Friday, December 4, 2015

Autumn in Beijing Pt 4 - Wangfujing

Dari Tian'anmen kami balik ke hotel. Lagipun masa nak keluar tadi kami sudah ambil keputusan untuk tunaikan kewajipan di hotel saja sebab lokasi Tian'anmen ini tidak begitu jauh dari hotel. Walaupun cuma dapat pergi dua tempat saja hari ini, tapi sangat meletihkan kerana banyak berjalan. Waktu ini jam 5.00 petang, hari sudah mulai gelap.
 
Malamnya kami meronda di sepanjang Jalan Wangfujing. Dari hotel kami menapak saja kerana kedudukan jalannya selari dengan hotel kami. Cuma terpaksa melalui kawasan hutong iaitu jalan-jalan sempit atau lorong yang biasanya dijadikan tempat kediaman untuk sampai di Jalan Wangfujing. Destinasi kami malam itu ialah untuk ke Wangfujing Snack Street.

Lokasi hotel, Masjid Dongsi, Jalan Wangfujing dan Tian'anmen.


 Panjang Jalan Wangfujing ini lebih kurang dua kilometer.
 
 Wangfujing Pedestrian Street.
 


 Restoran China Muslim di tingkat atas.
 
 Banyak kedai jenama mewah ada di sini.
 


 Ini pintu gerbang untuk masuk ke kawasan Wangfujing Snack Street. Jika naik subway kedudukannya tidak begitu jauh dari stesyen Wangfujing.
 
 Jengking yang masih hidup walau dicucuk pada lidi.
 
 Jengking, cengkerik yang gedabak dan ulat yang gebu. Ada berani???
 
 Seafood pun ada.
 
 Tapak sulaiman pun ada.
 
 Ketam ini nampak menyelerakan tapi kami tak beli apa-apa makanan pun di sini.
 
Sebenarnya banyak lagi makanan yang ekstrem ada dijual di sini selain daripada makanan biasa. Agak panjang juga jalan ini tapi kami tak ronda sampai ke hujung kerana tak tahan dengan bau makanan di sini. Jika sesiapa ke Beijing jangan lupa singgah di Wangfujing Snack Street untuk melihat keunikan selera orang-orang di sini.
 

 Sesak orang di sini walaupun bukan malam minggu.
 


 Selain makanan, ada lorong lain yang menjual barangan cenderamata di sini. Agak murah harganya.
 
Boleh tawar hingga serendah 20 peratus dari harga asal.
 

Dalam perjalanan balik kami tidak melalui kawasan hutong. Memang rezeki kami kerana terjumpa kakak yang menjual kebab yang baunya sangatlah sedap. Mulanya memang tak berapa perasan kebab tu dijual oleh orang Muslim China. Masa kami terjengah-jengah kakak tu beri salam.  Alhamdulillah memang sedap kebabnya. Harganya pun agak murah, 7 yuan untuk kambing dan 10 yuan untuk kebab daging lembu. Malam esoknya kami terjumpa lagi kedai yang sama tapi penjualnya lelaki. Mungkin suaminya.
 
Malam ini kena tidur cepat sikit sebab esoknya kena keluar agak awal untuk ke Great Wall.

36 comments:

  1. Tu dia makanan...semua pon jadik makanan..ha..ha... org memang sentiasa ramai aja eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayu dengan batu je agaknya yang diaorang tak makan...hehe. Di China di mana2 pun orang sentiasa ramai... berbilion rakyat dia...

      Delete
  2. wah menariknyaaaa kebab tu....erk dpt byg la bau2an kat street food tu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kebabnya tapi agak berminyak...dua malam berturut saya beli... Bau kat street food tu taklah teruk sangat... tapi donwori tempatnya memang bersih...

