Hari ini adalah hari perjalanan saja. Berlepas dari Srinagar airport ke Delhi sepatutmya pada jam sepuluh pagi tapi dilewatkan kepada jam sebelas pagi. Penerbangan hanya mengambil masa sejam lebih saja. Kali ini kami menaiki penerbangan Spicejet. Sampai di Delhi airport ada agen yang telah siap menunggu. Terus dibawa ke restoren untuk makan tengah hari dan untuk bersolat. Selepas itu baru perjalanan diteruskan untuk ke bandar Agra yang mengambil masa lebih empat jam. Sampai di Agra menjelang malam.
Thursday, January 4, 2024
Monday, December 18, 2023
Kashmir - Trip Pre Winter
Ini adalah trip pakej. Sejak dah berumur ni malas dah nak membuat itinerari sendiri. Lagipun banyak tempat yang nak di lawati dan jaraknya agak jauh antara satu dengan yang lain. Mula-mula nak pergi masa musim autumn iaitu dalam bulan Oktober tapi travel agent yang kami ikuti dah penuh. Pilihan lain kami ambil ialah trip pre winter sebab ada sebahagian dalam kumpulan kami yang nak pergi sangat. Kesian pula kalau dibatalkan. Pada mulanya ada seramai dua belas orang peserta tapi dua keluarga menarik diri atas alasan nak buat rawatan doktor dan satu keluarga lagi terlibat kemalangan.
Oleh kerana cuma tinggal enam orang saja yang pergi, travel agent tidak sediakan tour leader sebab mungkin tak ekonomik. Jadi salah seorang dari ahli kumpulan kami secara sukarela menjadi tour leader tak berbayar. Semua dokumen yang diperlukan diserahkan kepadanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berlepas jam enam petang dan sampai lebih lima jam selepasnya.
Thursday, November 9, 2023
Bukittinggi dan Padang, Sumatera Barat
Ini adalah birthday trip sempena ulangtahun kelahiran yang ke xx pada bulan Oktober 2023 lepas. Kali ini ambil pakej saja kerana jalan perhubungan di sini agak sukar. Jadi kita rilek-rilek saja. Berlepas jam 7.45 pagi dan sampai di Padang jam 7.55 pagi. Cepatnya lima minit dah sampai. Taklah secepat itu kerana perbezaan masa antara Malaysia dan Sumatra Barat ialah satu jam.
Kita layan foto-foto saja untuk trip kali ini sebab memang sekarang ni semakin malas nak memblog. Ada banyak tempat persinggahan untuk tujuan membeli hasil-hasil kerja masyarakat di sini tapi kita skip saja fotonya untuk kali ini.
Saturday, August 26, 2023
Kota Kinabalu - Kundasang
Tapi tak adanya berlepas jam 9.20 malam sebab pesawatnya lambat sampai. Akhirnya jam 10.00 malam lebih barulah dapat berlepas dan sampai di Kota Kinabalu pada jam hampir 12.30 pagi. Nasib baik pemilik kereta yang telah dipesan sanggup menunggu di kawasan ketibaan awal-awal pagi tu. Begitu begini kitaorang sampai di hotel penginapan menghampiri jam 2.00 pagi. Tidur lebih kurang tiga jam dah kena bangun sebab subuh di KK ialah pada jam lima pagi.
Wednesday, March 22, 2023
Bangkok Sepintas Lalu
Rancangan asal cuma nak pergi ke Hat Yai saja, tapi anak yang nak ikut trip ini cakap dia dah selalu ke sana sebab dulu belajar di Perlis. Dia cadang pergi saja ke Bangkok sebab dia pun belum pernah ke sana. Jadi kita ikutkan saja. Dapat tiket yang agak murah walaupun tempoh booking yang agak singkat.
Dapat tiket pada jam 6.50 pagi jadi jam empat pagi dah terpaksa bergerak untuk ke Klia2. Walaupun masih awal pagi tapi Klia2 sekarang dah semakin meriah. Berlepas ikut waktu tapi sampai di Bangkok masih terasa masih pagi sangat kerana waktu di Thailand sejam lewat dari Malaysia.
Berlengah-lengah dulu di airport sambil mencari sim card. Selesai semuanya barulah bergerak ke hotel untuk tinggalkan beg. Boleh check in dan dapat nombor bilik tapi kena tunggu jam tiga petang untuk masuk.




