Monday, January 17, 2011

Dari New York ke Paris

Biasanya apabila menghantar anak pulang ke UTM, tempat penginapan kami ialah di bandar Johor Bahru. Hotel yang paling kerap dikunjungi ialah Hotel New York. Bukan tiada rumah saudara mara di sekitar JB, tapi kami tak mahu menyusahkan mereka.

Harga yang sederhana, tempat meletak kenderaan yang luas dan berhampiran dengan banyak tempat makan antara faktor yang menyebabkan kami  memilih hotel tersebut. Hotel ini juga terletak di jalan yang tidak sebuk. Tetapi kedudukannya agak jauh dari Skudai. Jadi, kami  cuba mencari alternatif lain yang lebih berdekatan dengan UTM iaitu di kawasan Skudai atau Tampoi. Kami cuba meronda di sekitar Taman Bukit Indah kerana di situ khabarnya ada banyak tempat shopping. Kebetulan pula di situ ada sebuah hotel yang agak bagus.

Jadi untuk mengubah angin kami sekeluarga telah memilih untuk menginap di Hotel Pariss yang terletak di situ. Hotel ini dikelilingi oleh kawasan perumahan dan pusat membeli-belah seperti Kompleks AEON Jusco, Giant dan Tesco yang terletak berdekatan di antara satu sama lain. Boleh dikatakan kawasan yang agak meriah. Tempat untuk menjamu selera juga banyak terutama di medan selera yang terdapat dalam kompleks beli-belah tersebut.

Jadi jika anda ke Johor Bahru singgah-singgahlah di sini kerana semuanya ada. Cara ke sini dari utara ialah dengan mengambil susur persimpangan Taman Perling. Lepas membayar tol, kira-kira setengah kilometer, ambil susur keluar di sebelah kiri. Hotel Pariss terletak di sebelah pasar raya besar Giant.

Foto Pasar Raya Besar TESCO Bukit Indah dari tingkat sembilan Pariss Hotel

11 comments:

  1. Ingtkan betul2 kesana ....tipah terpipu jgk....:)

    ReplyDelete
  2. Gempak je tu CT, tapi mmg teringin gak nak ke tempat yang sebenarnya hehe..

    ReplyDelete
  3. Pernah gak menginap kat new york hotel masa buat design 1 jewellery shop kat plaza pelangi...tahun2000

    ReplyDelete
  4. tak terus ke Batam ke..best shopping kat Nagoya Hill.kak hani kalau ke JB mesti pekena nasi beraini gam 'Dahlia'..kedai kecik jer tapi org jb mesti kenal kedai tu.

    ReplyDelete
  5. Pn Hani: Belum pernah ke Batam, tapi ada cadang gak nak kesana. Blog Puan CT yang kat atas tu, baru je cerita pasal percutiannya ke sana dalam bulan Feruari yg lalu. Nampak menarik...

    ReplyDelete
  6. weekend nih baru bercadang nak gi JB kawen sepupu..nak tanya ler baper rate bilik kat new york hotel tu yer...

    ReplyDelete
  7. Mummy: Rate tak mahal sangat, di bawah RM150. Ada special rate utk govt servant lagi. Banyak tempat makan di hadapan hotel ni..

    ReplyDelete
  8. oho...ye ker..nak pegi duk sini ler...nak cari yg murah sebab nak amik 2 bilik...time kasih sudi jengah sy...

    ReplyDelete
  9. sy tak sabar nak ke JB. nmpknya review parris hotel tdk mengecewakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kemudahan berhampiran hotel Pariss ni. Memang rekomen terutama kalau nak jln2 ke Legoland...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...