Jam enam pagi kami semua check out dari Backpackers in Jeju Hostel untuk ke airport. Elok je cuaca hari ini. Sempat bersarapan kenyang-kenyang dulu di sini. Jumpa lagi dengan kumpulan cikgu semalam. Dua hari berturut-turut hanya kumpulan kami berdua je yang memenuhkan ruang makan di situ. Yelah diaorang mana nak bangun pagi sangat macam kita.
Flight BX 8184 destinasi Busan.
Sampai di Busan airport. Terminal domestik dan antarabangsa terletak bersebelahan.
Stesen LRT tujuan stesyen Sasang terletak di seberang jalan di antara dua terminal.
Sistem LRT di sini menggunakan system coin sebagai tiketnya. Jika kita membawa kad T-Money, ia hanya boleh digunakan untuk laluan metro bermula dari stesyen Sasang. Mesin top-up di stesyen tidak boleh digunakan untuk menambah nilai. Kita perlu keluar dari stesyen untuk membuat top-up di seven eleven atau GS Mart.
Busan metro map. Tempat penginapan kami ialah di kawasan Jagalchi. Jadi terpaksa buat dua pertukaran lagi sebelum sampai.
Inilah tempat penginapan kami selama dua malam di Busan. Review untuk motel ini boleh rujuk di sini. Good review by Bibie Karim.
Sampai di sini agak masih awal dan belum boleh check in. Selepas meninggalkan anak-anak gajah yang kami bawa, kami keluar semula untuk ke Masjid Al-Fatah. Lawatan ke Masjid ni seakan perkara wajib kalau ke negara bukan Islam sebab biasanya ada tempat makanan halal terletak berhampiran dengannya.
Senang sangat untuk ke sini. Dari Jagalchi ambil line 1 dan berhenti di stesyen Dusil yang terletak 21 stesyen dari sini. Ambil exit 8, jalan kira-kira 200m hingga berjumpa stesyen minyak. Belok kanan, seberang jambatan dan sampailah.
Lokasi masjid Al-Fatah, Busan.
Jalan terus...
Jumpa stesyen minyak SK, belok kanan...
Jambatan...
Ok... sampai sudah. Mari singgah dulu di Cappadocia Turkish Restaurant.
Cappadocia Restaurant terletak di sisi kanan masjid.
Bahagian dalam. Tak ramai pekerjanya. Seorang wanita Korea untuk mengambil pesanan dan dua orang di dapur iaitu seorang wanita Indonesia dan seorang lelaki Turki.
Set hidangan kami yang terdiri chicken kebab dengan nasi, sup, roti, dessert dan teh. Harganya 19200 won sahaja untuk satu set.
Licin...
Antara hiasan dalamannya.
Selesai makan barulah kami menuju ke masjid.
Jalan terus...
Pintu masuk utamanya terletak di sebelah kanan simpang di hadapan.
Gate masuk ke Masjid.
Restoran Casablanca terletak di tepi gate masuk ke masjid. Restoran makanan Arab dan mengikut kata Nekcik yang pernah masuk ke sini, harga makanannya lebih murah.
Masjid Al-Fatah Busan
Agak besar masjid ini.
Info masjid Busan. Salah satu bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu.
Ringkas mimbarnya tapi cantik.
Selesai semua urusan, kami balik semula ke Jagalchi untuk check in. Selepas berehat sekejap kami keluar semula untuk ke Gukje market (Namdaemun market versi Busan) pada sebelah petangnya.
Besar juga restoran Turki tu... selalunya kalau pegi restoran2 middle east ni ruangan sempit je. Dan keadaan kat situ sangat tak serabut (berdasarkan gambar la)
ReplyDeleteHaah Ren, agak spacious tempatnya sebab ia restoran yang dibina khas... dan bahagian dalamannya memang cantik dan kemas...
DeleteRamai tak orang di masjid masa singgah ? Masjid depa bersih sungguh..
ReplyDeleteTak ramai en Din sebab bukan aktu solat... Masjidnya memang bersih dan cantik...
Deletebanyak gak halal food ye kat busan nih....senang perut nak pergi...hehehe
ReplyDeleteTak taulah DJ... dua restoran tu terletak berhampiran masjid. Agak jauh juga dari pusat bandar Busan...
Deletemeriahnye makanan dalam pinggan tu ... nampak sedappp
ReplyDeleteAzra pernah ke sana kan... memang sedap dan sesuai dengan selera kita...
Deletememang betul..dekat masjid selalunya ada restoran halal...masakan Arab, Turki..dua2 sedap..
ReplyDeleteItulah sebabnya saya ke sana... tapi harganya menyebabkan kita tak boleh mengulang banyak kali... sekali makan seorang hampir RM60 tu...
DeleteMakan kat Cappacodia gak aritu. Sedap kan. Agaknye sebab sejuk, memang licin pinggan. Xtoleh kiri kanan dah masa makan tu.
ReplyDeleteOrang ke Busan selalunya mesti singgah ke sini... Memang betul Bie... berselera sungguh kami makan... licin...
DeleteComel je restoren Cappacodia tu :)
ReplyDeleteHaah,,, memang cute je nampaknya...
