Monday, July 5, 2010

Taman Alam

Taman Alam Kuala Selangor adalah merupakan satu taman alam semulajadi yang dapat memberikan pengunjung pengalaman tentang flora dan fauna yang terdapat di kawasan tanah lembab. Antara hidupan yang banyak di sini ialah burung-burung tempatan dan juga burung penghijrah terutama apabila musim panas di hemisfera utara. 

Saya sekeluarga datang ke sini tanpa dirancang. Untuk ke sini adalah lebih baik berkasut sukan dan berlengan panjang kerana  nyamuk agak banyak terutama  pada peringkat pertama sebelum menghampiri kawasan menara tinjau. Kawasan yang seluas lebih 200 hektar ini mengambil masa yang agak panjang untuk mengelilinginya. Kami hanya sempat ke sebahagian kawasan sahaja. Jika ke sini jangan lupa untuk membawa teropong untuk melihat burung-burung daripada menara tinjau yang disediakan.

Caj yang dikenakan ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM1 untuk pelajar dan kanak-kanak.





4 comments:

  1. area mana ya taman alam ni? sy rajin gk ke kuala sgor...

    ReplyDelete
  2. CT, Taman Alam ni kat sebelah kaki Bukit Melawati. Amik jalan sebelah kiri sebelum jalan naik ke bukit, tak jauh ke dlm, lebih kurang 500m je.

    ReplyDelete
  3. ni pun kena pergi gak.....dulu tu pergi bukit melawati tu jer.... tunggu....

    ReplyDelete
  4. Kekadang kita tak sedar ada tempat-tempat menarik berhampiran dgn kita. Kalau nak menginap di stu pun boleh sbb banyak jenis chalet ada disediakan.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...