Saturday, December 18, 2010

Semporna

Bandar Semporna adalah salah sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Tawau. Majoriti penduduk di bandar ini adalah berketurunan Bajau. Bandar ini menjadi tempat persinggahan popular kerana terdapat beberapa buah pulau yang menarik yang menjadi tempat paling digemari oleh penyelam skuba. Salah satu daripadanya ialah Pulau Sipadan yang diiktiraf antara pulau yang mempunyai pemandangan dasar laut yang tercantik di dunia.


Jeti utama di bandar Semporna terletak berhampian dengan pasar besar. Jeti ini merupakan pangkalan untuk membawa penumpang ke pulau-pulau berhampiran terutamanya ke Pulau Bum Bum yang didiami ramai penduduk. Pada masa akan datang jeti ini mungkin menjadi kurang sebuk kerana kerajaan telah merancang untuk membina jambatan menghubungkan Semporna dan Pulau Bum Bum.



Sebahagian kawasan pembangunan baru bandar Semporna di mana terdapat banyak hotel-hotel bajet dan syarikat yang menjalankan aktiviti skuba diving. Pelancong-pelancong asing lebih suka menginap di sini.



Masjid Bandar Semporna terletak tidak begitu jauh daripada jeti dan dapat dilihat dengan jelas dari Dragon Inn. Di Semporna juga terdapat satu-satunya hotel yang bertaraf tiga bintang yang kedudukannya berhampiran dengan Dragon Inn.

4 comments:

  1. Wah...bestnya...bila agaknya nak kesana...

    ReplyDelete
  2. CT, kalau nak pergi buatlah plan awal-awal. Kalau Cik Asiah ada offer cpt2 booking flight. Sementara nak sampai masa sempat juga kumpul bajet. Mcm saya, tahun dpn sudan pun booking utk 3 lokasi percutian. Hehe..

    ReplyDelete
  3. gambar scuba centre tu terbaik mie....nais one bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar pun tak sharp, kamera cap ayam je... :D

      Satu lagi tempat saya rekomen untuk pergi, Semporna dan pulau sekitarnya. Berbalui-balui....

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...