Wednesday, August 26, 2015

Sehari di Bukit Fraser

Dah lama betul tak ke Bukit Fraser. Dulu masa ke sana, jalan naik turunnya masih menggunakan satu laluan yang sama. Sejak ada jalan naik dan turun yang berlainan, inilah kali pertama kami ke sana. Ingat lagi masa jalannya cuma sehala, terpaksa menunggu sejam untuk sampai giliran.

Minggu lepas terdetik pula nak ke sana. Cuaca pun nampak baik pada hari itu. Perjalanan agak lancar untuk naik ke atas sebab tidak banyak kenderaan. Mungkin disebabkan orang belum dapat gaji lagi selepas Hari Raya, iaitu satu tempoh yang agak panjang untuk menerima gaji berikutnya.

Suhu di Bukit Fraser tidak sesejuk macam di Cameron Highlands kecuali bila ada angin barulah rasa nyaman sikit.

Simpang naik ke Bukit Fraser dari jalan utama Kuala Kubu Baru ke Pahang. Cuma 8 km dari simpang ini.

Ambil masa dua jam setengah untuk sampai di Bukit Fraser.

Mercutanda yang setia di sini berpuluh tahun lamanya.


Info : Nama Bukit Fraser ini berasal dari nama seorang peniaga Scotland, Louis James Fraser yang merupakan pencari dan pembeli bijih timah pada sekitar tahun 1880an. Sewaktu mencari bijih di kawasan ini beliau telah dilaporkan hilang dan tidak ditemui. Pembangunan Bukit Fraser sebagai destinasi percutian berudara nyaman bermula pada 1917 oleh kerajaan British dan diteruskan pembangunannya oleh kerajaan negeri Pahang dan Malaysia. Antara tarikan utama di sini ialah bangunan dan banglo lama bercirikan reka bentuk British, merentas denai, aktiviti mengecam burung dan air terjun.

Untuk pengetahun Bukit Fraser ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Raub, Pahang Darul Makmur.

Puncak Inn yang berwajah baru. Kalau dulu ada banyak kedai makan di bawahnya, sekarang telah digantikan dengan pusat informasi dan restoran yang nampak lebih kemas.


Pusat informasi. Boleh dapatkan peta jalan-jalan di Bukit Fraser di sini.

Kedai cenderamata di bahagian paling tepi.

Bukit Fraser mendapat gelaran Little England kerana banyak bangunan bercirikan negara tersebut di sini.

Pejabat Pos.

Sekumpulan penunggang super bike baru sampai.


Cuaca agak redup menjelang tengah hari.

Adakalanya berkabus.

Padang Golf Bukit Fraser.

Selesai ronda-ronda pusat bandarnya kita orang pergi mengeteh di medan selera berhampiran klinik kesihatan Bukit Fraser menghala  arah jalan ke air terjun Jeriau. Kami cuma makan roti canai dan minum biasa-biasa saja sebelum makan tengah hari. Harga makanan di sini agak mahal jika dibandingkan di luar mungkin disebabkan masalah logistik.

Seterusnya kami pergi ke air terjun Sungai Jeriau yang terletak lebih kurang 5 km dari sini. Jalan ke sana agak berliku dan sempit.

Laluan masuk ke arah air terjun Sungai Jeriau.

Laluannya agak mudah sebab sudah disediakan trek yang jaraknya lebih satu kilometer.

Menghampiri kawasan air terjun.

Kawasan air terjun.

Air terjun yang selamat untuk semua orang sebab tidak terlalu deras dan kolam di bawahnya pun tidak begitu dalam.


Sekumpulan pelancong yang berjalan kaki ke sini dari pusat bandar. Jumpa di pertengahan jalan. Mereka sampai di sini masa kami dah nak balik.

Seterusnya kami ke Allan's Water. Antara aktiviti yang boleh di buat di sini ialah memancing, boat ride dan memberi makan ikan.



Kebun sayur berhampiran Allan' Water. Ada juga tanaman stroberi, tapi masa kami sampai buahnya sudah habis dijual.

Pit stop terakhir di Bukit Fraser sebelum balik, Masjid Sultan Mahmud.

Laluan untuk turun ke Raub dan Kuala Lumpur.