      Delete
  3. Wah syiok nampak jenjalan Beijing ye Mie..meriah gerai gerai tu..nekcik pun suka pergi gerai gerai gini...
    Haritu nekcik ingat nak pergi Hangzhou..tapi Tokpokcu rindu pulak kat ahjumma dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok Nekcik sebab tambang k.api sangat murah... cuma harga makanan setara dengan tempat kita. Silalah ke Hangzhou (Hangjo) Nekcik... lawa bandarnya. Nampaknya kenalah Tokpokcu bawa balik sorang ahjumma... kihkihkih...

      Delete
    2. Tokpokcu nak bawak balik ahjuma muda muda..mana mungkin dong!!!!

      Delete
    3. Oh ya... bisa berantakan nanti...kihkihkih

      Delete
  4. dulu 10 yuan RM5++ je kan...sekarang dah cecah almost RM7?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JM... tapi cuti di China tetap lebih murah...

      Delete
  5. Dari Tian'anmen Square ke Hotel tu jalan kaki or naik train

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah naik train... tak larat den... tapi kalau macam JM boleh saja jalan kaki...

      Delete
  6. Jengking, cengkerik yang gedabak dan ulat yang gebu. Ada berani??? ERKK!!!! tgk telur ulat tu rasa nam muntah...kalau belalang boleh telan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada kita meloyakan tapi pada diaorang kira macam makan makanan ringan je ni...Oh ye baru ingat, JM pernah telan belalang kat Jogja dulu...

      Delete
  7. sapa berani cuba angkat tangan ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa yang berani boleh masuk rancangan fear factor ni... hehe

      Delete
  8. Replies
    1. Memang agak jauh en Din... kalau saya Ok saja... tapi OR sudah surrender pulak..

      Delete
  9. Replies
    1. Dua-dua ada keistimewaan tersendiri... tapi saya lebih suka Seoul...

      Delete
  10. Kan..macam-macam ada...lagipun senang nak cari makanan halal sini. Sate kambing macam kat Shenzhen tu tak ada ke Mie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat snack street tu saya tak jalan habis sampai ke hujung... tak taulah ada makanan halal ke tidak... Tapi di sebelah hotel kami ada restoran China Muslim... so makan no problem sangat. Kat situ pun ada sate kambing macam kat Shenzhen tapi yang jual di jalanan lebih sedap...

      Delete
  11. adoi..gambar mknn eksotik tu buat kembang tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah Ujie... tapi bagi diaorang mungkin sodap... sebab tu bisnes boleh bertahan...

      Delete
  12. cantik pulak tapak sulaiman dicucuk mcm tu..dah mcm bunga pahar...bestnya duduk area ni, semuanya dekat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi memang agak strategik, cuma hotelnya biasa2 je...

      Delete
  13. Wangfujing memang tempat yang amat happening...Adegan orang bergaduh pun boleh disaksikan di sini...ada tengok tak sate kala jengking dan ulat tu dimakan orang? 2 km jalan kaki hmmm kalau pergi balik dah 4 km...kalau saya dah patah kaki...seronok juga menginap di Dongsi, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak nampak pun orang membeli makanan eksotik di situ... tapi mestilah ada pelanggannya sebab tu dapat bertahan. Menginap di kawasan Dongsi agak OK sebab dekat dengan banyak kemudahan...cuma kaki je yang terpaksa bekerja keras sikit...

      Delete
    2. Saya pernah tengok orang beli dan makan makanan eksotik tu..siap ambil gambarnya sekali...minta dia posing untuk blog...

      Delete
  14. patut PLM try makan exotic tu.. baru geng dengan Akak JM dia makan belalang =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belalang takdelah eksotik sangat... sebab masa bebudak dolu-dolu pun pernah makan...

      Delete
    2. whaaaat ? haaaa kenapa PLM makan belalang ? mmg orang makan ke ? =O

      Delete
  15. ehehe bab makan i looooike.. adus kalo ada peluang makan street food memang tibai punyalah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kat situ macam susah nak jumpa yang halal... buka macam muslim street kat Xi'an...

      Delete
    2. haaa baru baca entry SS pegi muslim street tu.. PLM bila nak pi Xian ? nak ekot ahaha..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...