Monday, March 28, 2016

Trip Kansai Area Pt 7 - Nara Park

Hari ini kami check out hotel di Kyoto untuk ke Nara. Dua malam di Kyoto rasanya memang tak cukup. Banyak lagi tempat yang kami tak sempat pergi. Hari ini cuaca agak baik dan kami keluar dari hotel pada jam sembilan pagi untuk mengelakkan bersesak dengan rakyat diaorang yang nak pergi kerja. Lagipun Nara ni tak jauh sangat dari Kyoto.

Selamat tinggal Kyoto Tower.

Sunday, March 20, 2016

Trip Kansai Area Pt 6 - Fushimi Inari

Masih lagi hujan dan perjalanan terpaksa juga diteruskan. Destinasi terakhir kami hari ini ialah Fushimi Inari Taisha yang terletak berhampiran stesyen Inari. Dari sini kami ambil Keihan line dan berhenti di stesyen Tofukuji utuk bertukar ke JR Nara line. Kena ingat, Fushimi Inari terletak berhampiran stesyen Inari bukan di stesyen Fushimi Inari di Keihan line.

Tujuan ke sini ialah hendak melihat deretan ribuan tori gate yang di susun rapat-rapat antara satu dengan yang lain.

Stesyen subway Jingu Marutamachi.

Monday, March 14, 2016

Trip Kansai Area Pt 5 - Rose Cafe | Kyoto Islamic Center

Lama juga kami di Nijo Castle rupanya. Tak sedar dah hampir jam dua petang. Dari sini kami ambil teksi yang sentiasa ada menunggu di pintu keluar Nijo Castle untuk ke Rose Cafe di Kawaramachi Dori. Sekejap dah sampai sebab ikut jalan pintas. Tambangnya cuma 990 yen. Lokasinya tak begitu jauh, tapi kalau guna subway terpaksa bertukar sekali baru sampai. Itu pun terpaksa berjalan sejauh hampir setengah kilometer. 

 Rose Café... berhampiran lampu isyarat. Lorong di sebelah van biru terletaknya Kyoto Islamic Center.

Monday, March 7, 2016

Trip Kansai Area Pt 4 - Nijo Castle

Dari Arashiyama kami bergerak ke stesyen Nijojomae untuk ke Nijo Castle. Castle ini ditutup mulai 26/12 hingga 4/1 setiap tahun mengikut risalah yang kami dapat. Juga ditutup pada hari Selasa dalam bulan Januari, Julai, Ogos dan Disember. Jadi kira bernasib baik jugalah dapat masuk ke sini. Dibuka mulai jam 8.45 pagi hingga 5.00 petang dan kemasukan terakhir pada jam 4.00 petang.

 Lokasinya betul-betul di hadapan pintu keluar subway.