Sunday, April 27, 2014

KLIA 2 Open Day

Hari terbuka KLIA 2  (27 Mei 2014)

Selamat datang ke KLIA 2, masih banyak yang belum siap.

Kanuter info di kawasan daftar masuk.

Antara aktiviti pada hari tersebut.

Fakta-fakta mengenai KLIA 2




Kawasan lobi

Pintu perlepasan dalam negeri terletak di bahagian kiri, agak terlindung.

Pintu perlepasan antarabangsa kedudukannya terus menghala ke jambatan udara.

Berbaris untuk mengambil boarding pass.

Terdapat lapan baris kaunter check in dari S hingga Z.


Ada cabutan nombor bertuah untuk boarding pass ini.

Banyak minuman percuma disediakan.



Contoh jadual perlepasan.

L3 untuk perlepasan dan L3 untuk ketibaan.

KLIA ekspres dan transit di L2.


Tune Hotel pun ada.


Menara kawalan trafik udara diiktiraf sebagai tertinggi di dunia.

42 comments:

  1. Harapan tidak menjadi mcm lcct padat mcm pasar malam. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa khabar orang jauh...

      Rasanya lebih OK kerana dari tempat parking banyak kedai makanan dan minuman untuk melepak sebelum sampai kawasan check in tu...

      Delete
  2. nmpk sgt eksklusif brbnding lcct yg rupa makro dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat besar dan luas kawasannya... tapi masih banyak yang belum siap terutama kedai-kedainya. Lantai pun nampak macam belum digilap...

      Delete
    2. lantai belum polish ye
      mcm kes airport kuala Namu Medan le nih
      cpt sgt nak operasi, nampak kelam kabut gitu

      Delete
  3. wah saya tak sabar nak terbang dr KLIA2 ni...hehehe bagus la AA dah pindah ke sini...positive side, memberi lebih jaminan keselamatan dan keselesaan dan memberi impak positif pandangan pertama orang luar negara yang dtg ke sini menggunakan AA....hehehe tapi, negative side...mesti tiket AA takkan semurah sebelum ini...mesti naik sikit la kan sebab ada charge aerobridge etc...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me no problem kalau harga naik sikit sebab aerobrigde tu... yang penting lebih selesa dan selamat... Wah ke mana agaknya next trip DJ tu...

      Delete
  4. wahh..bestnya AA berlepas dari sini..tak sabo nak merasmikan perjalanan dari KLIA2..tak nampak mcm low-cost pun..lepas ni takdelah aktiviti jinjing beg, jalan-jalan kat landasan...takleh nak ambik gambo berlatarbelakang eroplane AA...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang tak sabar nak berlepas dari KLIA 2 tu termasuk saya... hehe. Boleh je nak ambik gambar dari skybridge tu...

      Delete
  5. Murahnya..airport tax KLIA Pak Mie. Hebat lah KLIA ini layanan terbaik sedunia dengan tax terendah sedunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang murah cuma untuk penerbangan domestik saja. Cubalah mas Gunadi transit di KLIA untuk trip akan datang. Memang terasa besarnya airport ini... Layanannya... tunggu pembukaannya nanti...

      Delete
  6. finally dah nak bukak KLIA2 .. harap2 lepas ni takde dah la feeling crowded yg amat mcm kat LCCT tu... tak sabar nak terbang dari KLIA2 plak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu lah... sebab besar sangat airport ni...

      Delete
  7. terharu pulak tgk tune hotel tu sebab dah siap...itu lah satu2nya tender yang berjaya dpt time saya buat..hahaha..tapi tak sempat nak handle project tu sbb saya dh resign :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah hebatnya zila... tapi kenapa resign... Kalau tak boleh duk percuma kat situ... hehe...

      Delete
  8. nk pegi hari tue tapi jauh sgt... tggu mmbr kos buat lawatan ke sana la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah jauh dari utara nun... satu hari nanti sampailah tu... TQ for visiting here... selalu-selalulah singgah sini...

      Delete
  9. Masa en.mie pergi ni awal lagi kot sebab nampak orang cam tak ramai je ek !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sampai jam sembilan. Ambil half tour pulak tu... Masa nak balik baru nampak orang ramai sangat. Rugi rasanya tak ambil full tour tu...

