Jam enam pagi kami semua check out dari Backpackers in Jeju Hostel untuk ke airport. Elok je cuaca hari ini. Sempat bersarapan kenyang-kenyang dulu di sini. Jumpa lagi dengan kumpulan cikgu semalam. Dua hari berturut-turut hanya kumpulan kami berdua je yang memenuhkan ruang makan di situ. Yelah diaorang mana nak bangun pagi sangat macam kita.
Thursday, April 24, 2014
Monday, April 21, 2014
Busan dan Jeju : Part 4 - Jeongbang Waterfall Cheonjiyeon Waterfall dan Chocolate Museum
Hari ini destinasi kami ialah ke beberapa tempat tarikan yang ada di kawasan Seogwipo, selatan Pulau Jeju. Cadangannya hendak pergi ke seberapa banyak tempat, tapi tak kesampaian. Hujan yang berterusan menyebabkan kami pulang awal. Pastu ada pulak lokasi yang cuba dicari guna GPS tak ada dalam rekod. Macam tak di update alat GPS tu rasanya.
Jalan pun agak berkabus. Jadi kepada sesiapa yang hendak ke sini, dicadangkan sewa je van dengan pemandu. Lebih mudah dan boleh cover banyak tempat. Kalau grup yang ramai, taklah tinggi mana kosnya.
Jalan pun agak berkabus. Jadi kepada sesiapa yang hendak ke sini, dicadangkan sewa je van dengan pemandu. Lebih mudah dan boleh cover banyak tempat. Kalau grup yang ramai, taklah tinggi mana kosnya.
Lokasi pertama, Jeongbang Waterfall.
Tuesday, April 15, 2014
Busan dan Jeju : Part 3 - Trick Eye Museum dan Seongeup Folk Village
Dari Seongsan, kami singgah di ladang bunga Canola yang banyak terdapat di sepanjang jalan keluar dari sini. Bayaran dikenakan sebanyak seribu won setiap orang. Sebenarnya ada je lokasi yang tak berbayar tapi dah terberhenti di sini, bayar sajalah.
Seed dari bunga ini boleh di jadikan minyak untuk masakan.
Friday, April 11, 2014
Busan dan Jeju : Part 2 - Seongsan Ilchulbong
Pagi ini kami check out dari Jeju December Hotel dan terus menuju ke Kumho untuk mengambil kereta yang telah di booking. Prosesnya cepat saja. Yang penting tunjukkan kad permit memandu antarabangsa, passport dan slip booking. Pembayaran adalah menggunakan kredit kad saja.
Masa mengambil kereta rekodkan mana-mana bahagian badan kereta yang calar, kemek dan sebagainya supaya tak ada masalah masa memulangkannya nanti.
Lupa pulak nak ambil foto di persekitaran syarikat Kumho ni.
Bacalah banyak-banyak doa supaya diselamatkan perjalanan kita di sepanjang berada di sana, maklumlah left hand drive. Bagi yang dah biasa tu mungkin tak ada masalah.
Jangan lupa catat nombornya kerana banyak sangat kereta yang serupa. Terlalu kurang kereta import kat Jeju ni.
Monday, April 7, 2014
Busan dan Jeju : Part 1 - The Trip
Walaupun flight kami berlepas pada jam 8.40 pagi tapi kami sudah sampai di LCCT pada jam 5.30 pagi lagi. Letak kereta di sebelah Tune Hotel yang cajnya RM16 sehari. Kena caj sebanyak RM89 untuk tempoh 6 hari. OK lah tu, kalau ambil teksi pun kena hampir seratus ringgit juga untuk pergi balik.
Sistem autogate pemeriksaan passport untuk warganegara Malaysia sangat membantu kelancaran di imigresen.
Subscribe to:
Posts (Atom)
