Trip yang tidak dirancang. Seorang anak yang tinggal bersama di rumah ada beritahu yang dia akan menyertai Company trip ke Yunnan. Seminggu sebelum dia berlepas, anak yang tua pula beritahu yang dia nak ke Merang, Terengganu pada tarikh yang sama. Jadi kami mengendenglah nak join sama. Dia OK saja, cuma chalet yang di tempah dah penuh untuk tempoh tersebut. Nasib baik ada ada lagi chalet lain yang masih kosong. Tak ada masalah pun sebab tak jauh mana dari chalet dia. Yang penting dapat jalan-jalan.
Jalan-Jalan
Friday, May 23, 2025
Terengganu : Besut dan Setiu
Wednesday, February 19, 2025
Kuantan : Staycation sebelum puasa
Ada tak sesiapa di sini yang pernah tersalah tarikh semasa membuat tempahan hotel? Ini yang terjadi kepada kami sekeluarga. Selepas dah dapat tarikh yang dipersetujui semua iaitu pada tempoh cuti sekolah, tempahan pun dibuat. Legalah dah dapat tempat penginapan. Dua hari sebelum bertolak, tergerak untuk menyemak tentang bayaran kepada pihak hotel. Ini disebabkan tiada tolakan daripada CC seperti biasanya iaitu beberapa hari sebelum mendaftar masuk. Rupanya tersalah bulan walaupun tarikh dah harinya adalah sama. Faktor usialah ni agaknya. Nasib baik masih boleh dibuat pembatalan.
Trip mesti diteruskan kerana masing-masing dah ambil cuti. Banyak hotel yang dah habis ditempah masa cuti sekolah ini. Akhirnya kami dapat buat tempahan di Zenith Hotel Kuantan. Hotel yang terpaksa dibatalkan adalah Swiss Belhotel di Tanjung Lumpur. Hotel ini jadi pilihan utama kerana ada kolam renang yang luas seakan water park dan kedudukannya di tepi laut dan banyak kedai makan berhampirannya.
Monday, February 3, 2025
Switzerland - Mount Titlis | Lucerne | Zurich
Tempat lawatan terakhir hari ini ialah ke Mount Titlis di Engelberg serta bandar Lucerne untuk membeli sedikit barangan kerana esok paginya memang dah tak ke mana-mana dan terus bergerak ke airport Zurich. Salji semakin menebal di sekitar hotel.
Friday, January 31, 2025
Switzerland - Iseltwald | Lauterbrunnen | Interlaken
Bangun pagi salji dah mula menebal di sekeliling hotel. Tak perasan pun bila turunnya salji malam itu. Perjalanan ke Iseltwald masih boleh menggunakan jalan biasa iaitu jalan yang agak lebih dekat. Selepas itu langsung ke Lauterbrunnen dan Interlaken. Tapi perjalanan baliknya, jalan itu dah tak boleh dilalui kerana salji terlalu tebal. Jalan alternatif ialah melalui bandar Bern yang jaraknya dua kali ganda jauhnya.