      Delete
  10. Saya baru balik malam semalam selepas landing dari Jakarta. Pasal dijangka dibuka beroperasi pada 9 Mei nanti. Akan terbang ke luar negeri pada hari tersebut..tapi tak nampak tempat parking kereta yang sehari RM16 tu.....apa pun best airport baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah wah en Din asyik nak terbang je.. hehe. Parking rm16 tu terletak sebelum Tune hotel iaitu di jalan sehala menuju balik ke arah F1... 9hb nanti dah guna KLIA 2 jadi terpaksa parking dalam bangunan atau letak saja di Putrajaya Sentral dan sambung dengan ERL Transit ke KLIA 2..

      Delete
  11. hope to see more efficient services once AA official operate @ KLIA2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap macam tu lah... bangunan dan kemudahannya pun dah canggih...

      Delete
  12. Hoyeee x perlu lg jm turun d salak tinggi pastu naik bas ke lcct direct terus je naik klia transit tp dek kerana tempat baru pastu x pegi open day ni mahu sesat barat jm d sana utk trip solo nanti itupun klau jadi lah coz 50-50 plsk nk fly sorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak lebih mudah nak ke sini berbanding lcct dulu... Kalau naik ERL taklah jauh sangat nak ke tempat check in tu...

      Trip solo ke BKK kan... sorang2 ni tak seronok dan happening... ajaklah mamat tu... hehe

      Delete
    2. Wahhhh JM ada buah hati baru ye...tak sabar nak tunggu entry JM tntg mamat bertuah tu..senyap2 je JM buat pakatan dgn PLM ye :D

      Delete
    3. Abe..ohh..abe MKL..mamat mana lak ni..saje buat gossip tau..

      Pak Lang Mie saja nk menghangatkan suasana je..biasa lah tu heee..kalau x usik JM x sah hikss

      Delete
  13. Lepas ni boleh la singgah shopping kat KLIA2 pulak. maklumlah ada lebih 200 kedai katanya hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat airport mana boleh shopping sangat... confirm lebih mahal dari yang di luar...

      Delete
  14. Replies
    1. Yang bebas cukai mungkin di kawasan berlepas je macam airport yang lain...

      Delete
  15. Yeah harapnye KLIA2 ni x end up macam LCCT ler gamaknye. Xsabar nak turun kat sini nanti. Almaklum, orang duk KK ni selalu kalau nak travel mesti transit KL dulu. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tidak sebab KLIA 2 ini amat besar dan luas. Bukan Bie saja yang tak sabar nak naik di sini... saya pun... Bulan ni ada trip...

      Delete
  16. nekcik cuma harap harap ticket AA tidaklah melambong untuk coverup servis pelbagai tu..hu..hu
    klau tak knalah terbang dgn angsa nekcik jer..along the sea only lah Mie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu akan ada kenaikan harga tapi rasanya taklah banyak... yang penting lebih selesa dan selamat. Nekcik naik Air Angsa... bolehlah tumpang... hehe

      Delete
    2. takat 2 boleh sangat...terbang takat Muo..lpas tu awak naik ler feri ke BP yer...

      Delete
  17. Sekarang dh start beroperasi, ramai yg cakap macam klia2 macam shopping mall dah..bestlah orang keja klia boleh g cuci mata time rehat..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CV... memang banyak betul kedai yang akan kita lalui sebelum sampai di kawasan check in tu... pasar raya pun ada...

      Delete
  18. My first flight hujung bulan ni kat sini... hope x sesat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. My first flight pada minggu ini 21/5... nampaknya saya dulu... Pergi awal sikit sebab klia2 ni besar sangat. Jarak dari kawasan parking ke pintu perlepasan yang paling jauh ialah 1.4km...

      Delete
  19. Gelenggang KLIA Transit House menyediakan Penginapan & Parking Transit pada harga yang berpatutan. Harga Transit Parking hanyalah RM20.00 sehari termasuk hantar/ambik di Airport. T&C Apply.

    Kalau rumah jauh sangat boleh la bermalam di Homestay kami dulu esok kami hantar. Buat masa sekarang parking terhad 10 biji kereta dan boleh booking online. Sila layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut atau whats apps kami 012 303 6203.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...