Friday, December 30, 2011

Johor Premium Outlets

Dalam perjalanan balik ke Shah Alam sempat singgah sebentar di pusat membeli-belah yang baru di buka iaitu Johor Premium Outlets. Terletak berhampiran lebuhraya Utara Selatan di susur keluar tol Senai. Jika melalui jalan lama dari Ayer Hitam ke Johor Bahru, boleh ambil susur ke Taman Indahpura selepas bandar Kulaijaya untuk sampai ke sini. Kedudukannya agak terpencil dan masih dikelilingi ladang kelapa sawit.


Johor Premium Outlets di Kulaijaya ini merupakan satu-satunya yang terdapat di Asia Tenggara. Ia merupakan franchise Premium Outlets dari USA. Malaysia adalah negara ketiga di Asia selepas Jepun dan Korea yang mempunyai outlet ini.

Sampai di sini pada jam sebelas pagi, tetapi kawasan parkir sudah hampir dipenuhi. Banyak juga kenderaan dari Singapura. Kebanyakannya tidaklah membeli-belah sangat, mungkin cuma teruja untuk melihat  konsep baru perniagaan dijalankan.


Pusat membeli-belah ini mengamalkan konsep terbuka dari tempat parkir sampai kepada kedai-kedainya. Ia mengambil konsep yang sama seperti di tempat asal ia bermula iaitu di USA.


Kawasan legar di tengah-tengah juga tidak berbumbung. Kawasan berbumbung hanya ada di laluan yang menghubungkan antara kedai-kedai. Bayangkanlah kalau cuaca panas atau hujan.


Terdapat lebih dari lapan puluh  kedai yang menjual barangan berjenama. Tapi masih ada beberapa kedai yang belum memulakan operasi. Sesetengah kedai menyediakan tanda harga dalam ringgit Malaysia dan dollar Singapura.


Ada beberapa kekurangan yang terdapat di sini. Antaranya ialah kurangnya mesin untuk membayar caj parkir. Akibatnya terpaksa berbaris hingga keluar bangunan. Pelik sungguh, hanya terdapat satu mesin saja di lobi utama. Ramai orang yang naik angin apabila pada suatu ketika mesin penerima caj bayaran pula rosak. Nasib baiklah setiap orang di caj dengan kadar rata RM3 saja, dan tidak mengikut tempoh seperti biasanya.

Tandas yang disediakan juga tidak mencukupi. Setiap tandas lelaki dan wanita hanya mempunyai satu unit tandas berpintu saja.

Hanya sempat membeli satu item saja kerana tidak berkeperluan sangat.


Bagi sesetengah outlet yang popular ada yang sanggup berbaris menunggu giliran untuk masuk sebab ada kedai yang mengehadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa untuk mengelakkan kesesakan.


Kami tak lama di sini kerana keadaan yang kurang selesa. Lagipun kami cuba nak mengelakkan kesesakan di lebuhraya kerana ramai yang mula pulang ke Lembah Klang setelah habis bercuti. Seperti dijangkakan kesesakan sudah bermula di kawasan Senawang. Nasib baik kami boleh keluar di persimpangan ke KLIA untuk ke Shah Alam dan sampai ke rumah sebelum malam.  

14 comments:

  1. orang masih excited lagi, thats why ramai kot, am sure once everyone is used to this, the crowd will subside. thanks for the info.. :)

    ReplyDelete
  2. emm sana sini member duk citer psl tpt ni..so far jauh dr rumah saya so takde la teruja sgt nak pegi

    banyak lagi kelemahan yg perlu diperbaiki..biasa la tpt baru.harap2 pihak pengurusan ambil tindakan utk memperbaiki tahap kemudahan di tpt itu..

    ReplyDelete
  3. oooo ini ke rupenya Premium outlet tu...ok..stakat ni belom teruja nak pi. :)

    thanks for the info.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam mie...,

    haritu tak buka lagi....takper next time kena singgah dulu kat ctu sebelum ke JB

    ReplyDelete
  5. tak boleh pegi lagi ni..kene tggu kasik reda dulu. heheh..kalo g skung, sure dh abes size

    ReplyDelete
  6. Lily, biasanya cam tu lah. Takut nanti kalau org dah jemu, lengang je tempat tu..

    ReplyDelete
  7. Irfa, saya pun duk jauh jugak, tapi dah sampai.. hehe

    ReplyDelete
  8. Janggel, kalau membawa diri ke Singapore lagi, boleh singgah sini dulu..

    ReplyDelete
  9. Azmnor, kalau gi jangan lupa bawak rombongan kak Bedah kao tu...

    ReplyDelete
  10. John, cuti akhir tahun ni, boleh je pecut jap ke sini. YES pun masih berjalan...

    ReplyDelete
  11. ohh..ni lah JPO yg org sibuk2 tu.
    harga mmg rendah ke??

    ReplyDelete
  12. Ujie, harga di Outlets biasanya memang lebih rendah berbanding di kedai yang sama di kompleks beli-belah. Masa YES ni ada diskaun lagi...

    ReplyDelete
  13. Selamat Tahun baru 2012 buat Abang Mie sekeluarga. Semoga bertambah suksess dlm bidang yg diceburi.

    ReplyDelete
  14. Selamat Tahun Baru 2012 juga buat Cikgu Matsom. Moga bisnesnya makin maju...

    ReplyDelete