Thursday, June 23, 2022

Pulau Pangkor

Kali kedua ke Pulau Pangkor. Yang pertama lebih sepuluh tahun dulu. Banyak perubahan dari segi infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di sini. Mulai 1/1/2020 Pulau Pangkor sudah dijadikan pulau bebas cukai.

Ke sini  pada  masa  cuti  sekolah  jadi  pengunjung  tersangatlah  ramai. Masing-masing macam kemaruk nak bercuti termasuk kami. Ada dua pangkalan feri jika kita  nak ke sana iaitu  dari jeti Lumut dan Pulau Marina. Kami pilih Pulau Marina kerana jaraknya yang lebih dekat. Hanya dalam 15 minit saja untuk  sampai ke pulau. Tempat  letak  kenderaan  pun banyak dan dikenakan  caj sebanyak RM20 sehari.

Jika naik feri dari  jeti Pulau Marina lebih baik booking saja  tiket secara  online sebab  pada cuti umum dan hujung minggu orang tersangatlah ramai. Tiket boleh dibooking di sini.


Feri di jeti Pulau Marina. Setiap feri boleh memuatkan lebih dari seratus orang penumpang.

Pulau Pangkor dari kejauhan.

Masa beli tiket dapat nombor tempat duduk tapi masing-masing duduk sesuka hati.

Menghampiri jeti Pulau Pangkor.

Teksi Pulau Pangkor sinonim dengan warna pink.

Untuk memudahkan pergerakan kami menyewa sebuah MPV kerana kumpulan kami ada lapan orang termasuk kanak-kanak. Sewa sebanyak RM150 sehari boleh diambil terus dari jeti. Booking perlu dibuat lebih awal. Kalau yang pergi berpasangan bolehlah menyewa motorsikal tapi jangan ambil di jeti kerana sewanya lebih mahal. Ambil saja dari hotel penginapan.

Pantai Teluk Nipah.

Banyak pantai yang cantik ada di Pangkor ni. Kami pilih untuk menginap di kawasan Teluk Nipah kerana kawasan ini lebih meriah terutamanya pada waktu malam. Pantai lain yang ada di sini ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Teluk Dalam dan Coral Beach. Sesiapa yang ada bajet lebih bolehlah menginap di Pulau Pangkor Laut. Bilik penginapan biasanya >RM1K semalam.

Dah lama tak mandi laut budak tu.

Lautnya agak tenang tapi ombaknya bergulung bila sampai ke tepi. Jadi berhati-hatilah.

Bilik penginapan di tingkat atas. Ada banyak burung enggang di sini. Salah satunya singgah di hadapan bilik kami. 

Sunset View Chalet.


Jika berminat untuk memberi makan burung enggang di sini bolehlah datang ke Sunset View Chalet di kawasan Teluk Nipah ini. Ambil nombor giliran kerana orang agak ramai termasuk pelancong dari luar negara. Tiada bayaran dikenakan.

Pemberian makanan ini bermula pada jam 6.30 petang.


Waktu malam yang agak meriah.

Banyak aktiviti air yang di tawarkan. Pilih saja mana yang berkenan.

Jom kita pergi snorkeling.

Sewa untuk sebuah bot kecil yang seramai tujuh orang cajnya RM150. Jika lebih akan guna bot yang lebih besar dan caj tambahan RM20 untuk setiap orang.

Kawasan snorkeling di Pulau Giam. Tempat menurunkan penumpang di bahagian ini.

Seronok budak-budak remaja ni.


Ikan je yang banyak di sini. Batu-batu karang pun tak berapa cantik sebab banyak yang rosak.

Balik ikut bahagian sini.

Sebelum balik ke bilik sempat naik banana boat dulu.

Petang tu kami keluar semula untuk ke beberapa tempat menarik di Pulau Pangkor ni. Bagi yang tak menyewa kenderaan sendiri boleh saja ambil teksi Pangkor yang berwarna pink tu. 

Masjid terapung Pulau Pangkor di kawasan Teluk Baharu.




Pintu gerbang di kawasan Kota Belanda.



Sejarah berkenaan Kota ini.

Masjid Cina atau Masjid Seribu Doa yang terletak di Sungai Pinang Kecil.





Akhir sekali petang itu kitaorang singgah di kawasan kedai bebas cukai yang terletak tidak jauh dari jeti Pulau Pangkor. Kedai yang jadi pilihan ramai tentulah kedai yang menjual coklat. Harga di sini agak lebih murah berbanding di Langkawi.


Pilih saja sama ada coklat keluaran tempatan atau import.

Bakul pun tak penuh lagi.

Jika nak makan malam di restoran makanan laut kena keluar awal sikit kerana jika keluar sebelah malam orang agak ramai dan servis pun jadi lambat. Ada beberapa buah restoran makan laut di hujung jalan yang menuju ke Coral Beach.



Esoknya di jeti Pangkor. Menunggu giliran untuk dipanggil menaiki feri.

Selamat tinggal Pulau Pangkor. Rasa macam nak mengulang lagi ke sini sebab jarak yang dekat dan pantainya pun agak setanding dengan Langkawi.

13 comments:

  1. Memang jauh berbeza sekarang ni ya. Saya pergi Pangkor zaman belajar, lebih 20 tahun lalu 😅
    Cantik dua2 masjid tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi lagi ni Ujie.. cantik dah sekarang ni.. kedua-dua masjid itu pun masih agak baru..

      Delete
  2. Wah..lama baru timbul.
    Meriahnya bercuti di Pangkor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang betul berehat kan.. iye lah JJDN je banyaknya.. takde apa nak di blogkan sangat..

      Delete
  3. saya tak pernah ke pangkor, setakat lumut je...menarik aktiviti bagi makan burung enggang...jinak2 burungnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya macam itu la.. negeri sendiri boleh pergi bila² masa.. Burung enggang memang banyak di Pangkor dan mengikut kata penduduk di sini burung² ni tak terbang keluar dari pulau..

      Delete
  4. Saya tak pernah sampai lagi Pangkor. Nampak mcm ramai betul orang ye. Bestnya boleh bg burung enggang makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi masa cuti sekolah memang yakamat ramai orang di sana.. stay di kawasan Teluk Nipah.. happening tempatnya.. enggang pun banyak..

      Delete
  5. satu pulau pun saya tak pernah pergi hahaha .. kecuali pulau langkawi

    ReplyDelete
  6. Nice post thank you Theresa

    ReplyDelete
  7. Pangkor mmg best... Pergi sbb family trip geng pemuda.. Satu pulau pusing tak smpai setengah jam..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...