situ akan awet muda... sebab air terjunnya air herba...hehe

      Delete
    2. wooooaaaah syioklah Akak JM.. dapat berendam suriram kat situ.. lawa gila..

      Delete
    3. boleh le JM jemput saya ke bukit Puchong.....tak main kot bagi JM yang dah ke Gunung di Lombok....kikiki

      Delete
    4. kalau abe MKL nak...boleh je JM temankan hiksss

      Delete
  7. Pak Mie, Mbak Zilla, Mbak DJ, Mrs. Smile sama sama sr Phucong ? Waah... ramai travel blogger dr Phucong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes kami tinggal berhampiran... cuma mbak DJ yang jauh sikit... di Bangi. Gunadi cuba singgah di blognya... Don't worry dia peramah orangnya. Promote blog DJ sikit... hehe

      Delete
  8. beruntunglah Pak Mie rumahnya dekat hutan. Bisa sewaktu waktu refresing ke hutan kalau sedang penat dan suntuk. Blue Lagoon itu sangat menantang untuk direnangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hutan ini sudah di kelilingi kawasan perumahan. Harap dapat dikekalkan sampai bila-bila...

      Memang cantik air terjunnya, tapi sudah tidak dibenarkan ke sana lagi...*nangis*...

      Delete
  9. Pak Mie, mmg boleh masuk lagi ek Bukit Puchong ni? Sbb hari tue macam teringin nak masuk, tapi sebab baca kat paper kot, terus tak jadik. Mungkin dia cakap jangan masuk kawasan larangan la kot ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Zara cuma ada kawasan tertentu saja yang tidak dibenarkan masuk. Kalau nasib baik boleh jumpa air terjun bertingkat kat dalam tu... pun cantik juga...

      Delete
  10. kawasan yg belum tercemar ...biru airnya...kalaulah dapat mandi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutan ni lebih kepada hutan untuk pembelajaran NR. Kalau dibuka semuanya kepada orang awam memang rasanya jahanam air terjun tu...

      Delete
  11. saya panjat bukit kat Ulu Kelang, sampai bawah rasa nak pitam...kurang exercise..

    banyak species pokok berbunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit Tabur atau Bukit Kemensah... wah hebat juga nohas ni... Nak pitam sebab dehydrated kot...

      Delete
    2. bukit tepi Middle Ring Road 2, pegi site visit, tak sangka bukit tu tinggi betul, 145m...memang dehydrated, tak bawa air botol..

      Delete
  12. Wah kalau cam gini Mie memang maintain ~ mantop :)

    Air sungai tu jernih le...tapi kalau berenang, rasanya tak puas...sebab cetek sangat...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pancit juga sebenarnya... sebab sesekali je buat aktiviti macam ni... Sungai tu setakat boleh berendam aje... berenang memang tak dapekla...

      Delete
    2. lama kelamaan ok juga....kalau nak ke gunung2 di sekitar Perak....saya sudi jadi pemandu...kikiki

      Delete
    3. Gunung di Perak? Gunung apa? leh JM try :-)

      Delete
  13. Assalam mien,
    wa
    hat ayor torojun yang blue lagoon tu yang menarik sangat tu kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kuciwa sebab tak boleh masuk ke situ... dah jadi kawasan larangan...

      Delete
  14. Jernihnyaaa air sungai tu...Blue Lagoon tu pun memang lawaaaaa,,,tapi mencabar sungguh perjalannan tu PL Mie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tiada pencemaran langsung...tapi semput jugalah nak sampai sana... Salam dari perantauan...sdg cuti ni..hehe

      Delete
  15. Ncik Mie pun tinggal puchong?? sy ni ha duk bukit puchong..tapi x penah pn ke hutan simpan tu..huhu agak2 bwk budak2 sesuwai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di PH sebenarnya...tak jauh dari Puchong. Ok je kalau bawah budak yg dah sekolah... laluannya pun agak mudah...

      Delete
  16. beraniinyaaaaa duduk juntai kaki kat situuuuu aaaargh !! stress tenngok.. adus.. kalo CT tidaklah.. mendaki pun xmo hahak.. blue lagoon tu lawanya.. ni ke blue lagoon yg katanya dlm hutan simpan hutan upm ? mcm sama je lebih kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan tu tak tinggi sangat CT... tu yang berani...kalau tinggi tentu papanya pun tak bagi buat camtu. Memanglah dalam hutan simpan UPM... tapi hampa sebab kawasan itu ditutup untuk orang awam...

      Delete
    2. CT ada baca n tngk somewhere yang ada satu kawasan kat Sydney kot kalo x silap.. mountain apa tah.. ada cliff macam ni.. wajib bergambar juntai kaki baru org kata dah sampai.. hehe gila =P

      tapi bebudak laki usually yg thrill tu yg diorang suka ye dak..
      kalo open tu public CT rasa x lawa dah tempat tu hahaha.. PLM x dapat pegi eh ke blue lagoon tu ? bestnye kalo dpt berkubang kat situ..

      Delete
    3. Yang di Sydney tu rasanya kat Blue Mountain. Tinggi giler gaungnya...jatuh memang padam...

      Blue Lagoon adalah misi yang gagal...hehe

      Delete
    4. Haah CT... balik pd hari Jumaat malam. Letih sesangat arini...

      Delete
    5. PLM ke mana? CT je yg tahu? nampaknya perlu tggu entri lah..

      selamat berehat ye...sib baik esok cuti

      Delete
    6. Lokasi tu JM dah katam dah...hehe

      Delete
    7. hihihi.. sabar sabar.. nanti PLM up cerita.. yup.. Akak JM khatam dah =D

      Delete
    8. abe MKL & Siti...tak boleh nak guess lah...

      Delete
    9. Aku rasa rendah diri baca post ni. Sebabnya tempat ni cuma 700m dari rumah aku tapi aku belum berjaya naik

      Delete
    10. Apa lagi BK... malam ni plan, esok boleh panjat... minggu depan dah puasa...

      Delete
  17. Wahh.. walau kata dekat.. tp tak penah pergi.. kena pergi jugak satu masa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi tu...boleh jadikan tempat training utk panjat bukit yang lebih tinggi...

      Delete
  18. Memang x leh masuk ke blue lagoon tu. Kalau mintak permit..renjer kasi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa pasti sebab kawasan tu kawasan larangan...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...