Tuesday, February 21, 2012

Miri dan Brunei Pt 2


DAY 2

Hari ini keluar dari hotel awal sikit sebab nak pergi ke airport untuk mengambil kereta yang telah di tempah secara online. Harga yang ditawarkan adalah yang termurah berbanding beberapa syarikat lain. Untuk kereta Hyundai Matrix 1.6 auto harga yang dikenakan ialah RM115 untuk sehari.


Sampai di airport sebelum jam lapan dan pejabat Hertz masih belum dibuka lagi. Tak lama kemudian En Hafiezal sampai. Layanannya sungguh baik dengan beberapa penerangan diberikan. Jika kita bertujuan hendak pergi ke Brunei, pastikan kita beritahu lebih awal jadi pihak syarikat boleh menyediakan apa-apa yang patut. Antara keperluannya ialah salinan geran kereta yang mengandungi butir-butir yang perlu diisikan semasa di pusat pemeriksaan kastam Brunei. Begitu juga dengan borang untuk menyeberang sempadan, mintalah di sini supaya kita dapat mengisinya lebih awal.

Masa kita menerima kereta, tangki minyak sudah siap diisi penuh. Jadi pastikan semasa memulangkannya siap diisi penuh juga. Sedikit deposit dikenakan semasa kita mengambil kereta. Deposit akan ditolak sekiranya tangki tidak diisi penuh. Cajnya lebih tinggi berbanding kita mengisinya sendiri.

Destinasi pertama kami hari ini ialah Pantai Esplanade yang terletak di Luak Bay. Pantai ini terletak kira-kira 11 kilometer ke Selatan bandar Miri. Agak mudah mencari jalan masuknya kerana kedudukannya di penghujung jalan dua lorong sehala. Pada mulanya terlajak jugalah, sampai nampak sign board di bawah ini walaupun sungainya kecil je.


Hari Sabtu dan masih pagi lagi, tak ada seorang manusia pun kat sini

Sesuai untuk aktiviti mandi-manda kerana pantainya agak landai

Kami tak lama di sini kerana belum breakfast lagi dan bercadang untuk datang lagi pada sebelah petangnya untuk melihat sunset. Dalam perjalanan menuju ke bandar, sempat kami singgah di Miri Marina Park di mana letaknya Seahorse lighthouse. Cuaca hari ini sangatlah baik dengan langit yang membiru, tak seperti semasa kami sampai di Miri.



Kedudukan tempat ini agak tersorok dan jauh ke dalam. Rasanya macam tak ada sign board, jadi ikut rasa je bila nak masuk ke simpangnya kerana dah search kat google earth sebelum ke sini. Di sini pun lengang juga. Tempat-tempat macam ni biasanya orang datang pada waktu petang bukan awal pagi. Lainlah kami pelancong... kononnya.

Matahari dah mula meninggi dan keadaan agak panas. Kami keluar dari tempat ini dan terus ke bandar untuk mencari tempat sarapan yang sebenarnya sudah agak lewat. Seterusnya kami singgah di Miri Handicraft Center di Jalan Merbau untuk mencari sedikit souvenir. T shirt, FM, keychain semua ada kat sini selain barang-barang kraftangan.


Selesai membeli serba sedikit souvenir, kami bergerak ke sebuah taman yang agak besar terletak di tengah-tengah bandar Miri yang di panggil Miri City Fan Park. Taman ini berbentuk seakan-an kipas dan dari situ ia mendapat namanya.



Miri City Fan Park dan Menara Unity di bulatan berhampiran.

Sesi jalan-jalan sebelah pagi kami akhiri di Masjid Miri yang terletak berhampiran dengan taman ini untuk berehat sebentar dan menunaikan kewajipan. Malas nak balik ke hotel walaupun jaraknya tidaklah begitu jauh.


Jam tiga petang kami keluar semula ke satu lagi kawasan tarikan yang wajib dikunjungi jika Miri iaitu Canada Hill di mana terletaknya The Grand Old Lady. The Grand Old Lady ialah gelaran kepada telaga minyak yang terawal ditemui di Miri.

Sebahagian bandaraya Miri yang dapat dilihat dari atas bukit ini.





Di atas bukit ini juga terdapat sebuah Muzium Sains Petroleum yang menyediakan pelbagai bahan pameran yang berkaitan dengan industri minyak.



Dari sini kami menuju ke kawasan Seberkas untuk membeli sedikit makanan di pasar malam. Pasar malam di sini mula dibuka seawal jam lima petang dan dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Kalau nak beli kek lapis Sarawak yang terkenal tu, bolelah beli di sini kerana harga lebih  murah berbanding membelinya di kedai khasnya. Cuma designnya tak begitu menarik, tapi rasanya sama saja. Ikan terubuk masin dan bakar juga banyak dijual di sini.

Destinasi terakhir pada hari ini ialah mengulang semula ke Pantai Esplanade untuk melihat matahari terbenam. Agak ramai orang bersantai di sini bersama keluarga.