 Sampai di jalan utama Kuala Kubu  Baru - Raub.

37 comments:

  1. Replies
    1. Saya memang dah lamaaaaaa sangat tak ke sana...

      Delete
  2. Org pun tak berapa nak ada kat sana.. Ekonomi kita jatuh merundum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuurm.. nasib badan laaaah Uncle..
      doa sajalah yang mampu buat..

      Delete
  3. CT banyak kali lalu simpang tu sbb dlu praktikal area sana.. tp naiknya tak pernah ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugilah CT tak naik... boleh fefeeling pergi London gitu... hehe

      Delete
  4. x penah pegi .. penah teringin tp asyik x plan dan xde geng yak nk pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena bercuti dalam negeri Shin... tapi kena bermalam, sebab jauh Kluang tu..

      Delete
  5. dolu2 pernah tido kat sini sambil berbbq di malam hari...syiok giler sambil layan teh o panas dalam sejuk tu...hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dolu DJ... sekarang ni nampak lebih cantik dan kemas,,, Pernah dua kali bermalam di sana.. memang syok sebab udaranya yang nyaman dan kurang crowded...

      Delete
  6. Memang bangunanya unik dan indah seperti di London Pak Mie.
    Ada kabut datang makin nyaman suasana. Alamnya pun bersih terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan di sini agak terjaga sebab tidak terlalu luas berbanding Cameron Highlands... Satu hari sudah cukup untuk menikmati keindahan Little England ini...

      Delete
  7. Ni tempat nak berehat..untuk pencinta alam memang sesuai lah kan...tapi best jugak hirup udara segar kat sana...kan PL Mie...hilang stress tengok pokok bunga warna warni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai bawa anak-anak ke sini wa...tapi kenalah menginap di sana baru best...

      Delete
  8. Replies
    1. Dekat je Bukit Fraser dari Shah Alam ASP. Dua jam lebih dah boleh sampai atas...

      Delete
  9. Salam merdeka dan salam ukhuwah dari BUNDA...

    ReplyDelete
  10. Saudara Mie merempit naik moto duke tu ke naik atas ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapeklah en Deen... tu moto group mat super biker...kebetulan parking kat situ...

      Delete
  11. belum pernah ke Fraser hill ni...PLM pergi ngna sape? pegi dengan moto besar tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM asyik ke obersi je sampai lupa tempat menarik dalam negara... Weols mandu je ke sana...

      Delete
  12. apa lagi yg menarik selain air terjun dan allan water tu PLM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh main golf... naik kuda... skodeng beburung dan lepak2...

      Delete
  13. pernah pergi sekali, ada kerja di KKB, plan on the spot, terus shoot ke Bukit Fraser, lepas tu rasa serik, jalan corner baring..mungkin dari Raub, ok sikit kot jalannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nohas, rasa macam serik, tapi dah tiga kali saya ke sana...camna tu...

      Delete
    2. hehe..bila dah sampai, hilang rasa serik..view yg cantik, compared to Cameron Highland, Bkt Fraser lagi terasa mcm kt England...

      Delete
  14. Sebenarnya saya malu nak mengaku yang saya belum pernah sampai ke bukit ini....sejuk tak kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu siang di Bukit Fraser udaranya nyaman tapi tak sesejuk Cameron Highlands. Sesuai untuk tempat rehat dan santai kerana suasananya tenang. NA kena ke sana satu hari nanti...

      Delete
  15. Enak banget ya kayaknya tempatnya adem banget keliatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak begitu dingin mas Rizal sebab lokasinya tidak terlalu tinggi... Kapan2 datang ke Malaysia cubalah datang ke sini...

      Delete
  16. Bekurun dah tak kesana...elok gak gi sana...tambahan pulak anak saudara study kat Kuala Kubu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dah sekarang ni... boleh fefeeling macam kat England... hehe

      Delete
  17. baru nak tanya sejuk ke x kat sana.. da tgk gambar kabus, confim sejuk la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang sejuk berbanding Cameron Highlands tapi memang nyaman lebih2 lagi kalau takde matahari...

      Delete
  18. Replies
    1. Dulu macam tak ada... tak tau lah sekarang ni...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...