Monday, January 9, 2012

Jalan-jalan ke Kota Singa 2

Dari stesyen MRT Raffles Place kami mengambil East West Line untuk ke stesyen Bugis yang terletak dua stesyen saja dari Raffles Place. Waktu sudah menghampiri jam dua petang, jadi kami bercadang terus ke kawasan Masjid Sultan untuk makan dulu.

Berhampiran Stesyen MTR Bugis

Di hadapan Masjid Sultan ini terdapat sebaris restoran. Pada mulanya kami bercadang nak makan di Restoran Zam Zam, tapi tak ada tempat duduk. Terus pergi ke Victory Restaurant, bahagian bawah penuh juga. Kami diarah naik ke bahagian atas kerana ada tempat kosong dan keadaannya lebih selesa kerana ada air-cond.

Sebaris kedai di hadapan Masjid yang menempatkan beberapa buah restoran

Hidangan utama di sini tentulah nasi beriani. Ramai juga pelancong asing makan di sini. Hidangan lauknya juga berbaloi. Nasi beriani ayam ini harganya SGD6, lebih kurang RM15 sahaja sepinggan. Memang di cadangkan makan di sini kepada sesiapa yang jalan-jalan ke Singapura.

Sangat menyelerakan, lebih-lebih lagi semuanya memang sudah kelaparan.

Selesai makan kami ke Masjid Sultan untuk menunaikan kewajipan. Walaupun Masjid ini adalah antara yang tertua di Singapura, tapi keadaan luaran dan dalamannya kelihatan sangat cantik dan terjaga. Masjid ini juga telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong ke Singapura.

Bahagian dalam Masjid dengan kipas-kipas besar berbilah sepuluh.

Masjid Sultan dari pelbagai sudut.

Masjid Sultan adalah masjid yang bersejarah dan terletak di Kampong Glam. Nama kampong ini adalah berasal dari nama pokok yang banyak di Singapura pada waktu dulu iaitu pokok Gelam. Selain Masjid Sultan, di sini juga terdapat Istana Kampong Glam dan juga Taman Warisan Melayu.

Sempat menyambar sedikit buahtangan di sini

Di bahagian belakang Masjid terdapat banyak kedai-kedai menjual barangan cenderamata. Terdapat juga beberapa buah restoran daripada pelbagai negara. Kalau nak beli fridge magnet, key chain atau T-shirt cari saja di sini kerana harganya lebih murah berbanding di tempat lain.

Antara bangunan lama di sekeliling kawasan ini

Banyak bangunan lama di sekitar kawasan Masjid ini. Boleh dikatakan semua bangunan di sini dibina ketika zaman pemerintahan British. Semuanya sudah dibaikpulih dan diselenggara dengan baik dengan mengekalkan keadaan asalnya.

Sangat berdisiplin, tidak melintas walaupun tiada kenderaan

Kami keluar dari kawasan ini untuk ke Bugis Street yang terletak tidak jauh dari stesyen Bugis. Orang terlalu ramai pada waktu ini, maklumlah cuti panjang. Untuk melintas jalan pun perlu beberapa kali bertukar lampu baru dapat melintas.

Bas super panjang di Victoria Street

Kesibukan di hadapan Bugis Shopping Street 

Oleh kerana keadaan yang amat tidak selesa, kami masuk sekejap saja ke Bugis Shopping Street.  Di dalam tempat ini barang-barang yang dijual kebanyakannya adalah cenderamata dan pakaian. Nasib baik dah beli semasa di Masjid Sultan.  

Kami ambil keputusan beredar dari sini untuk ke Orchard Road yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya. Bagaimana pula keadaan di sana?

Lagi sesak

Keadaan Di Orchard Road juga serupa, malah lebih sesak. Jalan utama di sini ditutup sempena perayaan Hari Krismas. Pusat membeli-belah dibuka seperti biasa, tapi juga dipenuhi oleh orang ramai. Kami tak lama di sini dan ambil keputusan pulang ke JB. Lagipun semua sudah keletihan sebab agak jauh menapak. Cuaca juga tidak begitu baik.

Nampaknya tidak banyak tempat yang dapat disinggahi untuk tempoh sehari. Rasanya macam kena mengulang lagi ke Singapura dilain masa.

12 comments:

  1. Salam Mie..,

    nanti buat AR dgn Gang pulak kenalah plan betul-betul... hehehehe

    ReplyDelete
  2. azmnor, takde masalah. Kalau stay kat sana lagi bagus. Tapi apakah agendanya...

    ReplyDelete
  3. akk teringilah jalan2 mcm nih..dari JB ke Spore naik bas...pastu jalan2..lg best kan?..

    ReplyDelete
  4. panjangnya bas tu...mcm dua bas je.

    ReplyDelete
  5. CT, memang best, sbb banyak tempat boleh explore. Cubalah, tak jauh mana pun.

    Perasan mcm gi obersi pulak, padahal kat seberang je... :)

    ReplyDelete
  6. Ujie, mmg panjang bas tu. Di bhg tengahnya bersambung mcm LRT. Kat sana boleh dibuat bas sebegini sbb jlnrayanya lebar.

    ReplyDelete
  7. Ramainya orang.....rasa tak sesuai bawak budak ngan orang tua kat sini kan ?..

    ReplyDelete
  8. Wa, orang ramai sbb cuti Krismas. Kalau hari minggu biasa rasanya taklah seramai itu.

    Kalau bawa budak kecil atau org tua pun OK, sbb bila naik MRT, biasanya diaorg akan bagi tmpt duduk, tak mcm kat sini. Diaorg sgt berdisiplin...

    ReplyDelete
  9. nasi beriani tu mmg nampak menyelerakan, tapi 15 hinggit sepinggan ya... adeh...

    ReplyDelete
  10. AieSha, harga camtu kalau kat sana dah kira OK sbb dia orang mana ada sumber makanan, semua kena import...:)

    ReplyDelete
  11. singgah n follow..nice entry..kalu free bole visit baitijannatijamilah.blogspot.com..we share the same hobby ;-)

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...