Tuesday, January 19, 2016

Autumn in Beijing Pt 10 - Panda House

Dari Fragrant Hill kami bergerak pula ke Beijing Zoo. Beijing Zoo terletak berhampiran Beijing Zoo Station di laluan 4. Keluar ikut pintu A dan jalan ke bahagian kiri. Sampai di sini dah hampir jam tiga petang. Tujuan kami ke sini cuma nak melihat beruang panda saja kerana kami perlu sampai di Masjid Dongsi sebelum masuk waktu maghrib. Bahagian lain dalam zoo ini memang kami tak pergi. Tiket masuknya agak murah cuma 14 yuan.

Pintu masuk Zoo Beijing.

Tuesday, January 12, 2016

Autumn in Beijing Pt 9 - Fragrant Hill

Hari ini hari terakhir kami di bumi Beijing. Penerbangan baliknya agak lewat iaitu pada jam 2.30 pagi. Tak banyak tempat yang kami nak pergi hari ini. Jadi pagi ini baru sibuk berkemas barang-barang kerana terpaksa check out hotel sebelum bergerak keluar.

Jam sepuluh kami keluar selepas siap-siap simpan beg di stor hotel dan destinasinya ialah Fragrant Hill atau Xiangshan. Untuk ke sini laluan subwaynya sama macam nak pergi ke Summer Palace iaitu berhenti di stesyen Beigongmen di laluan empat. Dari sini perjalanan diteruskan dengan menaiki bas. Perhentian basnya terletak bertentangan dengan pintu keluar stesyen Beigongmen di seberang jalan.

Tempat berbaris khas untuk ke Fragrant Hill bagi bas bernombor 331 dan 696.

Monday, January 4, 2016

Autumn in Beijing Pt 8 - Silk Street | Masjid Dongsi | Restoran Halal

Dari Masjid Niu Jie kami teruskan perjalanan untuk ke Silk Street pula. Sebenarnya Silk Street ni adalah sebuah pusat beli belah yang bersambung dengan stesyen Yoganli di laluan satu. Ikut exit A untuk ke sini. Silk street ini boleh dianggap sebagai pusat beli-belah yang agak standard dan yang datang ke sini kebanyakannya adalah orang asing. Walaupun namanya Silk Street, tapi ada banyak kedai lain yang menjual pelbagai jenis barangan.

Laluan untuk ke Silk Street dari stesyen Yoganli.