Thursday, February 23, 2012

Miri dan Brunei Pt 3

DAY 3 (1) - Menyeberangi  sempadan

Seperti yang di beritahu sebelum ini, jika kita berhajat untuk masuk ke negara Brunei, minta pihak di mana kita menyewa kereta, menyediakan borang menyeberangi sempadan dan juga salinan geran kenderaan. Tujuannya supaya kita boleh bersiap terlebih dahulu dan boleh terus ke laluan imigresen. Manakala borang membawa kenderaan boleh didapati di kaunter kastam di sempadan.


Pagi ini kami bertolak agak awal menuju ke Sempadan Malaysia Brunei di Sungai Tujuh. Sungai Tujuh terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Miri. Ada dua jalan yang boleh diikuti untuk menuju  ke sini. Laluan pertama melalui pekan Lutong menuju ke Kuala Baram dan seterusnya ke Sungai Tujuh. Laluan kedua pula ialah melalui Pujut, Permyjaya dan Tudan  seterusnya ke sempadan. Laluan kedua jaraknya adalah lebih dekat.


Setelah keluar dari simpang untuk menuju ke Sungai Tujuh iaitu beberapa kilometer selepas itu kita akan berjumpa Jambatan Asean di Sungai Baram. Bayaran yang dikenakan ialah RM10. Plaza tolnya terletak di seberang sungai ini.


Tidak jauh dari sini ialah pusat pemeriksaan imigresen yang kelihatan masih baru. Pandu lalu ke arah kaunter dan serahkan pasport antarabangsa kepada pegawai bertugas. Di sini kita perlu menyerahkan salinan pas masuk ke Sarawak yang kita terima semasa di airport Miri. Oleh kerana kita sudah menyerahkan pas masuk di sini, jadi semasa balik di airport nanti kita perlu menggunakan pasport antarabangsa.


Selepas selesai urusan imigresen, pandu terus ke arah balai polis. Tak perlu berhenti di sini. Pandu seterusnya melalui jalan yang berbelok-belok sehingga ke pusat pemeriksaan imigresen Brunei. Pandu lalu dan serahkan pasport untuk di cop dengan entry visa sebagai pas lawatan sosial yang membenarkan kita tinggal di Brunei untuk tempoh maksimum sebulan.

Kompleks pemeriksaan imigresen Brunei
 
Seterusnya kita akan sampai ke pusat pemeriksaan kastam Brunei dan pandu ke kaunter. Oleh kerana kita membawa masuk kereta ke Brunei, di sini kita perlu mengisi butirannya di borang yang akan diberi. Bergerak ke kawasan menunggu selepas kaunter untuk mengisi borang. Serahkan borang untuk dicop dan teruskan perjalanan. Simpan borang dan tunjukkan di kaunter kastam semasa balik.


Beberapa kilometer kemudian kita akan melintasi jambatan Sungai Rasau dan setiap kenderaan perlu membayar sebanyak tiga ringgit Brunei di plaza tol selepas jambatan. Di sepanjang jalan menuju ke BSB, tidak ada tempat rehat dan rawat yang khusus seperti di negara kita.



Penggunaan tulisan jawi di kebanyakan papan tanda di Brunei.
bersambung...

52 comments:

  1. assalamualaikum

    terima kasih berkunjung dan komen di blog saya..

    saya rasa kunjungan sdra adalah yg pertama ke blog saya kan..

    salam perkenalan dr saya

    semoga berkunjung semula ke blog sy

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali saya ke blog saudara, dan lebih sekali buat komen, mungkin tidak disedari.

      TQ singgah di sini...

      Delete
  2. nampak mcm mudah gak presedur nak masuk brunei tu.

    baguslah mie..penerangan awak detail. mudah sape2 nak jadikan rujukan utk ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie, memang agak mudah jika bersedia lebih awal...

      Harap dapat membantu sesiapa yang ingin ke sana...

      Delete
  3. suka singbord last... utamakan bahasa melayu...
    teringin gak nak ke BRUNEI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat di sign board di tepi jalan, semua sign board kedai tak kira bangsa guna huruf jawi juga...

      Boleh saja dwaty pergi, tapi kos di sana spt di Singapore...

      Delete
  4. wah. luckily jmpe blog neh. blogwalking dr blog bdk2. plan nk g miri jugak good friday nnt. alang2 nk g brunei skali. kelak sy rujuk entry saudara ye.

    tQvm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang blog Bdk2@John banyak membantu trafik ke sini...

      Memang sayang kalau ke Miri tak ke Brunei...

      Rajin2 datang lagi ke sini...

      Delete
  5. wah banyak juga tulisan jawi dgunakan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak...

