Wednesday, August 26, 2015

Sehari di Bukit Fraser

Dah lama betul tak ke Bukit Fraser. Dulu masa ke sana, jalan naik turunnya masih menggunakan satu laluan yang sama. Sejak ada jalan naik dan turun yang berlainan, inilah kali pertama kami ke sana. Ingat lagi masa jalannya cuma sehala, terpaksa menunggu sejam untuk sampai giliran.

Minggu lepas terdetik pula nak ke sana. Cuaca pun nampak baik pada hari itu. Perjalanan agak lancar untuk naik ke atas sebab tidak banyak kenderaan. Mungkin disebabkan orang belum dapat gaji lagi selepas Hari Raya, iaitu satu tempoh yang agak panjang untuk menerima gaji berikutnya.

Suhu di Bukit Fraser tidak sesejuk macam di Cameron Highlands kecuali bila ada angin barulah rasa nyaman sikit.

Simpang naik ke Bukit Fraser dari jalan utama Kuala Kubu Baru ke Pahang. Cuma 8 km dari simpang ini.

Friday, August 21, 2015

Perth, Western Australia Pt 8 - Watertown Factory Outlet dan Masjid Perth

Dari Caversham Wildlife Park kita orang bergerak ke Watertown Factory Outlet Shopping Center untuk makan tengah hari. Boleh je kalau nak makan di Caversham, tapi lebih selesa rasanya kalau dapat lepak-lepak dan cuci mata. Bukan nak menyoping sangat pun. Barang kat sini tak adalah murah sangat tapi nampak ramai juga orang kita yang tak menang tangan menjinjing hasil rembatan di sini.

Watertown Factory Outlet, Perth.

Friday, August 14, 2015

Perth, Western Australia Pt 7 - Kings Park & Caversham WIldlife Park

Hari ini adalah hari pertama di Perth setelah dua hari berada di luar kawasan. Rancangan utama hari ini ialah nak ke Caversham Wildlife Park yang terletak di dalam kawasan Whiteman Park yang terletak kira-kira 20 km dari Perth. Jika memandu, setengah jam saja kita dah boleh sampai di  sana.

Tapi kita orang keluar agak awal, jadi sebelum itu sempat singgah dulu di Kings Park. Taman ni agak besar dan terletak tak jauh dari pusat bandar. Lokasinya di atas bukit menghadap bandar Perth dan Sungai Swan.

Friday, August 7, 2015

Perth, Western Australia Pt 6 - Giant Ram Park, Wagin & Malibu Apartment

Keluar dari bandar Katanning lebih kurang pada jam dua petang. Kalau memandu terus ke Perth masa yang diambil ialah lebih kurang tiga jam. Tapi ada satu tempat lagi yang kami nak singgah iaitu di Giant Ram Park yang terletak di bandar Wagin, 55 km ke utara Katanning. Sebelum sampai di Wagin kita akan menempuh pekan kecil Woodaniling terlebih dulu.