Wednesday, October 28, 2015

Panggilan Pulau Pt 3 - Selamat Tinggal Redang

Trip 3H2M ni memang tak puas. Kalau dapat seminggu baru OK agaknya.

Pagi tu selepas sarapan pagi sempat lagi meronda-ronda di sepanjang pantai sebelum check out. Feri akan datang pada jam sebelas pagi. Jadi kami diminta untuk check out pada jam 10 pagi dan berkumpul di hadapan chalet. Traktor digunakan untuk membawa tetamu ke satu tempat berkumpul berhampiran kawasan feri berlabuh.
 
Antara hotel yang ada di Pulau Redang.

Wednesday, October 21, 2015

Panggilan Pulau Pt 2 - Berjimba di pulau

Kat Redang ni jangan risau soal makan. Memang disediakan dalam pakej. Makan empat kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Di Redang Lagoon ini tak ada café atau tempat makan di luar waktu makan. Tapi kalau rajin meronda sepanjang pantai kita boleh jumpa kopitiam dan mini market yang menjual makanan. Jadi kalau ke sana tak payahlah bawa barang makanan sangat.

Hari ini ada dua trip snorkeling iaitu di kawasan Taman Laut dan di laut terbuka. Sebenarnya bukan laut terbuka sangat pun, cuma airnya agak dalam supaya kita tak terpijak batu karang. Tempat snorkeling laut terbuka yang kami terlepas semalam berlainan dengan trip hari ini.

Peralatan snorkeling boleh di sewa dari chalet ini. Life jaket RM10 dan goggle juga RM10. Bagi goggle yang ada power cajnya RM30 setiap satu. Boleh gunakan sepanjang kita berada di sana.

Tempat berkumpul untuk snorkeling trip di hadapan chalet. Bawa sekali tiket Taman Laut yang di beli di jeti Shahbandar semalam.

Tuesday, October 13, 2015

Panggilan Pulau Pt 1 - Perjalanan ke Pulau Redang

Ini adalah kali pertama kami nak ke Pulau Redang, Terengganu. Teruk betul kan...Trip pakej 3H2M ini kami ambil dari Raha Holiday di Shah Alam. Tiket penerbangan kami ambil masa ada tawaran AA cuma RM79 untuk tiket pergi balik.

Kalau ikut pakej yang disediakan sepatutnya kami kena sampai di KT waktu pagi dan naik feri perjalanan pertama ke Redang pada jam 11.00 pagi. Tapi flight kami agak lewat sikit jadi terpaksa ambil feri kedua pada jam 3.00 petang. Kami terlepas satu trip snorkeling pada petang itu.

Sebab cuti agak singkat jadi malas nak minta orang hantarkan ke airport. Jalan paling mudah guna saja cara 'park and ride' dari stesyen ERL di Putrajaya. Pertama kali menggunakan cara ini dan ternyata berbalui. Tambang ERL Transit dari Putrajaya Sentral cuma RM6.20. Caj tempat letak kereta berbumbung untuk 3H2M ialah RM10.00 saja.

 Stesyen ERL Putrajaya.

Wednesday, October 7, 2015

Panggilan Pulau

 Nasib baik penerbangan tidak tertangguh.