Wednesday, November 30, 2011

Shenzhen, Hong Kong dan Macau Pt 7

Hong Kong ke Shenzhen

Pagi ini kami keluar pagi sedikit kerana hendak ke Shenzhen semula selepas tiga hari berada di Hong Kong. Seperti biasa, ambil MTR dari Tsim Sha Tsui, tukar train di Yau Ma Tei dan tukar lagi untuk ke Kowloon Tong dan seterusnya ke Lo Wu di sempadan Hong Kong dan China.

Semasa perjalanan ke Lo Wu, train yang kami naiki berhenti di satu stesyen. kerana train tersebut akan berpatah balik ke town. Kami yang tak dengar sangat pengumuman yang dibuat, selamba je duduk kerana semasa pergi ke HK tiga hari sebelumnya tak perlu tukar train pun. Nasib baik ada sorang Amoi di situ yang tolong beritahu. Kalau tak, tentu buang masa saja berulang-alik kat atas landasan.

Keluar dari stesyen Lo Wu untuk menuju ke imigresen China di Luo Hu.

Urusan di kaunter imigresen agak lancar dan tiada apa-apa masalah. Dari sini kami bercadang untuk ke hotel dahulu walaupun masih agak pagi untuk check in. Mungkin hari itu hari yang baik buat kami kerana dibenarkan untuk check in walaupun baru jam sebelas pagi. Kami menginap di Shenzhen Muslim Hotel yang kedudukannya tidak begitu jauh dari stesyen Luo Hu. Kami berehat seketika sebelum ke destinasi seterusnya. Tak boleh nak berehat lama kerana kami di sini cuma satu malam saja.


Hotel setinggi lapan tingkat ini menyediakan ruang solat di tingkat paling atas yang juga berfungsi sebagai masjid. Di bahagian bawahnya terdapat beberapa buah restoran makanan halal China dan Timur Tengah. Ada juga kedai menjual daging halal untuk kemudahan penduduk setempat.

Kami makan di restoran yang ada di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Windows of The World.  Sedap dan sesuai dengan selera orang kita.

Windows of The World

Selesai makan kami terus bergerak ke Windows of The World (WOW). Ada beberapa cara untuk ke sini. Jika nak naik Shenzhen Metro boleh ke stesyen yang terdekat iaitu di Lao Jie dengan teksi. Kita juga boleh ambil teksi terus ke sana. Tambang teksi di Shenzhen agak murah berbanding di Hong Kong. Lokasi WOW terletak berhampiran stesyen Shi Jie Zhi Chuang dengan pintu keluar masuknya yang berbentuk piramid berada betul-betul  di hadapan taman ini.

Di luar kawasan WOW

Kawasan WOW ini agak luas. Kita boleh memilih cara untuk melawat keseluruhan kawasan ini sama ada menyewa basikal, naik tram atau monorail. Kami memilih untuk jalan kaki saja.

Antara foto model bangunan dan binaan yang sempat diambil..
Kawasan Asia

Kawasan Eropah

Dalam kawasan WOW terdapat juga permainan yang boleh di sertai seperti yang terdapat di mana-mana taman tema.  Cuaca hari itu agak panas berbeza dengan di Hong Kong. Ada tempat yang terpaksa dilangkau kerana kurang menarik. Bagi sesiapa yang berminat dengan fridge magnet, beli saja di sini kerana agak sukar untuk mendapatkannya di luar.

Agak berbaloi masuk ke WOW, cuma sayangnya tiada satu model pun dari negara kita. Mungkin semasa taman ini dibina menara berkembar Petronas belum siap lagi.

13 comments:

  1. Wow menariknya WOW tu! Tak pernah tau pulak tempat tu wujud..kiranya macam taman tema yg penuh dengan miniature replica world famous spot la eh.
    Best.

    ReplyDelete
  2. i penah baca nih... but tak ramai kawan cover... was wondering worth it tak sbb i gi hk selalu gak (ala2 balik kampung gitus).

    diarang ada snoopy world, gi dak?

    ReplyDelete
  3. uiii best nye abg mie.. bile la nk pegi ni.. aha

    ReplyDelete
  4. salam mie..,

    WOW.....memang best giler....bila lagi nak sampai ni...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Janggel,
    WOW ni dah lama wujud, mungkin kurang publisiti. Tapi WOW ni tak lah se gah taman tema yang lain2 tu...

    ReplyDelete
  6. Lily,

    Berbaloi juga kalau pergi sini, tapi carilah musim yg sejuk sikit, baru selesa nak menapak kat dlm taman ni...

    ReplyDelete
  7. Kemang,

    Set betul2 tarikh kuliah tu baru booking, nanti boleh lah gi sana... kalau x bazir je.. :)

    ReplyDelete
  8. azmnor,

    Masukkan dalam senarai wishlist, satu hari nanati sampai juga... :)

    ReplyDelete
  9. Nak tanya, duduk di Muslim Hotel tu, 1 malam berapa ratenya??

    ReplyDelete
  10. Princesslavender, masa tu ratenya RM100 shj semalam sbb weekdays. Kalau weekends mungkin lain harganya.

    ReplyDelete
  11. nak tanya, dekat shenzhen dengan hong kong pakai currency yang sama ke? HKD atau lain2?

    ReplyDelete
  12. Yuslin, di Shenzhen guna Chinese Yuan di HK guna HKD. Kalau di Macau boleh guna HKD atau MOP sbb nilai tukarannya sama.

    ReplyDelete
  13. SALAM.
    nak tanya, visa masuk shenzhen boleh buat dkt border ke?
    brapa cost visa dia ek?

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...