Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami sekeluarga beraya di Selayang, Selangor dulu sebelum pulang ke Batu Pahat, Johor pada petang hari raya.
Berkumpul di rumah keluarga mertua dulu.
Pada petangnya baru bertolak ke Batu Pahat.
Sampai di kampung, di jamu dengan durian yang memang tengah banyak. Durian D24 tu...
Sempat turun sampai ke JB, ronda-ronda pasar karat. Hei, ada kangaroo kat situ, sebab ada orang nak pergi Ostolia...
Suasana di pasar karat. Banyak CD lagu irama 60an kat sini.
Malam tu menginap di rumah baru adik di Taman Indahpura, berhampiran Johor Premium Outlet.
Waktu balik mesti nak singgah di Muar.
Apa lagi kalau tak pekena mee bandung Muar yang sangat mabeles tu.
Kat kampung cuma 3 hari saja. Sebenarnya banyak sesangat fotonya tapi mood memblog sangat merudum buat masa ni. Entahlah mungkin sebab dah lama tak berjalan-jalan kot. Tiga trip yang dah di booking semuanya untuk tahun depan. Tunggu aje lah...
Kepada sahabat blogger semuanya : Salam Eidul Fitri, maaf zahir dan batin.
Selamat Hari Raya, Mie..
ReplyDeleteBatu Pahat dah ada tulisan...photo hotspot..
SHR juga buat nohas...
DeleteMende tu ada kat simpang traffic light, rasanya kureng sesuai untuk nak menembak kat situ...
selamat hari rayaaaaa......
ReplyDeletesaya pi Muar tak pernah jumpa mee bandung or asam pedas yang sedap pun. Bila singgah kedai makan asam pedas tak sedap pulak
SR, kalau nak makan mee bandung Muar yang sedap, tempat yang biasa saya pergi ialah di sebuah restoran selepas saja Sek Men Sains Muar dari arah Melaka.
DeleteKalau nak makan asam pedas pulak, saya ke Parit Jawa, iaitu di Jalan Muar Batu Pahat. Lokasinya terletak di tepi laut...
Selamat Hari Raya En Mie sekeluarga. Mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki tau...heeee...maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap sepanjang dok mengomen kat sini kan..yg penting JM enjoy baca semua entri kat sini..
ReplyDeleteKanggarooo?...mana..mana..tak nampak pun..heeeee...jahat tau
Alah..jgn lah malas..next year?..tak pe JM sanggup tunggu..hiksss
SHR MZB juga buat JM itew...
ReplyDeleteTulah, tetiba muncul kangaroo kat situ, macam tau-tau je ada orang nak jumpa dia... hehe
Ye lah JM, tapi kalau takde jalan-jalan maknanya takdelah entry...
selamat hari raya, maaf zahir batin :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya juga buat mas Dede...
DeleteBila mahu terbang lebih jauh... asyik tau...
Selamat Hari Raya...maaf zahir batin!
ReplyDeleteNext year pun next year lah...MS bole aje tunggu.......:-)
SHR MZB juga buat MS...
DeleteSelamat hari raya untuk mie sekeluarga....maaf zahir batin..huhu
ReplyDeleteSHR MZB buat PBP sekeluarga... semoga sihat selalu sementara menunggu kedatangan orang baru...
Deletekecoq liuq pepagi tgk mee bandung muar tuh...aish..bila lah nk buat trip jalan2 cari makan plak nih..huhu
ReplyDeleteAlah, Yayan bukan jauh mana Muor tu... hujung minggu pun boleh terjah sana... hehe
Deletesbb xjauh tula asek dok tangguh2..huhu..kena pastikan smp jugak ke Muar sblm abes taun ni..hehe
DeleteJangan lupa untuk kosongkan betul2 perut tu, sbb lepas ke Muar boleh ke Parit Jawa pulak untuk sesi makan nasi lauk ikan asam pedas... hehe
Deleteni beraya ke berjalan2..hehe..
ReplyDeletetulisan BP tu baru lagi kan. Aritu nampak masa balik BP, nak kelaka pun ada sbb ceria semacam.
Beraya sambil jalan-jalan Ujie, sebab saudara mara duduk bertabur kat Johor ni. Selain di BP ada juga yang tinggal di Rengit, Kulai dan JB...
DeleteHaah rasanya tulisan BP tu memang agak baru. Tapi kalau letak kat Dataran Penggaram tentu lagi best, sbb boleh jadi tempat ambik gambar...
Selamat Hari Raya Bang Mi!
ReplyDeleteTulisan Batu Pahat tu sangat kalerful.
Pernah jugak pegi pasar karat kat JB tu, boleh tahan jugak la tempatnya.
Selamat Hari Raya juga buat Janggel.
DeletePasar karat tu belum buka sepenuhnya sbb orang masih beraya agaknya, kalau tak tentu lebih meriah...
selamat hari raya, nice blog ;)
ReplyDeleteSalam lebaran juga buat turiscantik...
Deleteselamat hari raya...sekapal lah kita ni ye...nekcik ni dari sebelum dan sesudah kawen..mmg tak pernah rayer di mana mana selain di joho..ha..ha!!!
ReplyDeleteSHR juga buat Nekcik sekeluarga. Haah sekapal kita, cuma belum sekapalterbang je lagi. Untunglah Nekcik kawen orang Johor jugak, jadi takde masalah nak raya kat mana. Hidup Johor... hehe
DeleteMeriahnya raya. Makan sedap-sedap pulak tu.
ReplyDeleteSelamat Hari raya Maaf Zahir Batin Mie.
Selamat Hari Raya MZB juga buat NA sekeluarga.
DeleteSelamat hari ray en. mie sekeluarga... Nampak sedapnya mee rebus kat muar tu..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya MZB juga buat Cik Ta sekeluarga. Mee bandung tu memang sangat sodap, kuahnya pun boleh licin...
Deletetumpang seronooookkkk...
ReplyDeleteLebih seronok kalau dapat jalan2 ke Europe mcm keluarga mulan...
DeleteAlways curious with how Malaysian celebrates Idul Fitri.. Menarik :).
ReplyDeleteMemang ada perbezaannya dengan di negara anda. Yang penting tujuannya adalah sama...
DeleteSalam ukhwah blogger. erm.. meriah sungguh sambutan hari raya dengan famili. Memang happening kalau sesekali semua ahli keluarga berkumpul. Nak-nak masa raya pulak. Anyway nice blog. Banyak info boleh dikongsikan.
ReplyDeleteTQ kerana singgah dan follow blog ini... Begitulah keadaannya, sesekali bila berkumpul memang meriah. Sesetengahnya setahun sekali baru berjumpa...
DeleteWah dari jauh ni...
ReplyDeleteBestnyer tgk mee bandung Muar tu...ada kesempatan akan ke sana.
ReplyDeleteSila... sila... tak menyesal punya, memang sodap...
DeleteSalam Mie, lama aku tak singgah sini....cantik header...
ReplyDeleteWsalam, haah dah lama Fadzli tak singgah ke sini.. header tu dah tiga bulan lebih dah...
DeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.