Friday, April 11, 2014

Busan dan Jeju : Part 2 - Seongsan Ilchulbong

Pagi ini kami check out dari Jeju December Hotel dan terus menuju ke Kumho untuk mengambil kereta yang telah di booking. Prosesnya cepat saja. Yang penting tunjukkan kad permit memandu antarabangsa, passport dan slip booking. Pembayaran adalah menggunakan kredit kad saja.

Masa mengambil kereta rekodkan mana-mana bahagian badan kereta yang calar, kemek dan sebagainya supaya tak ada masalah masa memulangkannya nanti.

Lupa pulak nak ambil foto di persekitaran syarikat Kumho ni.

Bacalah banyak-banyak doa supaya diselamatkan perjalanan kita di sepanjang berada di sana, maklumlah left hand drive. Bagi yang dah biasa tu mungkin tak ada masalah.

Jangan lupa catat nombornya kerana banyak sangat kereta yang serupa. Terlalu kurang kereta import kat Jeju ni.


Lokasi tempat-tempat menarik di Pulau Jeju.

Destinasi pertama kami hari ini ialah Seongsan Ilchulbong yang terletak di penghujung timur pulau Jeju. Di sini adalah tempat yang paling baik untuk melihat matahari terbit. Tapi kenalah bertolak selepas subuh. Perjalanan ke sini mengambil masa hampir sejam jika kita tinggal di bandar Jeju.

 Banyak pokok yang masih gondol.

 Windmill

 Seongsan Ilchulbong

Sampai di Seongsan Ilchulbong hampir jam 10 pagi setelah berbelit-belit melepasi pekan Seongsan. Ramainya orang kat sini terutama pelancung dari Negara China. Nasib baiklah diaorang datang dengan bas pelancung jadi ada banyak lagi tempat parkir yang kosong.

Kawasan ini merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Bayaran masuk ialah 2K won untuk orang dewasa.

Masa untuk matahari terbit siap dipahatkan kat tembok ini.

 Jom menuju puncak... kita mulakan pendakian. Senang je sebenarnya sebab bertangga cuma kena ada stamina.


Bandar Seongsan

Dari kedudukan yang lebih tinggi.

Tak tinggi mana pun... cuma 180m, tapi agak curam.

Info asal usul Pulau Jeju.

Bekas kawah gunung berapi di bahagian puncaknya

Walaupun sejuk... berpeluh jugak nak sampai atas.

Bolehlah teropong apa yang patut.

Turun ke bawah ikut laluan yang lain.

Lebih mudah berbanding untuk naik.

Laluan sehala.

Lega... sampai di bawah.

Antara aktiviti lain yang ada di sini.

Di bahagian kanan laluan turun inilah terletaknya terminal bagi penyelam wanita atau haenyeo. Juga dikenali sebagai The Mermaids of Jeju. Ada pertunjukan khas yang dilakukan oleh penyelam ini iaitu pada jam1.30 pm dan 3.00 pm.

Terminal tempat penyelam wanita.

Ada juga yang sedang membuat penyelaman. Nampak tak pelampung tu...

Banyak makanan produk dari sotong dijual di sini. Kedai menjual cenderamata juga ada di sini tapi banyak yang berunsur patung. Tak berkenan den.

 Limau Jeju yang unik bentuknya. Sebiji 3000 won, tapi tak berapa sedap. Sedap lagi limau yang kecik tu.

Menuju ke destinasi seterusnya selepas ini...

38 comments:

  1. woiii tinggi bonar nak panjat..sempot den!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Nekcik... tapi kena perlahan. Ikut pace sendiri...jangan ikut cara orang muda... memang tak dapek lah..

      Delete
  2. Korea pengeluar kereta, tentu susah nak jumpa kereta luar negara, kan?. Kalau ada kereta luar negara, barangkali harganya mahal sangat?.

    Tak nampak pun pelampung tu. Maklumlah mata dah rabun.

    Teddy Bear Museum (dalam peta) tu agaknya banyak patung teddy bear ke?

    Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga jumpa sebiji dua BMW dan Merc... mungkin cukainya mahal... itu yang tak banyak tu..

