Hari ini destinasi kami ialah ke beberapa tempat tarikan yang ada di kawasan Seogwipo, selatan Pulau Jeju. Cadangannya hendak pergi ke seberapa banyak tempat, tapi tak kesampaian. Hujan yang berterusan menyebabkan kami pulang awal. Pastu ada pulak lokasi yang cuba dicari guna GPS tak ada dalam rekod. Macam tak di update alat GPS tu rasanya.
Jalan pun agak berkabus. Jadi kepada sesiapa yang hendak ke sini, dicadangkan sewa je van dengan pemandu. Lebih mudah dan boleh cover banyak tempat. Kalau grup yang ramai, taklah tinggi mana kosnya.
Jalan pun agak berkabus. Jadi kepada sesiapa yang hendak ke sini, dicadangkan sewa je van dengan pemandu. Lebih mudah dan boleh cover banyak tempat. Kalau grup yang ramai, taklah tinggi mana kosnya.
Sampai di Jeongbang Waterfall hampir sejam kemudian. Ada dua kawasan parking kat sini. Kami termasuk kawasan parking di bahagian belakang. Agak jauh juga kena berjalan untuk sampai ke air terjun.
Hujan dah mula turun dan kami tersadai di café berhampiran hampir sejam. Kalau nak tunggu hujan berhenti memang tak ke manalah jawabnya, Jadi kami redah je hujan. Rupanya di kawasan parking di bahagian hadapan ada banyak kedai yang menjual ponco yang berharga dua ribu won setiap satu.
Sungai yang menjadi punca Jeongbang Waterfall.
Jeongbang Waterfall
Uniknya Jeongbang Waterfall airnya jatuh terus ke dalam laut.
Dari Jeongbang Waterfall kami bergerak pula ke satu lagi air terjun iaitu Cheonjiyeon Waterfall. Orang tak ramai kat sini jadi tempat letak kenderaan tak jadi masalah. Hujan pun semakin lebat tapi kami dah ada ponco senanglah sikit.
Di sini pemandangannya lebih cantik.
Bunga sakura yang belum kembang sepenuhnya.
Snap... snap... Pelancong Siam mali...
Cheonjiyeon waterfall
Kadang-kadang hujan lebat...
Pastu berhenti...
Kedai souvenirs
Oleh kerana kebanyakan tempat tarikan adalah kawasan terbuka dan hujan masih belum berhenti, kami memilih untuk ke muzium coklat sebagai destinasi terakhir untuk hari ini. Risau pulak terkena demam sebab kehujanan memanjang.
Kalaulah semua pokok koko selebat ini...
Ada kilang coklat mini dalam muzium ni.
Pembuatannya pun secara manual.
Info salah faham mengenai coklat.
Antara coklat yang dibuat di sini.
Dari coklat muzium terus saja kami balik ke Jeju city untuk memulangkan kereta di syarikat Kumho. Kereta perlu dipulangkan lebih awal sebab flight kami ke Busan keesokan harinya berlepas jam 8.30 pagi sedangkan pejabat dibuka pada 8.00 pagi. Takut tak punya masa yang cukup untuk ke airport.
Sebelum itu tangki mesti dipenuhkan dulu. Kalau tidak, caj yang dikenakan untuk minyak agak tinggi. Harga minyak petrol di sini agak mahal iaitu kira-kira RM6.00 seliter. Kami hanya perlu mengisi lebih kurang RM100 untuk memenuhkan semula tangki.
Secara ringkasnya perbelanjaan untuk memandu sendiri di Jeju:
Permit memandu antarabangsa RM150
Sewa kereta dua hari RM280
Minyak RM100
Jumlah RM530
OK sekian kesah di Jeju. Jumpa lagi di Busan...
Alaaa hujan plak eh di jeju...nasib baik ada poncho...hehehe saya aritu sempat pi jeolbang je, cheonjiyeon ni tak dan...tapi tgk gambar situ lg cantik meletop2 nih....next time kalo ke Jeju, nak kena ke cheonjiyeon ni gak laa....hehehe
ReplyDeleteNasib kurang baik, hari kedua hujan memanjang kat Jeju... Memang pemandangan kat Cheonjiyeon lebih menarik lagi. DJ nak ke Jeju lagi... silakan... saya dah tak kuasa dah... baik pergi tempat lain... hehe
DeleteAha..part drive sendiri pastu dpt GPS yang x upgrade tu yg rasa x puas hati ek Pak Lang Mie, pastu kalau hujan plak lagi lah bertambah FRUST
ReplyDeletewowow...boleh tahan juga anak teruna PLM tu...mesti rupa ayah nya tu heeee
Nasib bai kada ponco tu kan..kalau tak hujan mesti vew lagi cantik dan boleh mandi manda ye dok
Tu lah JM... rasanya lebih baik sewa kereta dengan supir sekali lagi senang dan jimat...
DeletePakai ponco ni tak selesa kalau nak jalan-jalan... Nak ambil foto pun susah... haish...
Best sehingga tak terkata...cantik bunga sakura dengan air terjunnya..begitu juga koko...hujan best juga...
