Thursday, April 3, 2014

Persediaan sebelum ke Jeju

Alhamdulillah selamat pulang dari percutian di Busan dan Jeju.

Sedikit persediaan yang saya buat sebelum ke sana:

Permit Memandu Antarabangsa

Dari pembacaan blog sahabat blogger yang dah sampai ke Jeju, adalah lebih baik menyewa kereta dan pandu sendiri di sana kerana perbelanjaannya yang lebih murah berbanding menyewa kereta bersama pemandu.

Antara keperluan utamanya ialah memiliki permit memandu antarabangsa. Untuk itu kenalah isi borang JPJL1 yang boleh di cetak di sini atau dapatkan di kaunter JPJ.

Bayarannya ialah sebanyak RM150 untuk tempoh sah laku selama setahun.

Dokumen yang diperlukan:
- Lesen memandu asal yang masih sah tempohnya untuk satu tahun.
- Kad pengenalan asal dan salinan
- Pasport asal dan salinan
- Dua keping gambar warna ukuran pasport 

Prosesnya agak cepat dan boleh siap pada masa itu juga. Masa tu saya ke Jabatan Pengangkutan Jalan, Padang Jawa, Shah Alam. 

Tadaa... siap dah...


Menyewa kenderaan

Selepas dah dapat permit tu, tugas seterusnya ialah membooking kereta sewa pulak. Ada beberapa agen kereta sewa yang boleh dipilih di sana, tapi ramai blogger memilih menyewa dari KT Kumho rent-a-car.

Syarikat ini memerlukan kita menjadi ahli untuk mendapatkan diskaun dan credit point, walaupun syarikat ni bukan kat belakang rumah kita.

Apa yang bestnya, sebagai ahli kita boleh mendapat diskaun sehingga 70%. Memang berbaloi-baloi. Booking hanya boleh dibuat tidak lebih dari 60 hari dari tarikh kita mengambil kereta.

Harga untuk ahli yang jauh lebih murah

Saya menyewa untuk dua hari penuh (Hyundai Avante) dengan kos lebih kurang RM290 termasuk dengan insuran. Kemudahan GPS berbahasa Inggeris juga disediakan.

Hanya kad kredit diterima sebagai kaedah untuk pembayaran semasa mengambil kereta.

Tentukan juga masa untuk mengambil dan memulangkan kereta supaya sesuai dengan masa penerbangan kita. Masa operasi syarikat ini ialah dari 8.00 am hingga 10.00 pm.


Tiket penerbangan ke Jeju

Selain itu tiket penerbangan sambungan dari Busan ke Jeju juga lebih baik jika di booking terlebih dulu. Lebih awal tempahan dibuat lebih murah harganya.

Ada banyak flight dari Busan ke Jeju antaranya Korean Air, Asiana Airlines, Jeju Air dan Air Busan. Kami memilih Air Busan kerana harganya paling murah.

Kos bagi setiap orang lebih kurang RM275 pergi balik.

Semoga sedikit info di sini dapat memberi panduan dan gambaran kepada rakan-rakan  yang hendak bercuti di Pulau Jeju.

40 comments:

  1. kereta kat sini left handed kan....mau tak bergerak gerak keta tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... memang lefthanded... tapi sekejap je dah boleh sesuaikan diri... Lagipun gear aotu... takde masalah sangat...

      Delete
  2. Haritu verangan nak gi Jeju, tengok tix...a whooping Rm500+. Teruslah batal niat. Last min decision memang patutlah harga gitu pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi mengejut memanglah tak dapek Bie... takpe boleh cuba lain kali...

      Delete
  3. Murah ye drive sendiri. Kalau ambil drive & kete jumlah berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Din, dulu saya ada terbaca dalam blog... sewa kereta dengan supir anggaran RM300 sehari... agak mahal tu...

      Delete
  4. Thanks for the info Mie. Bolehlah kami ke sana ikut cara Mie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tunggu lama-lama... kena pergi tu NA...