      Bangga dgn Brunei yang mempertahankan warisan bangsa...

      Delete
  6. tak pernah sampai sini.... moga dapat gak pergi suatu hari nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang suka berjalan2 macam Cho Zila mesti akan sampai ke sana suatu hari nanti...

      Delete
  7. Wah, dah berubah wajah rupenye check point kat Sungai Tujuh tu.. few years ago, aku hari2 dok ulang alik lalu check point ni.. kekdahnye duduk Miri but keje kat Brunei... the best 4 years of my working life... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni Azra yang aktif kat forum cari ke?

      Check point bahagian Malaysia memang agak baru, tapi kompleks yang lama yg terletak selapasnya masih belum dirobohkan lagi...

      Tak tau apa tujuannya, tapi nampak buruk dan mengelirukan untuk first timer...

      Delete
    2. Err, yer, saye la tu... ( tetiba tersipu2 malu... huhuh )

      ooohh... ade lagik la yg lame tu yer... mmg bleh confius jugak la kan ... tapi yg lame tu just pass by je la ehh.... dulu kalau petang sabtu, petang ahad, mmg jem tak hengat kat check point tu.. sometimes dari before jambatan lagik.... org2 brunei sibuk nak balik lepas sopping kat miri....

      Delete
    3. Saya ke Brunei hari Ahad dan balik petangnya. Nasib memang baik, tak banyak kenderaan hari tu. Semuanya smooth...

      Delete
  8. wah...betul2 Islamic tul ya Brunei..baguslah...insyallah dh pasang niat nk kesana..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kat Brunei semak juga dengan pekerja asing. Itu yang spoil...

      Kalau nak pergi ikut je cara saya, jimat...

      Delete
  9. kalo ke brunei tu jgn lp try nasi katok..fuhhh,sedap sgt2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah jika berkesempatan ke sana lagi, boleh dicuba tu...

      Delete
  10. assalamualaikum..maaf sebab comment dekat entry yg lama ni..saya mmg nak tau sgt encik sewa kereta dekat mane..kalau x keberatan mintak reply as soon as possible sbb mmg sgt perlu kn jwpn..thank you..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,salam Ida... saya memang selalu terima komen di entry2 lama, tapi no problem sebab saya selalu check...

      Saya sewa kereta melalui website ini --->http://www.simedarbycarrental.com/Default.aspx
      Kereta boleh di ambil di airport.

      Delete
  11. I nak g miri 15 nov and try cross brunei 16 nov with 10 org per family. boleh bagi tips details ke? from miri ? terus brunei sehari cukup ke kg ayer, jerudong, masjid, shopping complex, dll? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau en Richest baca semua entry, saya rasa dapat juga membantu serba sedikit. Jika memandu sendiri ke Brunei memang cukup untuk sehari sebab Jerudong Park dah di tutup. Lagipun penginapan di Brunei agak mahal macam di Singapore, lebih baik menginap di Miri je...

      Delete
  12. assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)

    ReplyDelete
  13. Sy nk pergi KK. Nk bawa kereta sendiri. Apa perlu sy buat? Pertama kali bawa kereta sndri. Kalo boleh minta num hp abg la lg senang sy nk hantar pesanan. Sy org kuching. Tingal kt bt niah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasport nk buat nanti. Pasport kereta xtau mcm mana nk urus.

      Delete
    2. Assalam Jarhead... Saya sendiri kurang faham situasinya di sini. KK tu Kota Kinabalu ke atau singkatan bandar lain di dalam Brunei...

      Nak bawa masuk kereta ke Brunei kena isi borang khas yang boleh didapati di kaunter kastam Brunei di sempadan. Bawa sekali geran keretanya...

      Delete
  14. Ow mcm itu. Tinted x lepas kan? Cuma nak limpas brunei sbb nak pergi kota kinabalu. Ia kk tu kota kinabalu sori pakai shortfom dh biasa. Hehe. Ow, nk kna bwa geran kereta skali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ada juga org bgtau perlu ada blue card la ne la tu la. Tu yg xpaham nya. Okey. Esok saya pergi sg.tujuh utk minta surat. Tp next week nk pergi. Line internet caj kt brunei tingi kh or sama biasa ja? Bnyk tnya ne abg sbb prtama kali.

      Delete
    2. Maknanya Jarhead dari Sarawak nak ke KK melalui negara Brunei...- OK clear -
      Jangan lupa bawa geran kereta sekali.

      Borang peristiharan kenderaan tu boleh diminta semasa kita sampai di sempadan Brunei nanti... tak perlu ambil lebih dulu. Tinted tu saya kurang pasti. Saya tak gua internet di sana sbb cuma pergi pagi balik petang...


