Tuesday, April 15, 2014

Busan dan Jeju : Part 3 - Trick Eye Museum dan Seongeup Folk Village

Dari Seongsan, kami singgah di ladang bunga Canola yang banyak terdapat di sepanjang jalan keluar dari sini. Bayaran dikenakan sebanyak seribu won setiap orang.  Sebenarnya ada je lokasi yang tak berbayar tapi dah terberhenti di sini, bayar sajalah.

Seed dari bunga ini boleh di jadikan minyak untuk masakan.





Destinasi seterusnya ialah Trick Eye Museum. Masa ke Seoul dulu, tak sempat nak singgah muzium yang semacam ini. Yang ada di I-City, Shah Alam pun belum berkesempatan nak pergi lagi.


Sebelum masuk, kami lunch dulu dengan bekalan yang dibawa kat kawasan parking. Nasi memang dah siap-siap masak sebelum check out dari hotel. Kami ada bawa traveler's cooker yang serbaguna. Makan pulak dengan rendang ayam Adabi, memang ngam betullah. Kalau mengikut blogger yang  pernah ke sana, ada beberapa restoran vegetarian yang boleh kita singgahi di kawasan Seongsan tu. Tapi tekak ni susah sangat nak makan makanan yang pelik-pelik.

Tiket masuk ke muzium ini ialah lapan ribu won seorang. Jom layan sebahagian aksi-aksi sengal kat sini...


Babab dia... tak tahu nak pakai u/w.

Air tu tak boleh minum ya...

Yang ini no problem...

Lepas ni kena samak...

Kakak tu paksa dia menari katanya...


Nak ke mana tu...

Boleh habis ke, banyak tu...

Jinak kuda ni...

Perasan... cuba buat kat rumah... boleh tak...



Spiderman pun kalah...

Berhati-hati... jambatan tu dah nak runtuh...

 Ngeri ooo...

Seongeup Folk Village adalah tempat persinggahan kami seterusnya. Banyak kali tersalah masuk jalan, barulah jumpa lokasinya. Tiada bayaran masuk dikenakan. Pokok limau yang sedang lebat berbuah menyambut kedatangan kami. Sebenarnya di sini tak ada apa yang menarik sangat untuk dilawati.


Pemandangan sekitar Seongeup Folk Village.

Seongeup Folk Village adalah lokasi lawatan terakhir kami untuk hari ini. Perlu segera pulang ke bandar Jeju untuk check in hotel. Lokasinya terletak di tengah bandar, risau pulak takut susah nak jumpa nanti. Sebenarnya penginapan ini tidak menyediakan ruang tempat meletak kenderaan. Terima kasih kepada pemiliknya kerana bersusah payah mencarikan ruang untuk kami.

Backpackers in Jeju

Ada kumpulan empat orang guru wanita dari Kuala Lumpur juga menginap di sini. Selesai urusan check in dan kewajipan sudah dibereskan, acara seterusnya ialah membuta sekejap. Sedar-sedar hari dah malam....

39 comments:

  1. Amboi memang sengal-sengal je aksi di sini. Babab dia....minum cam gitu..cuba buat kat rumah he he he

    Gayatnya lalu atas titi kecil tu.

    Bunga Canola tu dari jauh nampak macam bunga sawi...tapi cantik sangat kebun Canola ni...selama ni makan minyak dia je (Masa tu tinggal di Melbourne, minyak ni je yang boleh kami gunakan, yang tak meragukan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... sesekali kena beraksi jugak...

      Memang banyak sangat ladang bunga Canola kat sini... sesetengahnya nampak macam tumbuh meliar... Minyaknya mungkin lebih mahal kot... sebab jenuh nak keluarkan minyak dari biji2nya yang halus tu...

      Delete
    2. Memang betul harga minyak Canola lebih mahal, tapi bagus sebab tak ada kandungan kolestrol katanya (tulis pada botolnya).

