Dari Penanjakan pak supir bawa kami ke kaki Gunung Bromo pula. Matahari pun sudah mula meninggi dan terasa perubahan suhu secara mendadak.
Jeep yang bawa kami berhenti agak jauh dari kaki gunung. Dari kawasan ini perjalanan mesti diteruskan sama ada dengan berjalan kaki atau menunggang kuda. Pakej yang kami ambil termasuk sekali aktiviti menunggang kuda.
Pak, kenapa jeepnya berhenti di sini, tidak di kaki gunung, tanya kami. Pak Supir jawab, di sini kami mengamalkan konsep berkongsi rezeki.
Maknanya dari tempat parkir jeep, trip seterusnya diambilalih oleh kuda pula. Agak jauh juga jaraknya, lebih dari satu kilometer.

Tempat terakhir jeep.