Monday, January 6, 2025
Austria - Hallstatt
Friday, December 27, 2024
Jerman - Neuschwanstein Castle
Antara tempat menarik lain yang dibawa ialah ke Neuschwanstein Castle yang dikenali juga sebagai Istana Disney. Merupakan istana kurun ke 19 yang terletak di kaki bukit pergunungan Alps di selatan Jerman. Kawasan ini di kelilingi oleh beberapa buah tasik. Istana ini adalah istana persendirian Raja Jerman pada suatu ketika dulu. Selepas kematiannya istana ini dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.
Istana ini menjadi ilham kepada Walt Disney di mana senibina yang hampir serupa dibina di dalam taman tema Disneyland.
Wednesday, December 18, 2024
Jerman - English Garden
Hari ini TL ajak kami menaiki kenderaan awam. Dari hotel menapak 200m saja ke stesyen tram terhampir. Sambung pula dengan bas untuk sampai ke English Garden, Kota Munich. Tiket sudah dibeli secara dalam talian untuk kumpulan kami. Cuma tunjukkan QR code saja bila diminta oleh pemeriksa tiket. Tahap kepercayaan dia orang sangat tinggi. Kalau ada yang menipu memang tiada siapa tahu, tapi kalau kantoi tinggi dendanya.
Sepanjang berada di Jerman cuaca agak cerah dengan suhu antara kosong hingga lapan darjah Celcius. Kami kira bernasib baik kerana daun-daun pokok belum luruh keseluruhannya dan masih cantik.
Sunday, December 1, 2024
Alps Grand Tour - Jerman | Austria | Switzerland
Ini adalah trip pakej untuk tiga negara; Jerman, Austria dan Switzerland. Bagi kami yang dah bertaraf warga emas ini memang dah malas nak memikirkan tentang itinerary, pengangkutan, tempahan hotel dan sebagainya. Trip akhir musim luruh ini kami jangkakan belum ada salji lagi. Tapi jangkaan kami salah kerana pada hari keempat salji mula turun dengan lebatnya hampir di semua tempat yang kami pergi. Nasib baik pakaian yang dibawa mencukupi untuk menahan kesejukan. Suhu terendah dirasai ialah -16 C.
Oleh kerana ketiga-tiga negara berada di bawah perjanjian Schengen maka urusan keluar masuk negara sudah tidak lagi melalui imigresen. Trip kami pun banyak keluar masuk sempadan tapi semuanya berjalan lancar. Jerman dan Austria menggunakan matawang Euro manakala Switzerland guna Swiss Franc. Kami hanya tukar wang Euro saja dan bila di Switzerland kami guna kad kredit dan debit.
Pakej 9H 7M ini di ambil dari Jejak Vacation Networks. Penerbangan dengan Turkish Airlines. Perjalanan pergi (KUL - IST - MUC) dan balik (ZRH - IST - KUL).
Monday, November 11, 2024
Autumn di Nami Island
Trip ini sepatutnya berlepas pada tahun 2020 tapi disebabkan kobit ianya telah dibatalkan oleh AA. Lama juga kami menunggu AA untuk memulangkan tambang tiket yang telah dibeli. Pada mulanya Pak Tony macam berkeras tak mahu membayar balik tapi setelah banyak desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak akhirnya pada tahun 2023 kami berjaya mendapatkan nilai penuh tiket tersebut.
Kami memilih untuk gunakan nilai kredit yang dipulangkan untuk perjalanan pada tahun 2024 iaitu pada musim luruh. Semua ahli rombongan bersetuju walaupun harga tiket sudah naik sekali ganda. Trip ini ialah trip rakan sekerja seramai tujuh orang.
Sampai di Incheon Airport pada jam 6.30 pagi. Selepas membeli kad T-Money dan mengisi Simkad kami teruskan perjalanan untuk ke hotel. T-Money boleh dibeli di Nice to CU di luar kawasan ketibaan Incheon Airport.