      Delete
  2. Pak Lang Mie, JM dah balik terus singgah umah PLM ni heee
    WAhh...PLM dah enterprame...camtu lah..mmg trick aaa kan..aksi sengal yg menarik...pegi betiga je keww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pulang... okaerinasai JM..

      Sesekal kena enterframe jugak... hehe. PLM pergi berempat...

      Delete
  3. Bestnya... Sekarang trick museum ada dibanyak negara... Di Haydai pun ada... Awesome sangat trick museum tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya first time masuk dan kena paksa untuk beraksi... hehe

      Delete
  4. hamboi kemain lagi beraksi depan camera dalam entry nie...
    sempat petik tak limau yang lebat tu...mrs kalo nampak mesti dah gedik2 nak petik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tuan rumah kena juga beraksi....

      Buah limau tu tinggi-tinggi... kalau kat bawah memang dah kena rembat...

      Delete
  5. gigih korang bergaya kat gambar2 tu eh..hahahahah gediks santai gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah semua orang buat macam tu... jadi kita pun mengedik sama... hehe

      Delete
  6. samalah kita pak lang, tak sempat pegi jugak yang deka seoul, sini pun nampak syiok jer, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lebih kurang sama je... terlanjur belum pernah masuk di mana-mana tu yang singgah tu...

      Delete
  7. memang trick the eyes muzium ni...gayat jg tengok jmbatan kecik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... bolehlah nohas mencubanya nanti... memang gayat sangat!!!

      Delete
  8. Lukisan yang wow..wow..wow.. eh Pak Mie kenapa ya lukisan itu harus selalu ada pose orang telanjang ?? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak wow lukisannya... Mungkin telanjang itu adalah satu seni... hehe

      Delete
  9. wahhh saya tertarikkkk dgn ladang canola tu...angan2.....angan2 tuu...hehehe bestnya nak guling2 dlm tu smbil nyanyi lagu hindustan..eh silap lagu kpop!hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ memang ada banyak ladang bunga ni kat Jeju...tapi kalau nak berguling kena pilih tempat lain kot... sebab macam dah banyak kesan orang berguling kat situ... hehe

      Delete
  10. Nampak ladang canola memang teringat DJ aje. Sebab dia dah start meroyan nak berguling atas ladang tu je. Siap nak singgah Pohang; kampung halaman Ji Hyo Running Man.

    Best kan masuk trick art museum. Macam2 aksi boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaerinasai Bie... ogenki desuka?

      Bayangkanlah DJ berguling dengan ber Kpop... macam manalah agaknya ye... hehe

      Delete
    2. kehkehkeh hamboiiiii tingginya imaginasi nak bayangkan saya berguling sambil berkpop!hahahahahaha

      Delete
    3. kihkihkih ... tak boleh tahan....

      Delete
  11. hehee..bestnya!

    canola..itu rupanya, biasa guna minyaknya tapi tak tau rupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu sebab guna minyak tu untuk buat scarmble egg kat hostel... Banyak sungguh ladangnya kat Jeju...

      Delete
  12. Saya hanya dapat ke trick art museum kat i-city aje lah...Kat Busan tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah ke sana untuk program kembara cik Ta seterusnya bersama family....

      Delete
  13. Bunga conola tu bersepah2 ye kat tepi jalan tu. Lawa!
    Folk village tu pun unik.

    ReplyDelete
  14. Haah Ren... yang tumbuh meliar pun banyak...

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Memang cantik... bolehlah puan ke sana nanti untuk menikmatinya sendiri...

      Delete
  16. See the world through your blog! Thank you! :)

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Banyak sangat en Din, tapi saya kat sana pun cuma 4H3M... pastu hujan ... mana yang sesat barat lagi....

      Kalau dapat seminggu kat sana, memang boleh jalan santai-santai dan cover banyak tempat...

      En Din can do better than me nanti...

      Delete
  18. Replies
    1. OK juga en Dn... lokasi kat tengah bandar... boleh buat sarapan pagi lagi kat dapurnya...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...