Deletekunjungan perdana, salam perkenalan, silahkan berkunjung balik ketempat saya, barangkali berminat saya punya banyak vcd pembelajaran untuk anak2, siapa tau anda barangkali mempunyai adik,keponakan atau mungkin anak yang masih kecil, vcd ini sangat membantu sekali dalam mengasah kecerdasan dan kemampuan otak anak, serta bagus untuk membangun karakter dan moral anak sejak usia dini, semoga bermanfaat dan mohon maaf bila tdk berkenan, trm kasih ^_^
ReplyDeleteberkunjung disore yang cerah ini, salam persahabatan ya ^_^
ReplyDeleteYou are welcome... singgahlah selalu di sini...
DeletePak lang mie! 21 stesen baru sampai ke masjid tu? Berapa lama dlm tren, detail betul info nyer jm nk sggah masjid tu jgk lah nanti. Jika guesthouse pun ok nk stay kat situ jgk nk tiru je x kira :-)
ReplyDeleteTaklah lama sangat JM... tak sampai sejam pun. Guesthouse tu memang terbaik dari segi lokasi. Tak caya tanya Bibie... tapi JM kan pelanggan tetap hotel... takut tak boleh sesuaikan diri je... hehe
DeleteNampak bersih kawasan masjid dan restoren halal tu. Warnanya yang putih menambahkan lagi rupa bersih tu. Biasanya makanan halal lebih mahal berbanding dengan makanan bukan halal di negara yang majoritinya bukan Islam. Tetapi itu lebih baik daripada tak ada makanan halal langsung.
ReplyDeleteMimbar dan mihrab serta perabut dalam masjid kelihatan baru. Bahasa Melayu mendapat tempat di negara ni, macam di Beijing juga. :)
Mie, terima kasih di atas hadiah fridge magnet Korea dan chopsticks tu. Cantik sangat-sangat. Suka suka suka. Semoga rezeki Mie bertambah :)
Memang bersih dan cantik persekitarannya.Harga makanan tu sebenarnya kita kenalah maklum sebab memang susah nak dapat. Dah ada pun, kira cukup baik.
DeleteBahagian dalam masjid tu agak baru direnovasi atas derma dari negara Turki. Ada papan kenyataannya di atas pintu masjid.
Alhamdulillah sudah sampai souvenir tu...
Memang cantik kawasan sekitar masjid tu...nampak bersih je. Insyaallah..kalau dapat ke Busan , boleh singgah kat sini..
ReplyDeleteHaah memang cantik dan bersih. Next trip bolehlah ke Busan ya cik Ta...
Deletesubhanallah ada juga masjid yang cantik di busan
ReplyDeleteMungkin itulah satu-satunya di Busan... memang cantik dan bersih...
DeleteBusan... ada masjid... yg sistem coin tu macam vending machine ke?
ReplyDeleteYa cik zette... actually macam cip plastik dan guna mesin jualan tiket macam biasa. Kad
DeleteT-money hanya boleh digunakan untuk laluan metro...
aduhaii terkonang konang nasi morocco casablanca Mie...klau Mie singgah tunjuk gambar dia dgn nekcik mesti dia bagi discount lagi....nasi kambing whoo
ReplyDeleteMie perasan tak kebanyakn masjid di hk..busan ni di uruskan orang indon..siap ada program lagi..alhamdulilah
Tu lah Nekcik saya tak masuk restoran Casablanca tu...sebab saya nampak restoran Turki tu dulu. Takpe lah kita mengulang lagi lain kali...
DeleteBetul tu Nekcik masa saya ke sana pun ada beberapa orang Indonesia nampak macam menetap di situ...
Busan tak nampak macam best je...
ReplyDeleteSebenarnya ada beberapa pantai yang cantik di Busan ni dan boleh dicapai dengan metro...
Deletetak singgah pantainya ke ?
DeleteSalam kenal....
ReplyDeletedisebabkan masalah bajet yg dah nak hbs so masa kat Busan tak dapt nak ziarah masjid ni...Huhu. So, kalau ada kesempatan dapat ke Busan lagi, Insya Allah msjid ni mst kna ada dalm senarai wajib.
zinziemeewah
Salam kenal juga sdri QS...
DeleteRugi ooo tak singgah. Bagi saya seakan perkara wajib cari masjid jika ke negara bukan Islam selain nak cari makan boleh juga tinggalkan sedikit jejak...
Sally baru nak berkenalan dengan Pak Lang Mie ke...ni nk bg tahu..PLM ni baik org nya..tak rugi kenal...dia PLM sis JM...so jgn bukan-bukan haaaaaa ehehehe
Deletenk lebih baik lagi..Sally follow blog PLM ni...best! byk cite jalan-jalan....suma satu je pesan sis JM...Sally jgn macam-macam dengan PLM sis ni eheheheheh
DeleteWah JM... baik punya promosi... arigato gozaimasu... gracias... kamsahamnida...
Deleteada 'percent' utk JM x PLM? keh keh keh
DeleteBoleh JM dengan PLM je ? kikiki
DeleteAbe MKL dah book belum GH di Busan...jika belum JM recommend Woori GH....bersih..ada dapur tuk masak. lokasi sgt menarik compare to Sam Wong Jang GH...last trip JM stay kat sana...mmg sgt best
DeleteSam Won Jang memang dekat dengan macam2 tarikan tapi memang kurang umph dari segi kedudukannya... kat lorong...
Delete