      Ada pelampung warna oren... kena guna teropong baru nampak...

      Teddy bear museum tu tak singgah pun... tiada yang berminat.

      Delete
  3. lenguh le berjalan...kena banyak stamina...negara depa bersih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan la en Din... cuacanya nyaman. Tu yang boleh sampai atas...

      Delete
  4. Replies
    1. Hari itu sajalah cuacanya agak baik... esoknya hujan seharian... huhu

      Delete
  5. cantik view dari atas...tinggi jg nak panjat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tinggi sangat... cuma agak curam. Pemandangan dari atas memang ohsem...

      Delete
  6. View Bandar Seongsan dari atas bukit tue mmg cantik la Pak Mie!

    * Terima kasih Pak Mie, ole2 dari Busan dah selamat sampai di Post Box saya semalam. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan hari itu cuacanya agak cerah...

      Alhamdulillah dah sampai...

      Delete
  7. Zaraab dah dpt oleh2. Saya masih menunggu... Anyway saya suka membaca entri jalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Din punya lambat sikit nak sampai sebab di luar Lembah Klang... TQ en Din...

      Delete
  8. Hebat Pak Mie ini boleh bawa kereta left hand drive...hehe. Untung lah Pak Mie banyak baca doa-doa...jadi segalanya dipermudah Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas Gunadi... masa memandu dadanya dag dug juga... tapi alhamdulillah semuanya selamat...

      Delete
  9. Tak mampu saya nak daki tangga tu...ngeri..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK je zila... datang sini baru tau... Mesti boleh punya...

      Delete
  10. cantik view tangga dari atas tu. limau pun unik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Ujie...Tapi bayangkan macam mana teruknya masa diaorang buat tangga tu...

      Limau tu memang agak unik... harganya hampir RM10 sebiji...

      Delete
  11. Ciku tak panjat tangga itu hari g jeju sana..tinggi betul tu..cantik view dari atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciku ruginya tak naik... Makcik dan pakcik pencen pun ramai yang sampai atas...

      Delete
  12. wah saya pun taknaik masa ke jeju dulu...sbbnya ada 1 whole day je di jeju, so ambil gmbar dr bwah je...hehehe tp tgk gmbar mmber mmg cantik2...next time insyaAllah kami akan ke sana lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sempat kalau cuma sehari kat sana, sebab memang banyak ambil masa untuk naik dan turun. Mungkin bagi orang muda takde masalah kot...

      Delete
  13. Kalau ke Jeju, tempat ni wajib d masukkan dalam itie kan PLM :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JM... Kalau menginap kat kawasan tu pun bagus sebab boleh tengok sunrise dan pergi ke pulau Edo yng terletak berdekatan...

      Delete
  14. kekok-kekok pun sampai jugak pak lang mie sekluarga ke destinasi...kereta pun macam exclusive gitu, mesti syok je bawak. view dekat seongsan pulak semua ohsem-ohsem, no wonder ramai pelancong dekat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Orga... semuanya berjalan lancar walaupun ada juga rasa tak puas hati...

      Delete
  15. Waah, keren-keren ya pemandangan landscapenya. Kapan ya bisa holiday ke Korsel ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang cantik pemandangannya mas Hendrik... Bila2 pun mas boleh ke sana... yang penting cari musim yang sesuai...

      Delete
  16. Tempat ni memang dah masuk dalam list nak didaki. Haraplah nanti stamina dah fit. Kalau x, sunrise dari bawah jelah. Tapi nengok gambar tangga tu je dah gerun. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentulah Bie mampu untuk naik ke atas sebab saya tengok ramai orang veteran yang boleh sampai. Kalau nak bersunrise kenalah pergi lepas subuh....

      Delete
  17. eh tatau pun seongsan ada tangga lain utk turun. masa KK gi last year tak buat lg kot. anyway mmg cantik kan view dr top tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Kak Kiah... tangga tu pun nampak macam baru... agaknya sebab sesak sangat kalau turun naik ikut jalan yang sama...

      Delete
  18. Replies
    1. Saya sampai dah lewat.. dah tu mana nak cari jalan lagi. Kena menginap kat sini baru senang sikit...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...