      Delete
  5. PLMie, leh pegi lagi tu Jeju coz masih valid internationaal driving permit tu..pergi ngan JM..so tak buat permit lagi...ahaha...matilah JM 'org umah' kejar ngan penyapu lidi

    Murah tu RM290 tuk 2 hari...nanti isi minyak kalau tak habis guna leh ambik balik tak?

    Woow...mmg senang lah kerja JM nanti..semua info dh ada kat sini..di hujung jari je..cuma satu je..part nk sewa kereta tu..x confident nk bawak auto pastu left handed pulak..JM guna kereta manual...tak pandai bwk auto wlpun org ckp senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM masa ambik kereta tangkinya penuh. Jadi masa pulangkan kena top up semula sampai penuh. Kalau tidak cajnya lebih tinggi...

      Bab memandu kat sana tu, memang mula2 rasa cuak... tapi bila dah on the road semuanya jadi OK. Lagipun ada GPS... Don't worry...

      Delete
  6. Thanks..maklumat yg berguna utk ke Jeju...tak dapat bayangkan nak drive left-handed ni...tergagap jugak rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je sebenarnya nohas... Bolehlah mengulang ke Jeju nanti...

      Delete
  7. thanks for the info, maklumat yang sangat berguna untuk saya dan orang lain yang sedang merancang percutian ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Ann... bolehlah mula merancang tuk ke sana...

      Delete
  8. Tq info yg sgt berguna ni. Senang nak buat rujukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ syieda... first time mengomen di sini... Sesama kita berkongsi info...

      Delete
  9. kena bookmark entry ni pak lang, tak terfikir untuk drive sendiri dekat sana. macam lagi best pulak kalau drive sendiri, boleh berhenti suka-suka hati. great info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kalau memandu sendiri Orga. Cuma masalahnya kekadang kita tak dapat cari tempat yang nak dituju. Mungkin GPS yang tak dikemaskini... Sesat tu perkara biasa... tapi memang mengujakan...

      Delete
  10. Bagus info dari en.mie...Mana tau ada rejeki ke jeju pulak ek !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Jeju mesti dah ada dalam senarai percutian cik Ta...

      Delete
  11. Next trip Jeju lah ye
    insyaallah...klaulah angsa nekcik ni boleh terbang...cepat jugak sampainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeju dan Busan sekalilah... sbb banyak juga tmpt menarik kat sana... Saya pun tak dapek cover semua...

      Delete
  12. Info berguna ni.. tak pernah tau pon boleh mohon lesen kereta international kat jpj. Huhuhu

    Lepas ni g oversea boleh buat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya lesen ini perlu untuk negara yang left hand drive...kalau tak silap...

      Delete
  13. Tak dapat cover semua ? Boleh terbit entri petua atau tips ke Jeju atau Busan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya ke sana terutama ke Jeju, ada dua hari yang hujan dan hujannya agak berpanjangan...

      Delete
  14. bestnye baca ni.... tp klu xde kredit kad mcm mn ye?? (from: nor)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agsk susah juga kalau tak ada CC tu. Nampaknya nor kenalah apply satu...hehe

      Delete
    2. klu debit kad kita kan ada tulis visa xboleh ker? credit kad ni takot xboley control diri... hehehe (nor)

      Delete
    3. Tak berapa pasti nor... tapi pasal pembayaran sewa kereta tu mmg strictly guna CC...

      Delete
  15. Dia x ambik cash ke? Saya xado kad kredit

    ReplyDelete
  16. helo. im khairul., boleh x bg bujet penuh tiket flight dri malaysia ---> busan---> jeju-----> busan-----> malaysia ....plz

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. ahaaa...dah siap buat itie ke belum ni bang

      Delete
    2. Boleh je mintak ngan JM itinerary Busan tu en Din...

      Delete
  18. berblogwalking juga ...ki3...thanks for your wonderful blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang berdua ni pakat ke...elok je sama2 masuk posting lama...hehe

      Delete
    2. Korang berdua ni pakat ke...elok je sama2 masuk posting lama...hehe

      Delete
  19. Teringin nak pergi Jeju.. Bila time best nak visit Jeju?

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...