Monday, March 5, 2012

Miri dan Brunei Pt 5



DAY 4

Hari ini adalah hari terakhir kami di Miri. Hari ini baru berkesempatan bersiar-siar di sekitar hotel penginapan.  Di sebelah hotel ini terletaknya Wisma Pelita Tunku. Nampak macam bangunan pejabat, tapi tak sangka rupanya ada pusat membeli-belah di dalamnya. Ada beberapa kedai yang menjual T-shirt  Miri dan lain-lain cenderamata. Walaupun hotel penginapan kami terletak di hujung bandar, ada kemudahan lain yang terletak berhampiranya. Antaranya ialah stesyen bas utama bandar Miri dan Pusat Penerangan Pelancong.

Aktiviti hari ini cuma meronda-ronda sekitar bandar untuk mencari apa-apa yang belum dibeli. Sempat juga singgah di Bintang Mega Mall.

Kami menginap di hotel ini.  Bilik yang di tempah boleh memuatkan empat orang dewasa dengan dua katil besar.
Jimat... Pokok Bougainvillea yang paling tinggi pernah saya lihat terdapat di sebelah hotel ini.

Tamu Muhibbah berhampiran hotel

Lupa nak tanya nama buah ini.


Sekitar bandar raya Miri

Bintang Mega Mall antara kompleks belibelah yang terbaik di Miri. Kalau di Lembah Klang ia setaraf Jusco.

Sebelum bertolak ke airport sempat makan laksa Sarawak sekali lagi. Yang ini lebih sedap. Air bandung cincaunya
 pun terangkat.

Boleh drop in kunci jika kereta dipulangkan di luar waktu pejabat.

Secara keseluruhannya, Miri sesuai di jadikan tempat percutian keluarga. Bagi yang mempunyai pasport pula boleh menyeberang ke negara Brunei. Bagi yang sukakan adventure banyak taman negara yang boleh di terokai seperti Taman Negara Mulu, Gua Niah dan Lambir.


43 comments:

  1. cantik juga nampaknya bandar miri ni.
    Bila nk melancong ke ipoh dan lumut ni? kalau dtg sini, sy blh je jadi tourist guide,,,=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira, Miri agak bersih bandarnya. Bolehlah ambil kesempatan ke sini. Pastu boleh masuk Brunei sekali.

      Saya banyak kali dah ke Lumut dan Ipoh ni, sambil ke rumah ipar di Batu Gajah... :)

      Delete
  2. Hehehe yang hitam tu namanya buah dabai..rasanya lemak lemak..kat sabah / Swak org salu buat masak dengan nasik goreng..org panggil Nasi Goreng Dabai.. try la, sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Bro Janggel, baru tau nama buahnya...

      Lain kali kena mencuba nasi goreng tu nampaknya...

      Delete
  3. Wah! bestnya gi Miri & Brunei, tak ajak akk pun..hhihi. Owh...kalau dah sampai Miri boleh terus ke Brunei ke..akk ingatkan kena cari flight lagi...maknanya jalan darat pun bolehlah nih....siap ko Miri akk nak kesana nanti...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT, dari Miri ke sempadan Brunei lebih kurang 30 km je. Pastu setelah clear urusan di sempadan, sejam lebih je dah sampai Bandar Seri Begawan...

      Jom ke Miri... :)

      Delete
  4. oh..dabai. tak penah dgr & tau pun.

    kalau saya teringin nak ke gua mulu..tapi mcm mahal kosnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau buah tu namanya dabai. Boleh campur kat nasi goreng pulak tu. TQ Janggel...

      Delete
  5. opss..bkn gua, tmn negara..nak tengok pinnacles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinnacles tu kat Tmn Negara Gunung Mulu. Kena naik flight kalau nak ke sana tu. Jalan darat pun ada, tapi ambil banyak masa...

      Delete
  6. Buah apa agaknya ye yg hitam2 tu..curious jugak nak tau.
    Seronok jln2 tgok negeri orang..bila la i nak merasa makan laksa sarawak di sarawak..penah makan yg di kl je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TK, kata Janggel, buah tu buah dabai, rasanya lemak dan boleh dimasak dg nasik goreng... jadi nasi goreng dabai...

      Delete
  7. waaaaaaaaaaaaaaaaa !
    bestnyeeeeeee. teringin nak pegi sane.
    asyik duduk semenanjung je :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. GMJ, nanti abis study, dpt kerja bagus, jalan-jalan puas-puas. Lagipun bukan jauh sangat... :)

      Delete
  8. Fadli, mmg tak tau adanya makanan tu... takpe lain kali boleh cuba...

    ReplyDelete
  9. Insya Allah sampai Miri suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dimasukkan ke dalam senarai cuti-cuti Malaysia Bobo nanti...

      Delete
  10. Buah tu dikenali sebagai buah DABAI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang kata buat tu boleh dicampur dalam nasi goreng, sedap katanya...

      Delete
  11. Assalamualaikum - seronoknya dapat singgah ke BSB - sy masih belum berkesempatan ke sana...tak tahu bila pulak boleh sampai...insyaAllah akan sampai jua - baca2 kisah perjalanan utk dapatkan gambaran dan maklumat - tk kongsi pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan SAK, saya juga belum pernah ke India... Saya tunggu cerita puan nanti...

      Delete
  12. Di Malaysia negeri Sarawak adalah negeri yang belum pernah saya jejaki... Tentu best kalau travel dari Kuching ke Miri kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengembara hebat seperti saudara tentu tiada masalah untuk buat trip tu...

      Delete
  13. Sarawak lah negeri yg belum pernah akak jejakkan kaki..Seronok tgok foto2 kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah tu Cikgu. Kita selalu target tempat yang jauh2 dulu, padahal tempat yg dekat pun tak sampai lagi...

      Delete
  14. Lepas ni ke mana pulak Mie ?..rinduu nak makan laksa Sarawak ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin juga nak pergi yg jauh2 macam Wa, tapi belum berpeluang lagi...

      Delete
  15. Jalan jalan sambil cari makan di brunei and miri.. Bestnya.

    ReplyDelete
  16. menyeronokkan sambil kenal lokasi baru dapat pula cuba resepi baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi taklah sehebat pengembaraan kak mah tu... Kemana destinasi seterusnya...

      Delete
  17. Salam Bro Mie...amboi ke Miri pulak....tu la teringin gak nak tau dan rasa buah tu..???..nampak macam buah kurma je....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri pun belum pernah merasa buah tu, buah dabai namanya...

      Delete
  18. bestnya..masih blum smpai kesana..
    aisshh bila agknya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu hari nanti sampai lah...

      TQ ikut blog saya...

      Delete
  19. Salam..review yg bagus jugak..saya cari jugak apa yg best di Miri...sekali nmpk entri ni...plus boley pegi Brunei lagi..ermm...boley di cadangkan pada incik asben...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan yg bagus tu, kira percutian 2 dalam 1, sbb Brunei tu dekat sangat dah...

      Delete
  20. Boleh bagi cdgn syarikat sewa kereta yang agak murah? I.Allah saya sklrga akan ke miri dan brunei cuti raya haji ni....terimakasih atas perkongsian berharga ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambil dari Syarikat Hertz, kereta Hyundai Matrix Auto cuma RM115 sehari. Tapi kena booking awal secara online >>>> http://www.simedarbycarrental.com/

      Semoga ianya dapat membantu anda sekeluarga....

      Delete
  21. Terimakasih banyak2...saya akan cuba usahakan....hotel pun dah booking tru agoda..

    ReplyDelete
  22. Salam saudara, boleh tau hotel kamu yang murah tu hotel nama apa? he

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...