      Delete
    3. Sebab nak pakai gps kt hp tengok jalan kt brunei nanti takut sesat. Ok nanti sy bwa geran.Nanti try tanya kt kastam bab kereta. Takut xlepas kn dh rugi. Thank bro

      Delete
  15. bro kalau yang takde passport merah tu boleh tak masuk brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tidak boleh sebab imigresen di sempadan nampak macam proper sikit berbanding di sempadan Malaysia Thailand. Tak taulah kalau penduduk tempatan Miri pulak...

      Delete
  16. Salam...Saya pun dalam perancangan nak ke Limbang melalui darat..
    Tapi takut pulak sesat di dalam Brunei..
    Boleh dapatkan bantuan untuk map jalan di Brunei tak??

    TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... saya tak menyeberang hingga ke Limbang... cuma sampai BSB je...

      Delete
  17. assalamualaikum.. nk tnya..klu kita limpas Brunei Darussalam..boleh xkita bawa kucing.. bb nk pindah lawas.. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... saya pun x pasti sbb first time masuk Brunei ikut Miri...

      Delete
  18. Terima kasih maklumat en.mie. saya pun nak g miri dan brunei nei....
    sdg cari maklumat.....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. saya pun tengah cari maklumat. lebih2 lg yg berkaitan dgn kereta. saya bercadang nak sewa kereta di miri dan drive ke brunei. apa dokumen yg perlu diserta kan lg selain geran kereta? atau pun bleh ke sy terus tnye tuan kereta yg sy sewa tu? tapi sy x pasti sewa kereta mne yg ok. harap bleh beri sy jawapan. terima kasih. ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Liyana... saya sewa kereta dari : http://www.simedarbycarrental.com/Default.aspx (ambil kereta dari airport)

      Selain salinan geran kereta bawa sekali borang menyeberang sempadan yang boleh diminta dari pejabat kereta sewa. Borang bawa kenderaan boleh minta di pos imigresen Brunei. Jika kita masuk ke Miri guna KP dan dapat salinan, di sempadan nanti guna pasport dan serahkan salinan yang kita dapat masa masuk ke Miri. Di airpot Miri nanti guna pasport untuk balik...

      Delete
  20. Assalam Mie


    Saya Sue dari Semenanjung.

    Boleh ke lesen memandu Malaysia digunakan untuk menyewa kenderaan di Brunei?

    Boleh ke kalau kita sewa kereta di miri tapi mohon kereta pick up dan hantar semula di Airport Brunei?

    Boleh dan bagaimana kereta sewa miri di bawa ke brunei?

    Bas akhir dari Brunei ke Miri pukul berapa ya?


    Mohon pencerahan dari Mie ya kalau dapat di kongsi.


    Terima Kasih ya Mie kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  21. Wsalam Sue...
    Lesen tu rasa takde masalah..

    Sewa di Miri tapi nak pulangkan di Brunei.. rasanya macam tak boleh sebab dah lain negara...

    Bawa kereta macam biasa, cuma di kastam Brunei nanti diaorang akan bagi borang bawa masuk kenderaan. Isikan di kawasan letak kereta dan serahkan di kaunter kastam...

    Bas akhir saya tak pasti... tapi bas dari Miri cuma sampai di Kuala Belait saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah tak ada lagi tol Sungai Baram RM10 sehala. Borang menyeberang sempadan pun dah tak perlu isi lagi..

      Delete
  22. Assalamualaikum...masuk brunei kena cek tak bonet tengok no enjin dan chasis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... dua kali saya masuk Brunei memang tak pernah pun diaorang check...

      Minyak kena isu penuh2 ye sbb kereta Miri tak boleh isi minyak di Brunei...

      Delete
  23. Klu bawa kenderaan sendiri untuk lalui melalui brunei ada syarat x? Sbb ada yg kata keta x boleh ada tinted sbb nk pg sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bawa geran asal atau dokumen kenderaan berkenaan untuk pengistiharan...

      Delete
  24. Sye puan sue dri miri nk tau klu kita bwa kenderaan sendiri lalu brunei utk ke sabah dorg ada syarat2 x sbb ada yg kata keta yg ada tinted x bleh masok brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti tapi rasanya tinted yang melepasi standard PDRM ok kot...

      Delete
  25. Mie klu kita nk masuk brunei sehari, kena buat pasport jgk ka.. Ataupn ada cara lain selain buat pasport perjalanan terhad brunei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa memang perlu guna passport juga... tak taulah kalau penduduk Miri boleh sbb ramai yg kerja di Brunei balik hari...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...