ReplyDeleteKalau datang waktu puncaknya, bunga sakura tu lagi cantik en Din. Baru nampak macam penuh kat pokok tu... Ni masih jarang2 lagi... agak kureng sikit...
DeleteTerliur saya melihat bunga Sakura yang cantik tu. Cokolat tu kita (orang Islam) boleh makan ke? Memang sangat unik, air Jeongbang Waterfall jatuh terus ke dalam laut. Kalau mandi di dalamnya terus, apalah rasa airnya?
ReplyDeleteSebenarnya bunga tu belum kembang sepenuhnya... Kat muzium coklat tu kami cuma menjamu mata je.. kalau tengok cara pembuatannya macam OK je... tapi harganya sangat mahal...
DeleteHaah air terjun tu jatuh terus ke dalam laut... tapi macam tak sesuai untuk mandi sebab punca airnya pun nampak macam lalu kawasan perumahan...
Kawan gi Feb lepas pun hujan gak kat Jeju. Tapi Cheonjiyeon Waterfall tu lawa!!! Suma tengok.
ReplyDeleteYa Allah, nampak coklat terus teringin. Hantu coklat memang macam ni. Pantang.
Untunglah kawan Bie dapat pergi semua tempat...Cheonjiyeon memang lebih cantik...
DeleteCoklat kat situ mahal yakamat.. pastu tak yakin halal ke tidak... tengok je lah...
Kat KL pun dah ada muzium coklat... di Kota Damansara...
GPS kat Jeju memang bleh buat sape2 yg hilang sabar lempar GPS dari tingkap kereta! Hahaha. sebab kami pun senasib macam tu. nasib baik ada 2 versi GPS - BI dan Korea. Dalam keadaan mcm tu, versi korea sangat membantu. Err.. nasib baik ada yg tahu baca dan tulis Haggul... :)
ReplyDeleteOh ye ke... ingatkan saya punya aja yag bermasalah... Kitaorang pulak buta huruf Korea... tak dapek nak nolong...
Deleteair sejernih itu di Cheonjiyeon waterfall, tak ada orang yang berenang ke ? Kalau aku ke sana sudah buka baju langsung renang... hehe
ReplyDeleteMemang tidak dibenarkan mandi di situ... atau mungkin sebab airnya sejuk banget...
Deletekat Cheonjiyeon Waterfall tu mesti lawa sangat kalau time cherry blossom semua dah kembang
ReplyDeleteHaah... ni sebab belum sampai puncaknya... tu yang nampak tak begitu meriah...
DeleteBestnyaaaa..... cokelat tu halal ke untuk dimakan, huh klu pi kilang cokelat tp x leh makan cokelat rugi jeeee
ReplyDeleteTak pasti SR... lagipun harganya melampau mahalnya...
DeleteCheonjiyeon Waterfall tu sangat cantik! rasanya bila bunga lebat berkembang atau autumn mesti lagi cantik permandangan dia.
ReplyDeleteTu lah kitaorang terawal seminggu rasanya... kalau tak memang meletop cantiknya... Kalau peak autumn boleh dijamin memang cantik punya...
Deleteoklah, RM530 utk dua hari, saya dulu sewa teksi RM400++ tak sampai satu hari...view selepas/masa hujan..cantik..ada kabus2..
ReplyDeleteTapi macam tak dapat nak cover banyak tempat sebab agak susah nak cari lokasi... GPS problem...
DeleteCantik pulak Jeongbang Waterfall tu..tapi banyak sangat batu.
ReplyDeleteSakura!!! Lawanya...bilala nak merasa pegang sakura ni.
Memang banyak batu dan rasanya tidak sesuai untuk mandi sebab punca sungainya melalui kawasan kediaman.
DeleteNak bermanja dengan sakura kenalah datang pada musim bunga.... hehe
Cantiknya sakuraaaaa tu .... waterfall tu pun cantikkkk. Memang frust laaaa kalau travel masa hujan kannnn en.mie. Macam kami alami kat sydney ari tu, frust betullll...!!
ReplyDeleteSebenarnya sakura tu belum berkembang penuh lagi... kalau tak tentu lebih cantik. Kecewa jugalah pasal hujan tu, tapi Dia tahu apa yang terbaik untuk kita... pasrah je lah...
Deletemuga muga ada rezeki dapat balik kampong lagi..boleh ke jeju do...insyaallah
ReplyDeleteHaah Nekcik... masa tu tak payah gi Seoul lagi... cover Busan Jeju pulak...
Deletecantiknya waterfalls ngan sakura #suka
ReplyDeleteBunga tu belum berkembang penuh, kalau tak lagi cantik...
DeleteAlah sikit je tempat yang dilawati di Jeju....
ReplyDeleteTu lah en Din... memang rasa macam tak puas hati trip Jeju ni...
DeletePLM pergi sana musim apa ye..?
ReplyDeleteAwal musm bunga... bunga belum kembang sepenuhnya...
DeleteBest ke Jeju Island...Pi semua tempat PLM.
ReplyDelete