Rancangan kami hari ini ialah untuk ke Summer Palace. Keluar pun taklah awal sangat sebab tempatnya tidak begitu jauh. Lokasinya berhampiran stesyen Beigongmen yang terletak di laluan empat subway Beijing.
Boleh rujuk peta kalau kurang pasti arah mana kedudukan Summer Palace tu.
Di luar stesyen Beigongmen.
Kalau tak larat berjalan bolehlah naik beca.
Pintu masuk dan tempat jualan tiketnya ialah di North Gate.
Tiket masuk 20 yuan saja untuk bulan November hingga Mac. Tiket bulan lainnya ialah 30 yuan. Ada beberapa tiket yang dijual berasingan untuk masuk ke tempat tertentu di dalam kawasan Summer Palace.
Ambil masa tiga hingga empat jam jika ikut laluan yang disediakan dan singgah di beberapa tempat yang dicadangkan. Memang luas sangat kawasan Summer Palace ini.
Melepasi jambatan pertama.
Rupanya pintu gerbang ini yang terdapat di WOW Shenzhen.
Tibetan style temple.
Dari sini terdapat dua laluan untuk ke bahagian tasik yang paling besar. Kami ikut jalan sebelah kanan. Di sepanjang laluan banyak pokok-pokok yang sedang bertukar warna. Tapi kebanyakannya kuning saja.
Laluan ke Tasik Kunming, tasik terbesar.
Di kawasan tepi tasik ini pokoknya lebih meriah tapi tetaplah warna kuning juga. Terima sajalah hakikat yang autumn di Beijing ni tak secantik di negara lain. Dapat melihat daun pokok yang belum gugur sepenuhnya pun dah kira bernasib baik.
Untuk mendapat pemandangan seperti ini, kita terpaksa berjalan mengelilingi Tasik Kunming hingga ke kawasan yang bertentangan. Memang jauh. Lagipun masa kami di sana tebing tasik di seberang pun tak nampak sebab berkabus. (Foto Google)
Ada disediakan bot berbayar bagi yang nak mengelilingi kawasan ini.
Jambatan untuk laluan keluar melalui North East Gate.
Laluan yang kami ikuti tak sampat pun satu perempat dari laluan yang dicadangkan. Itu pun dah lebih satu kilometer jauhnya. Jadi kepada sesiapa yang berhajat nak pusing habis kawasan ini bersedialah dengan kasut yang sesuai dan minyak urut. Rasanya banyak lagi kawasan yang lebih cantik yang boleh kita jumpa jika dapat menghabiskan semua laluan di situ.
Keluar dari kawasan Summer Palace sempat pekena keledek bakar dulu. Sedap dan manis. Harganya cuma 5 yuan sebiji.
belum pernah merasa daun kuning merah lagi
ReplyDeleteBolehlah Kak Jem plan untuk next trip... pergi China ni belanja murah sikit...
Deletemungkin encik mie kena jadi tourguide kikihkih
DeleteKak Jem macam tak biasa pergi obersi pulak... redah saja... In Sya Allah takde masalah...
Deletesaya pernah dating sini dengan fatt(backpacker busuk) masa tahun 2012 lalu
ReplyDeleteCantik juga tempat ini kan DP... fatt dah jadi perantau tegar nampaknya...
Delete**typo- datang
ReplyDeleteDating pun apa salahnya... sesama solo masa tu... hehe
Deletewalaupun kuning je, tetap cantik sbb pemandangan yg jarang2 / tak pernah tengok.
ReplyDeleteJauh jugak nak berjalan tu..mmg tak larat ler!
Kenalah Ujie ke kawasan/negara yang ada autumn satu hari nanti... pasal berjalan tu kalau ikut rentak sendiri... tak masalah sangat...
Deletekeledek bakar tu nampak sedap! saiznya besar pulak tu. biasanya, kalau keledek bersaiz besar, banyak serat (urat serabut) dalam isinya. ke ubi keledek kat malaysia je macam tu?
ReplyDeletebtw, area tasik tu sangat cun..
Keledek kat China ni memang special... dahlah manis halus pulak isinya walaupun jenis besar... Berbaloi dengan harga 5 yuan tu...
DeleteKeledek tu nampak sedap...yummm yummm...bagus juga untuk kesihatan. Memang keledek bakar/rebus selalu dijual di tepi-tepi jalan di Beijing.
ReplyDeleteSaya pernah ke Summer Palace tapi bukan pada musim luruh tapi musim panas...maklum le Summer Palace...musim summer le kan he he he...
Pemandangan di sini sangat cantik dan kecantikannya masih terpelihara sebagaimana dalam entri ini :)
Summer Palace ni terlalu luas...pergi sekali tak boleh habis...kena mengulang 2-3 kali.
Memang sedap dan tiada keraguan sebab cuma dibakar...
DeleteKalau ke sana pada musim panas... rasanya pemandangan kurang menarik dan kalau berjalan jenuh basah ketiak... hehe
Memang sangat luas kawasan Summer Palace ni... kalau singgah semua tempat... mahu seharian untuk jalan kat sini saja...
Pada musim panas pemandangannya cantik juga. Kita boleh lihat banyak bunga teratai terapung-apung di permukaan tasik.
DeleteLagipun mungkin pada musin panas ni tidak berkabus dan bolehlah dapat foto yang cantik...
Deletecantik2 gambar, seronok boleh tengok negara orang
ReplyDeletePuan pun boleh juga... In Sya Allah satu hari nanti...
Deletebesar jg kawasan ni kalau nak berjalan kaki..
ReplyDeletepalace mmg sentiasa menarik tempatnya, suka tengok senibina Cina dan Tibet..
Sangat luas nohas...cantik dan terjaga kawasannya... senibina China memang unik...
DeleteSy msih bkira2 nkpi ke x summer palace ni.sbb mcm xlarattt jer...hehe
ReplyDeleteKalau ada banyak masa boleh saja datang ke sini. Tapi kalau rasa malas apa kata pergi jalan-jalan ke Tianjin naik bullet train...
Deletesedapnya keledek
ReplyDeletesedapnya keledek
ReplyDeleteMemang sedap sesangat KD...
DeleteMasa wa gi dulu tasik tu dah jadi ais dah Mie...dah berubah dah tempatnya ..tapi memang lawa bila gi autumn ni...lawa sungguh pokok kuning tu.. Kami makan jugak keledek bakar tu ...sedapppppppppppppp sangat2.....
ReplyDeleteOwh wa pergi masa winter... rasanya tak berubah, cuma mungkin wa berada di lokasi yang lain. Keledek bakar tu memang sedap, lembut dan laju je masuk ke tekak... hehe
Deletekalo CT nak naaaaik bot kot ehehe.. best la tu PLM.. pokok kuning dalam bnyk2 ijau..
ReplyDeletecuma x dela autumn foliage yg kalerful kan.. ngeh2..
kumpul2 daun then baling.. ohmai =)
3/4 jam nak pusing 1 tempat ni ? uhuk uhuk uhuk..
Betul CT... kawasan Summer Palace ni luas yakamat... memang kena ambil banyak masa untuk cover semua tempat... Kalau naik bot... tak dapatlah nak singgah mana2 tempat menarik kat dalam tu...
Delete