Pada sebelah malamnya kami tak kemana-mana kerana sudah membeli banyak makanan di pasar malam Seberkas pada sebelah petangnya. Lagipun agak letih kerana seharian berjalan dan sebelumnya sempat juga meronda di kompleks beli-belah Bintang Mega Mall.

30 comments:

  1. -murah la keta tu..

    -opss..ada buaya? takut je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewa kereta tu memang murah.

      Apa nak takut dgn buaya... yg kat darat lagi bahaya... :)

      Delete
    2. salam.. boleh sy dptkan no tel pejabat hertz @ En Hafiezal..tq

      Delete
    3. Assalam Nani Ardini...

      Sila masuk website ini untuk tempahan... http://www.simedarbycarrental.com/Default.aspx

      Delete
  2. murahnya harga sewa kereta tu!

    Sunset menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Janggel, keretanya pun agak baru...

      Memang cantik masa sunset kat sini. Bolehlah Janggel menembak kat sini satu hari nanti...

      Delete
  3. takut nya signboard buaya!! kalo ada kat semenanjung macam tuh, mmg tak berani nak dekat, meremang~ haha

    hmm nampak macam kosong je miri nie, tapi sunset die cantik!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sungainya kecil je dah tu tak jauh dari laut... punyalah banyak buaya kat sana...

      Miri agak besar dan sibuk juga, yg nampak lengang tu sbb hari Ahad kot...

      Delete
  4. salam,

    boleh saya tau, kereta tempah kat web mana?
    tgh duk buat itinerary ke miri :)

    sambung cerita cepat2... boleh kami buat panduan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PM,

      Boleh tempah kat sini : http://www.simedarbycarrental.com/Default.aspx

      Bila nak pergi tu?

      Delete
  5. Terima kasih daun keladi.
    Nanti kalau boleh saya tanya lagi..

    will go in the middle of may. InsyaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U R Welcome...

      Kalau dah confirm booking kereta tu, telefonlah ke syarikat tu jika ada apa-apa yang diperlukan. Kereta mmg diperlukan di sana, sbb jarak sesuatu tempat agak jauh...

      Delete
  6. Salam mie..,

    BEST laa...sewa keta pun murah nyaaaaaaaaaa..... aku kat Sabah tuari kena RM 700 utk 3 hari minyak pun E...huhuhuhu...

    menarik juga kat sini tambah sunset tu....kena pergi ni...
    ada buay jugak ker sini.....memang negeri ni sesuai utk spesis reptelia ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azmnor,

      Memang berbaloi-baloi...

      Negeri bujang senang ni memang terkenal dengan boyonya... :)

      Delete
  7. Teringat pula kisah kami di Miri dalam episod Tran-Borneo dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin betul kak mah dan suami jalan-jalan...

      Kemana pulak agaknya ekspedisi akan datang... tak nak cuba Afrika ke?

      Delete
  8. cantik jugak Miri ni ye...

    tak sabar nak tengok Brunei...agaknya mcm mana la rupa brunei yg kaya raya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak lama di Brunei, balik hari je... tak sempat nak explore banyak tempat...

      Delete
  9. Aku penah menyewa satu apartment for 1 year kat area2 Pantai Esplanade ni yg mane balcony kitorang mmg mengadap pantai ... hari2 layan sunset and i will never get enuff of it...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pantai ni tempat yang terbaik untuk menghayati sunset...

      Suatu hari saya pasti akan mengulang ke sini lagi...

      Delete
  10. Salam nak tanya,ada contact kereta sewa di Miri? menginap di hotel mana? saya akan ke Miri selama 3 hari 2 malam, so nak tau dalam berapa bajet di sana. Terima Kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Ikey,

      Untuk kereta sewa sila masuk ke http://www.simedarbycarrental.com/ - kereta boleh diambil di airport Miri... murah.

      Penginapan di Park Hotel, booking melalui Agoda.com... Boleh juga pilih lain2 hotel mengikut kesesuaian sendiri...

      Moga dapat membantu...

      Delete
  11. Salam kenal. Saya pun nak ke miri. Awal bulan depan. Byk membantula segmen ni. Nanti jgan lupa follow dan baca pengalaman saya ke miri plak.http://isabellaidura.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK Bella, selamat bercuti. Menyeberang ke Brunei tak?

      Delete
  12. Replies
    1. Booking saja online di sini ---> http://www.simedarbycarrental.com

      Delete
  13. salam ramadhan, saya nak minta jasa baik , boleh tak saya dapatkan nombor telefon kereta sewa yang saudara gunakan dr miri ke brunei. terima kasih

    ReplyDelete
  14. Saya booking online ---> http://www.simedarbycarrental.com

    ReplyDelete
  15. Slm..ade lg x no tepon sewa keta tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti tak baca habis... tempah di sini -----> http://www.simedarbycarrental.com

      Anon sila perkenalkan nama...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...